Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.so.nél] | ڤرسونيل

Definisi : (personél) pegawai, kakitangan (pejabat dll); urusan ~ urusan kakitangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata personel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza istilah personel dan sumber manusia?Personel bermaksud pegawai, kakitangan (pejabat dan sebagainya); manakala sumber manusia ialah sumber tenaga daripada manusia.Makna08.01.2019
SALAM SY NAK TANYE CARA NAK MEMOHON JWTN DI DBP???

Sdr,

Semua permohonan jawatan kosong yang diiklankan hendaklah menggunakan Borang Personel 27/99. Borang ini boleh didapati dengan cara mengirimkan kepada Bahagian Pengurusan Personel, DBP ibu pejabat sampul surat beralamat sendiri/bersetem 40 sen, atau datang untuk mengambil sendiri di pejabat kami di alamat seperti yang berikut:

                                  Bahagian Pengurusan Personel

                                  Tingkat 17, Menara DBP,

                                  Jalan Dewan Bahasa, 

                                  50460 Kuala Lumpur.       

Sdr juga boleh memuat turun borang tersebut melalui laman web DBP.       

Kami ingin memaklumkan bahawa sdr boleh mengemukakan borang permohonan jawatan pada bila-bila masa. Namun sebaik-baiknya permohonan tersebut dikemukakan selepas sesuatu jawatan kosong itu diiklankan.                                                                            

                            

                                 

Lain-lain09.09.2009
Kenapa Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99),tidak dapat di muat turun.Sila cuba semula untuk memuat turun borang permohonan jawatan. Saudara dicadangkan untuk menggunakan Internet Explorer bagi paparan yang lebih baik. Saudara boleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia DBP jika masih menghadapi maslah yang sama.Lain-lain17.05.2013
Assalamualaikum....... Apa yang dimaksudkan dengan pertukaran personel antara jabatan? contohnya?

Mualaikum salam wbt,

Maksudnya pertukaran kakitangan/staf/pegawai daripada suatu jabatan kepada suatu jabatan yang lain. Ia mungkin berlaku dalam jabatan yang sama tetapi lokasi yang berbeza atau mungkin juga melibatkan dua jabatan yang berlainan.

Contoh:

-   Pegawai ditukarkan daripada Jabatan Pelajaran Johor kepada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan.

-   Pegawai ditukarkan daripada Jabatan Audit Negara kepada Jabatan Pelajaran.

 Terima kasih.

Lain-lain25.02.2009
Penggunaan perkataan untuk menggambarkan 'kakitangan', 'staf' atau 'personel' kerajaan pada tahun 1970. Perkataan manakah yang lebih sesuai atau ada perkataan lain yang bersesuaian? Bagaimanakah cara ejaannya pada waktu itu? Terima kasih.Perkataan yang sesuai digunakan pada masa tersebut ialah kakitangan.Ejaan07.08.2013
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Tuan/Puan/Cik, Saya Norain Mohd Tamsir, Personel MySTEP di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan. Untuk makluman tuan/puan, kami di IYRES bekerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan (JBSN), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC) untuk meghasilkan sebuah 'Coffee Table Book' sebagai hasrat untuk menghargai tokoh belia Malaysia di atas sumbangan mereka kepada negara dan menjadi bahan inspirasi kepada belia generasi kini. Oleh itu, pihak kami memerlukan 'peer review' untuk menyemak penggunaan bahasa yang digunakan dalam penulisan buku tersebut. Boleh kami dapatkan nama-nama pegawai atau siapa-siapa yang boleh membantu kami untuk tujuaan ini? Segala kerjasama dari pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.Untuk makluman puan, DBP menyediakan perkhidmatan semakan dokumen secara berbayar. Kami akan mengeluarkan sebut harga dan sekiranya pihak puan bersetuju barulah semakan dilakukan. Sila hubungi kami melalui e-mel dan lampirkan manuskrip berkenaan melalui fadhilah@dbp.gov.my (Puan Fadhilah binti Bahar) dan ayu@dbp.gov.my (Puan Rohayu binti Ismail). Lain-lain17.09.2021
General Manager, director general, personal managerpengurus besar, ketua pengarah, pengurus personelMakna03.05.2007
Salam Sejahtera' Tuan, Apakah perkataan bahasa Melayu bagi "PDA"? Terima Kasih!Padanan personel digital asisstant (PDA) dalam bahasa Melayu ialah pembantu digital peribadi dan dalam bentuk singkatan PDA diterima.Istilah26.09.2011
bagaimana ingin memohon peluang pekerjaan di DBP?

Isikan Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99) yang boleh diperolehi di Dewan bahasa dan Pustaka atau dimuat turun melalui laman web :http://www.dbp.gov.my. Sertakan juga permohonan anda dengan dokumen yang berkaitan yang dapat menyokong permohonan tersebut.

Lain-lain19.01.2008
DI BAHAGIAN MANA YANG TERDAPAT PERINCIAN MENGENAI JAWATAN-JAWATAN YANG ADA KEKOSONGANBahagian Pengurusan Personel merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan dalam urusan perjawatan DBP. Pemakluman untuk mengisi jawatan kosong akan dibuat melalui iklan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga melalui laman web DBP.Lain-lain16.05.2008
1234

Kembali ke atas