Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.gi] | ڤرسݢي

Definisi : 1. = empat ~ segi empat yg sisinya sama panjang; 2. ukuran luas yg diperoleh drpd hasil darab ukuran panjang dan lebar sesuatu benda itu: besar pulau itu 50 km ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.gi] | ڤرسݢي

Definisi : 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.gi] | ڤرسݢي

Definisi : 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persegi

Puisi
 

Gurok semana-mana papan,
     Papan kutarah empat persegi;
Tuan laksana si kain kapan,
     Buruk tiada berganti lagi.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
luasareaUkuran besarnya sesuatu permukaan. Unit ukuran bagi luas ialah sentimeter persegi (cm2) ataupun meter persegi (m2). Rumus luas: luas = panjang × lebar. Lihat ContohSekolah Rendah
sentimeter persegisquare centimetreUnit ukuran bagi luas permukaan. Simbol sentimeter persegi ialah cm². Lihat ContohSekolah Rendah
meter persegisquare metreUnit ukuran bagi luas permukaan. Simbol meter persegi ialah m². Lihat ContohSekolah Rendah
meter persegisquare metreUnit ukuran bagi luas permukaan dalam sistem metrik. Singkatannya, m².Menengah Rendah
ekaracreUnit ukuran dalam Sistem Imperial bagi luas tanah atau kawasan yang bersamaan dengan 4840 ela persegi.Menengah Rendah

Kembali ke atas