Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sis] | ڤرسيس

Definisi : 1. kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Apakah perbezaan antara penggunaan ya, benar dan betul. terima kasihYa ialah kata utk mengatakan betul atau sungguh; memang benar: ~, saya pun ada melihatnya. 2 kata utk menyahut panggilan orang. 3 kata utk menyatakan sanggup melakukan sesuatu. 4 kata utk memanggil atau utk menarik perhatian; wahai: ~ Allah, ~ Tuhanku!. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, betul ialah benar, tidak salah. Bersinonim dengan tepat: jitu, persis">persis, tidak salah, sebenar, benar, sahih, sah, boleh dipercayai, tidak cacat.Tatabahasa06.04.2010
Salam Manakah yang persis? 1. dikreditkan terus ke akaun bank 2. dikreditkan terus dalam akaun bank 3. dikreditkan terus ke dalam akaun bank Harap diajukan penjelasan ringkas. TKYang tepat ialah no. 3. "... dikreditkan terus ke dalam akaun bank", untuk menunjukkan arah masuknya wang dan sebagainya .Tatabahasa24.11.2011
1. Apakah peribahasa persis bagi merujuk kepada seseorang yang melupakan asal usulnya. 2. Bagaimanakah penggunaan kata 'untuk' sebagai kata sendi nama, sebagai kata hubung pancangan keterangan, dan sebagai kata hubung pancangan komplemen?1. Peribahasa yang paling hampir maksudnya ialah - seperti kacang lupakan kulit. 2. Kata sendi nama "untuk" digunakan untuk menunjukkan kegunaan sesuatu (Rumah untuk pekerja telah dibaiki), menyatakan maksud bahagian yang ditentukan (Hadiahini untukmu). Sebagai kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama (Nira dikumpulkan untuk dibuat manisan dan tuak). Sbagai kata hubung komplemen berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi pelengkap pada klausa utama (Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar).Tatabahasa09.09.2008
Apakah bahasa melayu standard di Malaysia persis dengan bahasa standard di Indonesia serta Brunei? Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia itu sama atau berlaianan? Jika sama, apakah istilah rasmi yang merujuk kepada bahasa ini, Bahasa Melayu, Bahasa Indonesia, atau Bahasa Melayu-Indonesia? Harap mendapat penjelasan menyeluruh daripada DBP. Terima kasih.

Bahasa Melayu, bahasa Melayu Indonesia dan bahasa Melayu Brunei dikatakan berasal daripada rumpun bahasa yang sama, iaitu Austronesia. Rumpun  bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat, iaitu Polinesia, Melanesia, Mikronesia dan Nusantara. Bahasa Melayu, bahasa Melayu Indonesia dan bahasa Melayu Brunei termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 1-27.

Penyelidikan26.02.2017
Terima kasih atas jawapan yang terdahulu. Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog?

Encik Mohd.Isa terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

DBP tidak menggunakan perkataan blogger dan pemblog tetapi kerana ramai orang telah menggunkan perkataan tersebut jadi kami hanya boleh mencadangakan  penggunaan penulis blog dan ia tidak boleh disamakan dengan membaca blog dan mengikuti perkembangan blog?Terima kasih

Istilah24.03.2009
salam tuan, pertanyaan saya: antara rumah orang tua-tua dan rumah orang-orang tua, yang manakah yang persis?Istilah yang tepat ialah rumah orang-orang tua ataupun  boleh juga digunakan rumah orang tua.  Tatabahasa09.12.2010
apa jenis kata digunakan selepas "secara"?kata nama atau kata adjektif. apakah maksud "secara"? saya merasai kegunaan "secara" persis kegunaan adverb yang terdapat dalam bahasa inggeris. mengapakah frasa "secara kritikal" adalah salah, manakala yang betulnya ialah "secara kritis" terima kasih

Perkataan “secara” merupakan kata adverba, iaitu perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Perkataan ini boleh hadir di hadapan atau di belakang frasa.

Perkataan “kritikal” bermaksud (i) berkenaan kesihatan, situasi dan lain-lain, (ii) sangat penting dalam menentukan hasil yang akan diperoleh, (iii) berkenaan sikap seseorang (tajam dalam memberikan teguran, pandangan dan sebagainya terhadap sesuatu atau seseorang) dan (iv) bersifat mengkritik atau mengandungi kritikan terhadap sesuatu atau seseorang. Manakala kritis pula bermaksud tidak dengan begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu dan perlu menimbangkan baik buruknya terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, penggunaan yang betul dalam konteks frasa yang diberikan ialah “secara kritis”.

Tatabahasa09.12.2021
Mungkin pihak tuan terlepas pandang untuk menjawab soalan saya pada 24 Mac 2009 (lebih sebulan dahulu). Inilah soalannya: Manakah yang persis (diiktiraf oleh DBP): 1. Weblog atau blog? 2. Blogger, pemblog, atau penulis blog? 3. Menulis masukan blog atau memblog? Benarkah memblog (jikalau diterima perkataan ini) dapat bermaksud 1. menulis masukan blog 2. membaca blog 3. mengikuti perkembangan blog? Terima kasih.Yang paling sesuai ialah: 1. blog  2. penulis blog  3. Menulis dalam blog 4. Kata memblog belum diterima lagi sebagai suatu istilah, frasa yang boleh dibina ialah antaranyamenulis dalam blog, membaca blog dan mengikuti perkembangan blog.Tatabahasa07.05.2009
Boleh jelaskan dengan terperinci kepersisan makna,ketaksaan leksikal dan struktur dalam tatabahasa serta dengan contohnya"Kepersisisan makna" ialah perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan makna; "ketaksaan" ialah idea yang memberikan lebih daripada satu makna dan meninggalkan ketidakpastian atau keraguan tentang maksud sebenar yang ingin disampaikan. Bagi membantu, puan boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP). Terdapat banyak bahan rujukan yang boleh diperoleh berkaitan perkara ini. Puan juga boleh membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP atau membuat rujukan di perpustakaan IPT atau Perpustakaan Negara Malaysia.Makna03.02.2014
1.Menurut arkib soalan DBP,soalan 35 memberikan jawapan yang salah iaitu kata-kata aluan adalah betul padahal kata aluan-aluan adalah persis dan tepat.Saya berharap DBP menyedari kesalahan ini. 2.Dalam arkib soalan DBP,frasa tidak dapat dijawab oleh kami juga tidak menepati hukum tatabahasa pelaku kedua,apa komen tuan?Terima kasih atas teguran tersebut. Kami memohon maaf atas kesalahan itu. Jawapan yang betulnya ialah kata alu-aluan. 2. Frasa yang betul ialah 'tidak dapat kami jawab'. Oleh hanya boleh digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga sahaja. Bagaimanapun kami memohon kerjasama pihak tuan/puan untuk menyatakan no. siri arkib soalan yang telah dirujuk bagi membolehkan pihak kami membuat tindakan susulan. Harap maklum.Tatabahasa26.07.2008
12345

Kembali ke atas