Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.nya.wa.an] | ڤرسڽاواءن

Definisi : perihal bersenyawa, per­paduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang per­senyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.nya.wa.an] | ڤرسڽاواءن

Definisi : 1 perbuatan atau hal ber­­­­senyawa; perpaduan. 2 proses yg me­libatkan penyatuan gamet jantan dgn gamet betina utk membentuk zigot. ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persenyawaan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
persenyawaan in vitro (IVF)in vitro fertilization (IVF)Kaedah pembiakan dengan mengeluarkan ovum dari ovari untuk disenyawakan dengan sperma dalam prosedur makmal. Zigot atau embrio yang terbentuk akan dimasukkan kembali ke dalam uterus wanita.Menengah Rendah
persenyawaanfertilizationProses penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot yang seterusnya berkembang menjadi individu yang baharu.Menengah Rendah
persenyawaan in vitroin vitro fertilizationPersenyawaan yang berlaku di luar badan organisma, dalam keadaan terkawal di makmal.Menengah Atas
persenyawaan ganda duadouble fertilizationProses persenyawaan dalam tumbuhan angiosperma di mana satu gamet jantan akan bercantum dengan sel telur membentuk zigot diploid, manakala satu lagi gamet jantan akan bercantum dengan dua nukleus kutub untuk membentuk nukleus triploid.Menengah Atas
pendebungaanpollination1. Pemindahan debunga daripada anter ke stigma sebelum persenyawaan berlaku pada angiosperma. 2. Pemindahan debunga daripada kon jantan ke kon betina sebelum persenyawaan pada gimnosperma.Menengah Atas
pembiakbakaan tulentrue-breedingPersenyawaan kendiri yang mencambahkan sifat-sifat yang sama dalam semua ciri generasi secara turun-temurun.Menengah Atas
zigotzygoteSel yang terbentuk hasil daripada persenyawaan antara gamet jantan dengan gamet betina. Lihat RajahMenengah Rendah
pembiakan tampangvegetative reproductionPembiakan tanpa melalui proses persenyawaan, iaitu tumbuhan baharu terhasil daripada bahagian induk seperti melalui daun, akar atau batang tumbuhan. Pembiakan tampang dikenali juga sebagai pembiakan vegetatif.Menengah Rendah
kembar seirasidentical twinsKembar yang terbentuk melalui persenyawaan satu ovum oleh satu sperma untuk membentuk zigot yang seterusnya menjalani proses mitosis yang lengkap.Menengah Atas
buahfruitBahagian yang terbentuk daripada ovari bunga setelah persenyawaan berlaku. Buah mengandungi biji benih yang terbentuk daripada ovul. Lihat RajahMenengah Rendah
12

Kembali ke atas