Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.si.la.tan] | ڤرسيلتن

Definisi : yg berkaitan dgn silat: gim­nasium itu akan dilengkapi pusat riadah, tempat latihan ~ dll; pertarungan silat yg menunjukkan kaedah ~; ~ lidah (kata) ki perbahasan dll dgn menguji kepandaian ber­kata-kata (memainkan kata-kata); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.si.la.tan] | ڤرسيلتن

Definisi : yg berkaitan dgn silat: ilmu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persilatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.....boleh saya tau....DBP ada mengeluarkan berapa edisi buku yg berkaitan dengan ilmu persilatan...???Tuan boleh membaca maklumat berikut dan pastinya tuan akan mendapat maklumat berguna kepada persoalan yang diajukan. Moga maklumat ini membantu pihak tuan. Buku terbitan DBP boleh dibeli di Kedai Buku DBP atau mana-mana kedai buku di seluruh Negara. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. selain itu, semua majalah dan buku-buku terbitan DBP boleh dibeli secara dalam talian pada laman yang berikut : • bukudbp.com • lazada.com.my • 11street.com • Facebook : dbpniaga • alamdbp.myshopify.com , dan buku-buku terbitan DBP boleh diperoleh di Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Menjelang setahun DBP mengambil alih fungsi pemasaran yang diswastakan, terbitan terpilih DBP sudah berada di MPH, Pasar Raya Besar Mydin, Kedai Buku 1Malaysia, myNews.com, BORDERS, Times, Popular, Kinokuniya dan Tesco. DBP juga telah dan akan melantik wakil-wakil penjual di seluruh negara. Di samping itu, DBP juga mempunyai Kedai Buku Bergerak yang dikenali sebagai Ujana Buku DBP selain tiga buah Kedai Buku DBP. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman http://niaga.dbp.my atau hubungi telefon 0341012328 atau e-mel pp@dbp.gov.my atau sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasihLain-lain08.12.2015
Assalamulaikum dan salam sejahtera tuan/puan, Mohon pihak DBP dapat mengulang Cetak buku bertajuk Teknik Dalam Silat Melayu tulisan Arwah Tuan Haji Anuar Abd Wahab dan buku bertajuk Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya tulisan Abd. Rahman Ismail. buku-buku tersebut penting sebagai rujukan bagi dunia persilatan. sekian terima kasihAssalamulaikum dan salam sejahtera tuan. Pihak DBP akan melihat dan mengkaji keperluan buku tersebut. Pihak DBP juga akan melihat aras atau baki stok buku tersebut sebelum dilakukan cetak ulang. Sekian terima kasih.Lain-lain26.07.2009
apakah Maksud perkataan - APRESIASI KEMENJADIAN MURID Terima Kasih.Kebanyakan frasa "apresiasi kemenjadian murid" digunakan dalam majlis atau acara pada peringkat sekolah.

Kamus Dewan Perdana
(DBP, 2020) memberikan takrifan yang berikut:

a. apresiasi -1 pemahaman, penerimaan dan penghayatan nilai sesuatu karya seni, 
                      sastera atau budaya.
                   2 penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti
                      dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak.

b. kemenjadian - hal berhasil atau berjaya.

c. murid - 1 orang yang belajar secara formal di sekolah.
               2 orang yang mempelajari sesuatu bidang ilmu atau kemahiran seperti
                  agama, persilatan atau perubatan tradisional secara tidak formal
                  dengan seseorang.

Secara umumnya, dapatlah difahami bahawa "apresiasi kemenjadian murid" bermaksud penghargaan atau penyanjungan terhadap usaha, sumbangan, bakti dan sebagainya seseorang (guru, ibu bapa) atau sesuatu pihak (seperti sekolah, kementerian) dalam menghasilkan orang yang belajar secara formal di sekolah (murid) berjaya.



Makna01.02.2023

Kembali ke atas