Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sem.bu.nyian] | ڤرسمبوڽين

Definisi : tempat bersembunyi (me­nyembunyikan): lima bilah pedang telah dijumpai di tempat ~ samseng-samseng di Lorong Pudu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.sem.bu.nyian] | ڤرسمبوڽين

Definisi : 1 tempat me­nyembunyikan sesuatu; tempat ber­sembunyi. 2 perbuatan atau hal bersembunyi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Istilah manakah yang betul? "Penyembunyian" atau "persembunyian"? Bolehkah istilah "kesan pertentangan" digunakan bagi menterjemahkan frasa "opposition effect" (untuk bidang ilmu falak)?Kedua-dua istilah persembunyian dan penyembunyian adalah tepat. Perkataan tersebut digunakan dalam konteks ayat yang berbeza. Sila rujuk Kamus Dewan atau layari prpm.dbp.gov.my  untuk carian makna.

Jika konsep yang dinyatakan sesuai dengan terjemahan tersebut, kesan pertentangan boleh digunakan bagi terjemahan perkataan "opposition effect".
Ejaan07.11.2013
munsyi, menurut soalan percubaan JPTerengganu 2009 Polis memerhatikan______penjenayah sebelum menyerbu tempat persembunyian mereka. A tingkah laku B gembar-gembur C gerak-geri D tindak-tindak apakah jawaban yangsesuia, apakah perbezaan antara A,C, dan D? TKMerujuk Kamus Dewan tingkah laku sama maksudnya dengan gerak-geri ataupun kelakuan. Berdasarkan makna tersebut jawapan yang betul ialah A dan C. Untuk melihat makna dan beza antara perkataan tersebut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa07.01.2013
Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Pihak berkuasa telah berjaya mengesan tempat sembunyi pendatang tanpa izin yang wujud di negara kita.Ayat yang betul ialah "Pihak berkuasa telah Berjaya mengesan tempat persembunyian pendatang tanpa izin di negara kita".Tatabahasa08.02.2015
1.Beza mengangkat dan mengangkatkan dalam ayat 2. Penggunaan harus, patut dan mesti dalam ayat 3. Beza menjadi dan menjadikan dalam ayat 4. Beza memberI Dan memberikan dalam ayat1. Mengangkat bermaksud menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan 2. membawa pergi atau membawa dari satu tempat ke tempat lain: 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): Perkataan mengangkatkan pula bermaksud mengangkat untuk. Contohnya tolong angkatkan saya peti itu sebentar; ~ topinya akan memberi hormat.

2. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2.boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu.
3. Perkataan menjadikan bermaksud menggunakan sebagai; membuat: Mereka telah menjadikan gua itu tempat persembunyian mereka. 2 melantik atau mengangkat sbg: 3 menyebabkan; menimbulkan: 4 mencipta; mewujudkan: Perkataan menjadi pula bermaksud dipilih atau diangkat sebagai; bekerja atau bertindak sbg 2 berubah kepada rupa (keadaan, bentuk dll) yang lain. 3 hidup (tumbuh) dengan suburnya; mendatangkan hasil yang banyak:
4. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti memberi adiknya sebuah buku cerita dan memberikan taklimat kepada peserta.
Tatabahasa22.07.2018

Kembali ke atas