Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.se.tu.juan] | ڤرستوجوان

Definisi : 1. pernyataan setuju (mem­perkenankan, membenarkan), pembenaran, pengesahan: pernikahan anaknya tempoh hari tidak mendapat ~nya; 2. sesuatu yg telah dipersetujui (oleh kedua-dua belah pihak), kata sepakat yg dicapai, perjanjian: akhirnya mereka mendapat ~ membuka kedai buku dgn modal lima puluh ringgit seorang; 3. perihal setuju, kecocokan, keselarasan, kesesuaian; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.se.tu.juan] | ڤرستوجوان

Definisi : 1 per­nyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conventionkonvensyen; persetujuanSejarahTiada1. Konvensyen: Perhimpunan yang terdiri dari ahli atau wakil pertubuhan politik atau persatuan untuk membincangkan sesuatu hal. 2. Persetujuan: Persetujuan antara dua pihak yang menentukan peraturan sama ada dalam hal-hal hak cipta, kontrak atau perlakuan perang.
bai‘ mauqufjual beli dengan persetujuanPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli yang bergantung pada persetujuan daripada pemilik barang. Sekiranya dilakukan tanpa persetujuan, jual beli ini dikenali sebagai jual beli fuduli. Contohnya, menjual sebuah kenderaan yang tidak mendapat persetujuan pemilik asal. Apabila mendapat persetujuan, bai‘ mauquf menjadi jual beli yang sah mengikut mazhab Hanafi dan Maliki. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, jual beli barang tanpa persetujuan pemilik adalah terbatal walaupun kemudian mendapat persetujuan pemilik. Sinonim mauquf.
armisticearmistisSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan awal penamatan perang yang paling berkesan, iaitu apabila kedua-dua pihak yang bertelagah bersetuju untuk menghentikan peperangan sementara menanti penyelesaian damai. Persetujuan tersebut bukan merupakan perjanjian damai, dan tidak bermakna secara sah menamatkan perang tetapi membuka jalan bagi persetujuan damai. Persetujuan ini biasanya dilakukan dengan persetujuan dua hala. Kadangkala dalam keadaan perjanjian damai hampir mustahil untuk diwujudkan, gencatan senjata boleh merintis perdamaian. Contohnya, dalam kes hubungan antara Israel dengan negara- negara Arab, rundingan damai menjadi de facto kepada status quo tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun 1949 apabila perjanjian gencatan senjata antara negara Arab dengan Israel dimeterai sehingga membawa kepada perjanjian damai Camp David. Sinonim perjanjian gencatan senjata.
taradiysaling redaPerniagaan IslamTiada1. Persetujuan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu akad. 2. Persetujuan pihak berakad tanpa sebarang unsur paksaan atau penipuan, salah nyata dan salah anggap. Taradiy merupakan manifestasi persetujuan antara pihak yang berkontrak seperti akad jual beli, sewa dan hadiah. Akad yang terbukti wujud unsur yang menjejaskan persetujuan seperti salah nyata boleh menyebabkan akad asal terbatal.
common consentpersetujuan umumPentadbiranPentadbiran Awam

Kata sepakat dan ketetapan yang dicapai terhadap sesuatu isu atau perkara yang berkaitan dengan kepentingan umum. Persetujuan umum boleh dicapai melalui diskusi, dialog, forum, perbincangan, perdebatan, mesyuarat perwakilan dan undian. Biasanya persetujuan umum dibuat kerana melibatkan keutamaan banyak pihak seperti orang awam, NGO, syarikat persendirian, badan berkecuali dan lain-lain lagi, khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan kekeliruan. Antara tujuan utama persetujuan umum diadakan adalah untuk mencapai sesuatu tuntutan demi kepentingan bersama.Contohnya, persetujuan umum dibuat untuk mendesak pihak pemerintah menaikkan gaji kakitangan awam dan mengawal kenaikan harga barang.

Brest-Litwosk Peace Agreement)Persetujuan Damai Brest-LitwoskSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan damai yang ditandatangani pada tahun 1918 di antara Rusia dengan negara Eropah Tengah, iaitu Austria- Hungary, Bulgaria dan Turki. Perjanjian ini dibuat ekoran tercetusnya revolusi di Rusia pada tahun 1917 yang memaksa Tzar Nicholas II turun takhta. Pihak komunis pimpinan Lenin dan Trotsky yang mengambil alih ingin memulihkan keamanan dan membuat persetujuan damai tersebut dengan negara Eropah Tengah. Dalam perjanjian ini, pihak Rusia memberikan konsesi wilayah dan kewangan kepada negara yang menyertai persetujuan damai ini. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dimansuhkan apabila satu lagi perjanjian dimeterai, iaitu Perjanjian Versailles.
treatyperjanjianSains PolitikPolitik PerbandinganPersetujuan rasmi yang dibuat antara dua atau lebih negara yang berdaulat. Sebelum persetujuan dicapai, wakil dari negara yang terIibat terlebih dahulu berunding dan membuat tawar-menawar dalam perbincangan. Persetujuan ini biasanya diabsahkan oleh badan perundangan negara terIibat seperti hakim atau ketua negara dan kemudian dijadikan dalam bentuk bertuIis dengan pengesahan mohor pemerintah. Nama perjanjian pula biasanya mengambiI nama tempat perjanjian itu diadakan. Contohnya, Perjanjian Pangkor 1874, Perjanjian Bangkok 1909 dan Perjanjian Camp David l978.
treatyperjanjianSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan bertulis yang ditandatangani oleh dua pihak atau lebih. Persetujuan bertulis ini untuk mengikat pihak yang menandatangani dokumen perjanjian dan mereka dikehendaki oleh undang-undang antarabangsa untuk mematuhi segala perkara yang telah dimeterai. Persetujuan ini merangkumi aspek seperti ekonomi, kebudayaan, pendidikan, politik, sosial dan diplomasi. Contohnya, Perjanjian Inggeris- Belanda pada tahun 1824.
informed consentpersetujuan termaklumHerbaPeraturan dan PemasaranProses mendapatkan keizinan daripada subjek manusia yang hendak mengambil bahagian dalam ujian klinikal secara sukarela setelah dimaklumkan tentang segala aspek ujian yang relevan dengan subjek. Persetujuan termaklum didokumenkan dalam borang persetujuan bertulis, ditandatangani dan bertarikh.
concensuspersetujuanSejarahTiadaPersetujuan yang dicapai secara sebulat suara dalam sesuatu perjumpaan, perhimpunan dan perbincangan
12345678910...

Kembali ke atas