Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.ki.ta.ran] | ڤرسکيترن

Definisi : kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.ki.ta.ran] | ڤرسکيترن

Definisi : kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
two-environment modelmodel dua-persekitaranKejuruteraanKejuruteraan KimiaModel pengasingan separa dengan andaian kandungan reaktor terdiri daripada dua persekitaran, iaitu persekitaran masukkan (bendalir suapan yang masih belum bercampur) dan persekitaran keluaran (bendalir yang telah bercampur sepenuhnya). Kadar percampuran (atau pengasingan) adalah berkadar terus dengan jumlah bahan dan kecerunan haba, jisim, atau momentum antara dua persekitaran.
environmentalistahli kaji persekitaran; pencinta persekitaranVeterinarTiadaTiada
environmental stresstegasan persekitaran/tekanan persekitaranBiologiUmumTiada
virtual realityrealiti mayaTeknologi MaklumatPerisianTeknologi yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan persekitaran tersimulasi komputer sama ada persekitaran simulasi dunia sebenar atau persekitaran khayalan. Kebanyakan persekitaran realiti maya terkini adalah berdasarkan pengalaman visual yang dipaparkan melalui skrin komputer atau paparan stereoskopik. Realiti maya biasanya digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti perisian CAD, persekitaran 3D, pemecutan perkakasan grafik dan visual resolusi tinggi.
environmental adaptationpenyesuaian persekitaranPengurusanPerancanganTransformasi struktur atau prosedur yang perlu dilakukan oleh organisasi supaya operasinya dapat disesuaikan dengan perubahan persekitaran. Penyesuaian tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada pelbagai sumber seperti pelanggan dan pembekal melalui pemantauan persekitaran. Penyesuaian persekitaran perlu bagi membolehkan organisasi kekal relevan dan berdaya saing kerana ada kalanya perubahan tersebut memberikan dampak yang besar kepada operasi organisasi. Contohnya, langkah penyesuaian perlu bagi menghadapi pewartaan undang-undang baharu dalam bidang perniagaan yang diceburi atau penggabungan dua atau lebih syarikat pesaing dalam pasaran yang membentuk sebuah syarikat pesaing yang lebih besar.
environmental communicationkomunikasi persekitaranKomunikasiTiadaKomunikasi yang bertujuan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai mengenai kepentingan persekitaran sama ada persekitaran fizikal atau sosial bagi menjamin kesihatan, keharmonian dan kesejahteraan hidup masyarakat.
environmental uncertaintyketakpastian persekitaranPengurusanPerancanganKeadaan ketidakpastian yang dihadapi oleh sesebuah organisasi apabila kekurangan maklumat yang sahih tentang persekitaran dalaman dan persekitaran luarannya. Keadaan ini meningkatkan cabaran dalam pembuatan keputusan organisasi kerana kesukaran untuk membuat penilaian yang tepat tentang sesuatu keputusan yang ingin diambil. Contohnya, apabila pihak pengurusan sesebuah syarikat tidak mempunyai maklumat yang cukup tentang hala tuju polisi ekonomi kerajaan, maka akan menyebabkan ketidakpastian yang akan menjejaskan keberkesanan keputusan perniagaan.
controlled environmentpersekitaran terkawalPertanianAgronomi

 Teknologi yang digunakan dalam pertanian untuk menyediakan keadaan persekitaran yang optimum bagi pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Persekitaran terkawal boleh diwujudkan dengan menggunakan kaedah rumah kaca, hidroponik, akuakultur dan akuaponik. Ciri-ciri yang dikawal termasuklah suhu, kelembapan, cahaya, pH dan kandungan nutrien. Persekitaran terkawal juga digunakan dalam eksperimen supaya semua faktor yang mempengaruhi tumbesaran dapat diseragamkan, melainkan faktor yang hendak dikaji kesannya. Peralatan yang diperlukan untuk mewujudkan persekitaran terkawal termasuk sistem pendingin dan pengaliran udara, sistem pengairan dan saliran, lampu dan penapis cahaya, penjana gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen.

business environmentpersekitaran perniagaanPengurusanPerancanganFaktor-faktor yang saling berkaitan dan mempengaruhi proses pembuatan keputusan dalam perniagaan, dan memberikan kesan terhadap pengetahuan, persepsi dan tingkah laku pihak pembuat keputusan. Dalam konteks perancangan strategi perniagaan, pihak pembuat keputusan perlu mengenali, memahami dan menganalisis keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu yang boleh ditinjau dari dua perspektif, iaitu persekitaran dalaman dan persekitaran luaran. Persekitaran dalaman melibatkan faktor-faktor yang boleh dikawal oleh pengurusan organisasi seperti faktor kewangan, sumber manusia, operasi dan pemasaran. Persekitaran luaran pula melibatkan faktor-faktor yang di luar kawalan pengurusan organisasi tetapi boleh mempengaruhi kedudukan perniagaan organisasi seperti faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi.
xeric environmentpersekitaran xerikBiologiEkologiPersekitaran yang tanahnya mengandungi air yang terlalu sedikit, dan keadaan atmosfera yang memudahkan kehilangan air daripada tumbuhan. Persekitaran ini mewujudkan keadaan yang ekstrem bagi kebanyakan tumbuhan.
12345678910...

Kembali ke atas