Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.sis] | ڤرسيس

Definisi : 1. kena benar, sama benar, serupa benar: lagaknya ~ lagak seorang diplomat; wajah Amelia ~ wajah emaknya; 2. tepat (bkn waktu), genap: Mimi meninggalkannya ~ pukul 12 tengah hari; kepersisan perihal (keadaan) persis, kete­patan, kejituan: arahan yg ideal ialah yg tidak berulang dan terperinci, tetapi sempurna dr segi ~nya; ~ daya fikiran masyarakat di Malaysia dapat diukur pd mutu bahasa Melayu yg dikuasai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERSIS

PERSIS, pertubuhan Islam modenis di Indonesia.  PERSIS ialah singkatan Persatuan Islam.  Persatuan ini ditubuhkan di Bandung pada 12 September 1923 oleh sekumpulan cendekiawan Islam yang berminat kepada pengkajian dan kegiatan Islam.  Sebelum tahun 1926, PERSIS tidak mengamalkan prinsip moden berorganisasi tetapi memupuk pengajian Islam.  Pemimpin awalnya ialah Haji Zamzam, seorang guru agama di Sekolah Agama Darul Muta’allimun, Bandung dan Haji Muhammad Junus, seorang pedagang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PARSI PURBA

Parsi Purba ialah negara yang meliputi Iran

dan Afghanistan kini. Parsi purba pernah

diperintah oleh Cyrus yang Agung, Darius I,

Xerxes, dan beberapa pemimpin lain. Perkataan

Parsi berasal daripada Persis, nama Yunani bagi

rantau ini. Parsi ialah negara maju dan pusat

empayar yang luas. Parsi juga dikenali sebagai

tanah Aryan, dan daripada perkataan ini terbentuk

nama bagi Iran yang bahasanya dikenali sebagai

bahasa Arya.

UMUM 

Kembali ke atas