Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.nya.wa.an] | ڤرسڽاواءن

Definisi : perihal bersenyawa, per­paduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang per­senyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.nya.wa.an] | ڤرسڽاواءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal ber­­­­senyawa; perpaduan. 2 proses yg me­libatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persenyawaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Persenyawaan ialah proses percantuman atau pencantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum. Mohon penjelasan bagi penggunaan percantuman atau pencantuman. Terima kasihPenggunaan kata yang betul ialah percantuman, iaitu daripada kata dasar bercantum.Istilah01.09.2021
Pernyataan atau penyataan 1. Susun pernyataan-pernyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga. 2. Susun penyataan-penyataan berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Penggunaan perkataan yang betul ialah penyataan,  Susun penyataan yang berikut mengikut urutan yang betul untuk menghuraikan proses persenyawaan pada tumbuhan berbunga.Tatabahasa31.08.2012

Kembali ke atas