Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.o.ra.ngan] | ڤرسأورڠن

Definisi : dgn cara berseorang-seorang (tidak secara berkumpulan dsb), satu-satu orang (tidak bersama atau dgn pelibatan orang lain): usaha menulis bahasa Melayu dgn meng­gunakan huruf-huruf Rumi telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana Eropah secara ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.o.ra.ngan] | ڤرسأورڠن

Definisi : hal-hal mengenai se­orang; dgn cara berseorang (lw bere­gu): johan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Macam memegang tali layang-layang.

Bermaksud :

Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perbezaan antara 'perorangan' dan 'perseorangan' ?sebagai contoh, komunikasi perseorangan @ komunikasi perorangan. Terima kasih."Perorangan" merujuk kepada perihal orang seorang dan selalunya digunakan dalam karya kreatif. Contoh, sajak ini menyiarkan teknik perorangan bagi menghidupkan perasaan manusia.

"Perseorangan" pula merujuk kepada cara berseorang-seorang, tidak secara berkumpulan atau melibatkan orang lain.

Oleh itu, perkataan yang betul ialah " komunikasi perseorangan".


Makna25.07.2020
1- cara penerbitan antologi puisi perseorangan ?. 2- adakah pihak DBP masih menerima untuk menerbitkan antologi puisi perseorangan ? 3-mohon pihak tuan melihat sedikit puisi saya di laman blog berikut iaitu - http://kotapuisi.blogspot.com/

Salam. Cara penerbitan kumpulan puisi perseorangan:

i.    Kumpul karya puisi sekitar 50 buah hingga 100 buah atau lebih. Sekiranya mempunyai wang peruntukan sendiri lebih mudah menerbitkan sendiri.

ii.   Pihak DBP bersedia menerima pengiriman karya kumpulan puisi perseorangan untuk dinilai bagi tujuan penerbitan. Dalam hal ini, sdr. perlu mengrimkan 100 buah puisi atau lebih (lebih banyak lagi baik). Sebaik-baiknya, puisi-puisi tersebut perlu disusun mengikut tema dan akan melalui proses penilaian oleh pakar yang dilantik oleh pihak DBP.

Sekian dan selamat berjaya! Wassalam. 

Lain-lain24.03.2009
Definisi cukai.Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi.Makna08.05.2014
Apa single-player dan multiplayer dalam bahasa Melayu?1. single player bermaksud "pemain perseorangan"
2. multi player bermaksud "pemain campuran"
Lain-lain17.09.2014
makna seteru

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, seteru bermaksud musuh atau lawan (orang perseorangan): Contoh: drpd banyak seteru, baik banyak sahabat;

Lain-lain04.05.2010
Apakah terjemahan yang tepat bagi "community farming"? "Community farming" merujuk kepada aktiviti penanaman pokok mengikut spesies tertentu oleh pemilik tanah perseorangan secara berkelompok atau mengikut kawasan.Kami mencadangkan "community farming" diterjemahkan sebagai "perladangan komuniti" atau "pertanian komuniti". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah17.06.2022
Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'?1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah)Tatabahasa30.07.2007
1)Setelah enam bulan (melanjut/melanjutkan) pelajaran di luar negara,Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia. 2)(Sempena/Bersempena dengan) hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua. 3)Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas (di/pada) peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China. Tolong betulkan.Terima kasih.1. Setelah enam bulan melanjutkan pelajaran di luar negara, Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia.
2. Bersempena dengan hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua.
3. Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas pada peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China.
Tatabahasa15.07.2012
Apakah maksud pemilikan tunggal dari segi perniagaan tersebut?Dalam bahasa Inggeris 'sole proprietorship" ialah keempunyaan tunggal yang bermaksud perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap liabiliti, dan berhak terhadap semua keuntungan perniagaan.Istilah20.11.2021
Adakah perkataan 'interpersonal' wujud dalam bahasa melayu? Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'interpersonal relations'? 'Hubungan interpersonal' atau 'Hubungan antara perorangan'?Interpersonal diterjemahkan kepada antara perseorangan, selain istilah interpersonal itu sendiri dikekalkan seperti dalam bidang perubatan, sosiologi dan komunikasi.Penyemakan dan penterjemahan26.09.2014
123

Kembali ke atas