Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.ki.ta.ran] | ڤرسکيترن

Definisi : kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.ki.ta.ran] | ڤرسکيترن

Definisi : kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSEKITARAN

Persekitaran ialah semua benda yang berada

di luar sesuatu organisma. Persekitaran manusia

meliputi faktor seperti suhu, bekalan makanan,

dan manusia lain. Persekitaran tumbuh-

tumbuhan boleh terdiri daripada tanah, cahaya

matahari, dan haiwan yang akan memakan

tumbuh-tumbuhan. Faktor persekitaran tidak

bernyawa, seperti suhu dan cahaya matahari,

membina persekitaran abiotik . Benda bernyawa

seperti lumut dan makanan mewujudkan

persekitaran biotik . Kedua-dua persekitaran

abiotik dan biotik saling berhubungan dalam

mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk

benda hidup dan bukan hidup.

UMUM 
PERSEKITARAN ABIOTIK

Persekitaran abiotik lihat Ekologi;

Persekitaran.

UMUM 
TERARIUM

Terarium ialah nama bagi bekas lut sinar yang

digunakan untuk memelihara tumbuh-tumbuhan

kecil atau haiwan darat yang kecil. Terarium

mewujudkan persekitaran sehampir mungkin

dengan persekitaran atau habitat semula jadi.

Manusia menghasilkan terarium dalam bekas kaca

atau plastik pelbagai saiz dan bentuk. Bekas ini

biasanya ditutup untuk mencegah kehilangan

lembapan. Perkataan terarium berasal daripada

perkataan Latin yang bermaksud “bumi”.

UMUM 
REALITI MAYA

Realiti maya ialah persekitaran tiga dimensi,

artifisial yang dicipta oleh komputer dan pelbagai

alat lain. Alat ini dan perisian khas memanipulasi

deria manusia – terutamanya deria penglihatan dan

pendengaran – untuk mencipta perasaan seolah-olah

berada di dalam dunia janaan komputer.

UMUM 
REKAAN

Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau

produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan

kita mengawal persekitaran dan hidup dengan

lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika

kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa

bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya.

Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam

persekitaran yang penuh dengan rintangan dan

membina sebuah masyarakat yang bertamadun.

UMUM 
MUSIM SEJUK NUKLEAR

Musim sejuk nuklear merujuk kepada kesan

dahsyat pada persekitaran seluruh dunia yang

mengancam nyawa akibat perang nuklear. Perang

seperti ini boleh menyebabkan berlakunya musim

sejuk nuklear dengan mengakibatkan perubahan

yang berbahaya pada atmosfera dan iklim bumi.

Musim sejuk nuklear boleh mula terbentuk

daripada kebakaran bandar yang diakibatkan oleh

haba letupan nuklear yang sangat kuat. Sejumlah

besar asap kebakaran ini boleh tersebar dan

meliputi sekurang-kurangnya separuh permukaan

bumi. Asap ini boleh menghalang sebahagian besar

sinaran matahari daripada sampai di bumi. Suhu

akan menurun dengan banyak, dan hujan akan

berkurangan. Keadaan ini mungkin berlangsung

selama beberapa bulan atau tahun.

UMUM 
DAHAGA

Dahaga ialah keadaan yang menyebabkan

badan memerlukan air. Persekitaran dalaman

badan (organ dan tisu) memerlukan sejumlah air

dan garam untuk berfungsi dengan baik. Terlalu

banyak atau terlalu kurang air atau garam boleh

memusnahkan dan merosakkan sel. Oleh sebab

itu, manusia dan haiwan perlu mengawal

pengambilan air.

UMUM 
KETERASINGAN

Keterasingan ialah perasaan terasing dari aspek

tertentu dalam persekitaran hidup seseorang.

UMUM 
METANAMetana ialah sebatian penting industri yang
membentuk sebahagian besar gas asli. Ia terbentuk
apabila tumbuh-tumbuhan mengurai pada
persekitaran yang mengandungi sangat sedikit air.
Metana kerap dikenali sebagai gas rawang kerana ia
terdapat di kawasan air bertakung atau paya. Ia juga
merupakan kandungan utama gas arang batu, iaitu
gas yang menyebabkan berlakunya letupan besar di
dalam lombong arang batu.
UMUMDisiplin Ilmu
ALAT SAINTIFIK

Alat saintifik ialah alat untuk mempelajari

tentang dunia. Segala-gala   diketahui

tentang persekitaran kita melalui deria seperti

pendengaran, penglihatan dan bau. Bagi

kebanyakan tujuan, deria kita melakukan tugas

dengan baik untuk memberitahu kita apa yang

berlaku di sekeliling kita. Tetapi kita memerlukan

bantuan daripada alat saintifik untuk mengetahui

seperti apa yang berlaku di angkasa atau dalam

suatu atom.

UMUM 
123

Kembali ke atas