Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persembahan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Saya hendak bertanya berkenaan penggunaan kata penguat, sebab kata penguat hanya hadir bersama-sama dengankata adjektif. Sehubungan itu, adakah ayat berikut tepat; 1. Persembahan itu sangat membosankan.. 2. Maklum balas yang diberikat amat mendukacitakan.... 3.
Ayat tersebut adalah betul. Kata tersebut boleh menjadi kata adjektif apabila menerima kata penguat. Contoh yang lain ialah amat memalukan, sungguh menggalakkan dan lain-lain. 
Tatabahasa02.07.2021
1. “Mereka mengakui persembahan itu tahan sahaja”.Sila betulkan kesalahan dalam ayat. 2. “Pertunjukan itu telah jatuh dengan teruknya”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat.Kedua-dua ayat tersebut tidak gramatis, malah cenderung menggunakan bahasa percakapan dalam binaan ayat. Cadangan kami ayat tersebut diubah menjadi, Mereka berpandangan persembahan itu boleh tahan dan Mutu persembahan itu semakin menurun.Tatabahasa05.01.2015
1.Apakah maksud KONTEMPORARI? 2.Apakah maksud TARIAN? 3.Apakah maksud SENI PERSEMBAHAN? 4.Apakah unsur-unsur seni persembahan dan elemen-elemen yang wujud didalamnya?Kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama, masa kini. Tarian bermaksud gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik. Seni bermaksud halus, tipis, enak didengar atau comel manakala persembahan bermaksud hadiah atau sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan. Soalan Saudara yang berikutnya tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain22.01.2007
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas.1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin.

2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan.

3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato.

4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya.

5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas.
Tatabahasa20.11.2013
Bolehkah ayat ini digunakan: Jesteru, dengan rasa rendah diri, Majlis ingin memohon jasa baik tuan untuk menaja persembahan tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.
Contoh justeru (penanda wacana):
a. Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.

justeru (kebetulan, tepat)
a. Justeru lalu di hadapan kedai buku, Jamilah terus singgah mendapatkan buku yang dihajatinya.

Maksud "justeru" pada ayat "Justeru, dengan rasa rendah diri, Majlis ingin memohon jasa baik tuan untuk menaja persembahan tersebut" tidak menepati maksud "malahan" atau "kebetulan"
Lain-lain21.06.2016
1. berlatih menari...frasa ini betul? 2. berlatih persembahan tarian ...frasa ini betul?Kedua-dua betul.Tatabahasa09.11.2016
Ada dua rujukan yang saya baca. Pertama mengatakan perkataan [persembahan] mempunyai 2 morfem, iaitu sembah (morfem ebbas) dan apitan per-...-an dikira sebagai satu kesatuan dan dikira sebagai satu. maknanya ada 2 morfem di situ. Namun satu lagi rujukan (tatabahasa dewan) mengatakan perkataan [berkakikan] terdapat 3 morfem. Awalan ber (1 morfem), kaki (1 morfem) dan akhiran -kan (1 morfem). Antara keduanya yang mana satu tepat?Kedua-dua pandangan dan contoh itu betul bergantung pada aspek yang dinilai. Contoh pertama, persembahan mempunyai dua morfem, iaitu: 1 - sembah dan 2 - per-...-an (menganggap apitan sebagai satu morfem). Contoh kedua, berkakikan mempunyai tiga morfem, iaitu: 1 - awalan ber, 2 - kaki, dan 3 - akhiran kan. Buku Tatabahasa Dewan memisahkan setiap morfem terikat sebagai satu morfem.Tatabahasa31.07.2015
Salam sejahtera, 1. Murid-murid diminta berjalan menuju ke Blok C. 2. Murid Kumpulan D diminta membuat persembahan senamrobik dalam talian. 3.Kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari. * Blok C , blok tulis dalam huruf besar atau kecil termasuk c. *Kumpulan D, kumpulan tulis dalam huruf besar atau kecil. *Vitamin C, vitamin ditulis dalam huruf besar atau kecil? Sila berikan pencerahan.Terima kasih.

Ketiga-tiga perkataan perlu ditulis dengan huruf kecil, iaitu blok C, kumpulan D dan vitamin C kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya kereta, cuaca dan keadilan.

Manakala perkataan yang ditulis dengan huruf besar ialah kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan  seumpamanya. 

Kata nama khas dibahagikan kepada dua kumpulan:
(i) Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia). Contohnya Tun Abdul Razak (manusia) dan Tompok (bukan manusia).
(ii) Kata nama khas tak hidup. Contohnya Melayu dan Universiti Putra Malaysia.      

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 95 - 101.

Tatabahasa25.07.2021
maksud teater dan jenis-jenisnya

1.   Teater adalah persembahan kesenian yang dilakonkan di hadapan penonton secara langsung menggunakan kombinasi pertuturan, gerak isyarat, gerak lakon, muzik, tarian, bunyi-bunyian dan sebagainya.

2.   Antara jenis-jenis teater ialah opera, balet, pantomin, wayang kulit, arena dan pementasan.

Sekian dan salam.

Lain-lain28.03.2009
Hello cikgu, minta tanya beberapa rangkai kata berikut sama ada gramatis atau salah; 1. kelawar-kelawar = adakah perkataan ini wujud? dan betul menunjukkan kelawar yang banyak? 2. stesen-stesen minyak = adakah penggunaannya wujud? 3. sektradsisi = adakah perkataan ini wujud? 4. apakah perbezaaannya "pertunjukkan budaya" dan "persembahan budaya", manakah penggunaan yang sesuai? sekian terima kasih!

1. Perkataan kelawar boleh dijamakkan untuk menunjukkan banyak kelawar, begitu juga dengan perkataan stesen-stesen minyak - menunjukkan banyak stesen minyak. 

3. Kata sektradsisi tidak ada dalam sumber rujukan kami.

4. Pertunjukan budaya dan persembahan budaya, sama makna kedua-duanya.

Tatabahasa26.07.2010
1234

Kembali ke atas