Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.ki.ta.ran] | ڤرسکيترن

Definisi : kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.ki.ta.ran] | ڤرسکيترن

Definisi : kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana lebih tepat; Dari persekitaran Atau Daripada persekitaranKata sendi nama yang betul ialah “Dari persekitaran (Sila rujuk buku TATABAHASA DEWAN Edisi Ketiga, halaman 268 dan 269).Tatabahasa24.12.2023
saya nak tanya apakah perbezaan perkataan sekitaran dan persekitaran? (jika boleh sila berikan contoh ayat) terima kasih.
Maksud Persekitaran:
kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar:

Ayat:
Tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya.

Maksud Sekitaran:
keadaan di sekeliling (sesuatu), keadaan dan sebagainya yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau sesuatu)

Ayat:
1. Kita tidak dapat mengelakkan daripada menimbangkan aspek bahasa seperti sekitaran dan latar belakang bahasa murid.
2. Sahsiah dan tingkah laku individu boleh menjadi negatif atau positif bergantung kepada keturunan dan suasana sekitaran keluarganya;
Makna11.03.2014
saya nama chenurisa ceh-soh pelajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu apakah makna persekitaran terima kasih.Menurut data kami, maksud persekitaran ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dapat menyesuaikan diri dengan ~ yang sejuk. Untuk maklumat lanjut, sila layari persekitaran">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=persekitaranMakna07.11.2015
Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar. Adakah klausa " anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar" dalam ayat di atas boleh dikelaskan sebagai klausa keterangan ?Pada minggu peperiksaan ini suasana keluarga perlu berada dalam harmoni kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa utama, manakala kerana anak-anak perlukan persekitaran yang baik dan tenteram untuk belajar ialah klausa tak bebas. Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga mengklasifikasikan klausa kepada klausa bebas dan klausa tak bebas. Sila rujuk halaman 434 untuk maklumat lanjut.Tatabahasa23.02.2018
Apakah perbezaan antara alam sekitar dengan persekitaran? Terima kasih.Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua alam sekitar ialah keadaan alam sekeliling, manakala Persekitaran pula ialah kawasan di sekeliling sesuatu tempat atau kawasan sekitar.Makna26.09.2018
Apakah terjemahan yang paling tepat untuk jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam bahasa Inggeris? Bagaimanakah ejaan yang tepat dalam tulisan jawi untuk nama ZAHIRUDDIN?Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam bahasa Inggeris ialah Assistant Environmental Health Officer.Lain-lain16.12.2020
Jawatan 'Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran' sekiranya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris akan menjadi 'Assistant Environmental Health Officer' atau 'Environmental Health Assistant'? Sehingga kini, kami menggunakan Assistant Environmental Health OfficerPadanan yang tepat dalam bahasa Inggeris bagi nama jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran ialah "Assistant Environmental Health Officers". Untuk makluman, perkataan "officer" juga perlu diterjemahkan sebagai "pegawai" (Rujukan tambahan: Laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia)Lain-lain15.10.2020
Salam, sebuah syarikat kawalan serangga meletakan hanya perkataan "PERKHIDMATAN PERSEKITARAN" pada papan iklan miliknya. Terdapat kejanggalan pada ayat tersebut. Pohon pihak tuan dapat memberikan pandangan dan cadangan. TKJenis perkhidmatan harus dimuatkan antara Perkhidmatan dan Persekitaran, cadangan kami yang sesuai ialah Perkhidmatan Kawalan Racun Serangga.Tatabahasa18.06.2012
Mohon bertanya. Apakah maksud terarium? Memang wujud perkataan ini atau tidak? Terima kasih.

Terarium ialah nama bagi bekas lut sinar yang digunakan untuk memelihara tumbuh-tumbuhan kecil atau haiwan darat yang kecil. Terarium mewujudkan persekitaran sehampir mungkin dengan persekitaran atau habitat semula jadi. Manusia menghasilkan terarium dalam bekas kaca atau plastik pelbagai saiz dan bentuk. Bekas ini biasanya ditutup untuk mencegah kehilangan lembapan. Perkataan terarium berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud bumi.

Makna15.10.2014
Apakah perkataan yang sesuai utk "customised" seperti dalam frasa "...a more customised learning environment..." ? Bolehkah frasa Bahasa Inggers ini diterjemah menjadi "...persekitaran pembelajaran yang lebih tersuai..."?Frasa ... a more customised learning environment ... boleh diterjemahkan kepada ... persekitaran pembelajaran yang lebih tersuai ...Lain-lain28.10.2019
123456789

Kembali ke atas