Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kepada (kata tugas)
Bersinonim dengan pada, untuk, buat terhadap, akan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dithyrambditirambKesusasteraanTiadaSebuah persembahan yang mengandungi dikir dan nyanyian untuk meraikan dewa Dionysius, yang berkaitan dengan arak, keseronokan dan kesuburan. Pada peringkat awalnya, ditiramb mempersembahkan cerita yang diimprovisasikan dan dinyanyikan secara solo oleh ketua kumpulan dan dijawab oleh kumpulan korus. Kemudian, ditiramb diperluas untuk meraikan dewa-dewa yang lain. Seterusnya, ditiramb berkembang daripada upacara ritual kepada bentuk kesusasteraan yang mengetengahkan cerita kepahlawanan. Dalam kesusasteraan moden (selepas abad klasik), bentuk ini sudah tidak popular lagi. Contoh ditiramb moden ialah karya Dryden, Alexander�s Feast yang memperlihatkan gaya persembahan yang penuh ghairah. Ditiramb berasal daripada bahasa Yunani dithurambos yang bermaksud �nyanyian rakyat�.
deus-ex-machinadeus-ex-machinaKesenianDrama dan TeaterIstilah yang berasal daripada tradisi teater Yunani kuno yang lebih merujuk kepada kaedah memasukkan watak dewa dengan bantuan kasmat pada bahagian akhir persembahan teater untuk membetulkan sesuatu perkara. Deus-ex-machinaboleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Deus-ex-machinabiasanya digunakan dalam drama sedih dan tragis sahaja. Istilah ini kini diguna pakai untuk menjelaskan sebarang tujuan campur tangan dramatik yang digunakan oleh pengarah. Deus-ex-machinaberasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘tuhan jentera’.
tragedytragediKesusasteraanTiadaBentuk drama serius yang menggambarkan kejatuhan dahsyat seseorang protagonis akibat kelemahannya sendiri. Dalam tragedi, wira ialah tokoh yang agung dan hebat. Namun, tokoh itu mempunyai kelemahan tragis (harmatia) seperti bersifat angkuh (hubris) sehingga dia membuat perhitungan yang salah dan akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Situasi tersebut meninggalkan kesan tragis kepada khalayak. Peristiwa dalam drama tragedi ini membangkitkan rasa gerun dan kasihan yang kemudiannya dilenyapkan daripada jiwa khalayak. Peleraian emosi ini disebut sebagai katarsis. Tragedi merupakan salah satu bentuk drama Barat yang bermula di Athens pada pertengahan kurun keenam Sebelum Masihi. Aristotle mengandaikan drama tragedi berasal daripada dithyramb, iaitu nyanyian dan tarian memuja Dewa Dionysus dan berkemungkinan merupakan cerita yang ditokok tambah. Aristotle ialah orang pertama yang memberikan definisi tragedi yang paling berpengaruh. Persembahan tragedi yang pertama dilakukan oleh Thespis di City Dionesia antara 536-533 Sebelum Masihi. Tiga penulis tragedi yang masyhur pada zaman Yunani ialah Aeschylus, Sophocles, dan Euripides. Drama tragedi berkembang selepas zaman Yunani. Selain Aristotle, Seneca pada zaman Romawi juga merupakan tokoh penting dalam perkembangan tragedi. Bentuk tragedi Seneca mempengaruhi perkembangan tragedi pada zaman Elizabenthan. Justeru, situasi ini mencetuskan dua aliran, iaitu tragedi intelektual yang meniru model Seneca yang menggunakan korus dan kesatuan (aksi, masa, dan tempat), dan tragedi yang ditulis untuk orang ramai, dikenali sebagai tragedi balas dendam. Contohnya drama Hamlet, Macbeth, dan Othello oleh Shakespeare, dan drama the Jew of Malta oleh Christopher Marlowe. Contoh tragedi zaman moden ditemui dalam Death of a Salesman oleh Arthur Miller, dan Mourning Becomes Electra oleh Arthur Miller, dan Mourning Becames Electra oleh Eugene O�Neill. Lihat juga ditiramb, katarsis, kesatuan.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaGenre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping penampilan motif ajaib dan spektakular, cerita ini juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan, iaitu istana, taman bunga, rupa paras, pakaian, deskripsi yang rinci dan lewah tentang adat-istiadat dan adab istana. Cerita lipur lara biasanya disampaikan secara lisan oleh seorang tukang cerita (penglipur lara) profesional yang dikenali dengan pelbagai gelaran, contohnya Awang Batil atau Awang Belanga (di Kedah dan Perlis), dan Tarik Selampit atau tok Selampit (di Kelantan). Persembahan tersebut diiringi alat muzik seperti belanga atau selampit. Lipur lara dikenali juga sebagai roman rakyat atau roman istana. Antara cerita lipur lara ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa. Lihat juga cerita pari-pari.

Kembali ke atas