Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kawasan di sekeliling sesuatu tempat, kawasan sekitar: tiba-tiba sahaja muncul matahari dan menerangi persekitarannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kawasan di sekeliling sesuatu tempat; kawasan sekitar: Haiwan berdarah panas dpt menyesuaikan diri dgn ~ yg sejuk (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
persekitaranenvironmentKeseluruhan keadaan, tempat atau kawasan yang didiami oleh organisma, sama ada dari segi fizikal atau biologi yang mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan dan perlakuan organisma berkenaan.Menengah Rendah
persekitaran dalamaninternal environmentBendalir yang mengelilingi sel-sel hidup dalam organisma multisel, yang terdiri daripada bendalir luar sel plasma darah dan bendalir limfa.Menengah Atas
mekanisme kawal aturregulatory mechanismSistem kawalan persekitaran dalaman untuk mengekalkan kestabilan sesuatu bahan, dan diselenggara dalam keadaan yang terbatas walaupun keadaan persekitaran luaran berubah.Menengah Atas
penyamarancamouflagePeniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat RajahSekolah Rendah
rangsanganstimulusPerubahan persekitaran yang dikesan oleh organisma dengan menghasilkan gerak balas terhadapnya.Menengah Rendah
homeostasishomeostasisPengawalaturan persekitaran dalaman dari segi faktor kimia dan fizikal supaya sel berfungsi dalam keadaan optimum.Menengah Atas
habitathabitatTempat tinggal dan persekitaran bagi tumbuhan dan haiwan untuk hidup.Menengah Rendah
agen pendebungaanpollinating agentFaktor persekitaran seperti angin, serangga, air dan haiwan yang membantu memindahkan butir debunga dari anter ke stigma ketika proses pendebungaan.Menengah Rendah
habitathabitatTempat tinggal semula jadi atau persekitaran bagi haiwan, tumbuhan atau benda hidup lain. Contohnya, habitat beruang kutub ialah di Kutub Utara. Lihat RajahSekolah Rendah
penyesuaianadaptationProses organisma mengubah dirinya untuk hidup dalam persekitaran.Sekolah Rendah
1234

Kembali ke atas