Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.gi] | ڤرسݢي

Definisi : 1. = empat ~ segi empat yg sisinya sama panjang; 2. ukuran luas yg diperoleh drpd hasil darab ukuran panjang dan lebar sesuatu benda itu: besar pulau itu 50 km ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.gi] | ڤرسݢي

Definisi : 1. ada seginya, bersegi: ~ lima; 2. bidang yg mempunyai empat sempadan garis lurus dan bersudut tepat; ~ panjang = empat ~ panjang empat persegi yg sisinya tidak sama panjang; 3. Id bujur sangkar, ganda dua: daerah itu luasnya 12 batu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.gi] | ڤرسݢي

Definisi : 1 ada seginya; bersegi: ~ empat. 2 = empat ~ bidang yg dibatasi empat garis lurus; segi empat. 3 ukuran sesuatu kawasan dll yg lebarnya sama dgn panjangnya: Tanah itu luasnya 10 ~ batu. 4 satuan yg digunakan utk menyatakan luas sesuatu kawasan: Bilik saya luasnya 120 meter ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persegi

Puisi
 

Gurok semana-mana papan,
     Papan kutarah empat persegi;
Tuan laksana si kain kapan,
     Buruk tiada berganti lagi.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, saya masuk ruang rujukan . ada kesilapan ejaan pada 4.14 ( laima meter persegi)....kalau betul is mesti lima meter persegi. tolong pereksa ayat tersebut. sekian terima kasih. adrian suresh 0163282710 ajs_ent@hotmail.comBerdasarkan rujukan tidak ada kata laima dalam pangkalan data kami kecuali Mega-laima haemacephala indica, nama saintifik sejenis burung. Sila hubungi kami semula dan nyatakan butiran lengkap rujukan tersebut.Lain-lain29.07.2011
Apakah terjemahan terbaik untuk square foot gardening? Adakah betul kalau diterjemah ke kebun kaki persegi?Untuk makluman, tidak terdapat istilah "square foot gardening" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "gardening" yang padanan bahasa Melayunya ialah perkebunan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perkebunan kaki persegi.Istilah09.04.2013
visual papan iklan beserta ukuran dalam meter persegi dan telah mendapatkan kelulusan daripada dewan bahasa dan pustaka dari segi tatabahasa.Pembetulan: PERKHIDMATAN LANDSKAP DAN HORTIKULTUR
Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "khidmat Pengesahan Bahasa DBP".
Lain-lain21.09.2015
nasihat untuk mandapatkan kelulusan visual papan iklan berserta ukuran dalam meter persegi, terima kasihDBP menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam iklan melalui domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Penggunaan bahasa mestilah betul, saiz huruf yang jelas dan diletakkan di bahagian paling atas. Hal-hal teknikal yang lain hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa tempatan.Lain-lain09.06.2015
perlukah papan nama kedai yang berukuran 2.5m panjang dan 0.9m lebar dan 1.75m persegi luas perlu memohon lesen iklan papan tanda di permis. Dan jika perlu apakah langkah2 yang patut saya lakukan untuk memohon lesen iklan ini. Berapa bayaran dikenakan untuk memohon lesen.

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain21.06.2017
SAYA NAK BUAT PERMOHONAN LESEN PREMIS PERNIAGAAN DAN IKLAN, DAN LAKARAN VISUAL PAPAN IKLAN BERWARNA BERSAIZ A4 BERUKRAN TEPAT DALAM METER PERSEGI HENDAHKLAH KELULUSAN DBP (BORANG B). BOLEHKAH SAYA TANYA BAGAIMANA MEMOHON BORANG B DAN KELULUSAN DBP? TERIMA KASIHTuan/puan

Bagi pengesahan iklan, borang boleh didapati di kaunter Bahagian Penguatkuasa, DBP, Aras 25,  atau tidak perlu  menggunakan borang (secara online) 

terus sahaja  layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ 

Lain-lain27.07.2017

Kembali ke atas