Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.spék.tif] | ڤرسڤيکتيف

Definisi : (perspéktif) 1. cara pelukisan (peng­gambaran) sesuatu benda dll pd permukaan yg rata sebagaimana yg kelihatan dr sesuatu tempat pd mata seseorang; 2. pandangan (pentafsiran) yg wajar bkn sesuatu dgn memperkirakan bahagian-bahagiannya dlm hu­bungan keseluruhannya: logika dan ~ amat penting dlm menghadapi hal ini; oleh yg demikian ~ latihan hendaklah dilihat dr sudut lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perspektif


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya hendak tahu makna sebenar perkataan perspektif(perspéktif) 1. cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dll pd permukaan yg rata sebagaimana yg kelihatan dr sesuatu tempat pd mata seseorang; 2. pandangan (pentafsiran) yg wajar bkn sesuatu dgn memperkirakan bahagian-bahagiannya dlm hubungan keseluruhannya: logika dan ~ amat penting dlm menghadapi hal ini; oleh yg demikian ~ latihan hendaklah dilihat dr sudut lain.Makna24.10.2007
Mana yang betul, "daripada perspektif" atau "dari perspektif". Terima kasih.Frasa yang betul ialah dari perspektif.Tatabahasa18.05.2012
As salam, yang manakah yang betul, dari segi atau daripada segi, dari perspektif atau daripada perspektif ? Pesaka atau pusaka ?Frasa yang betul ialah dari segi dan dari perspektif.
Ejaan yang betul ialah pusaka.
Tatabahasa20.09.2013
Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandarAyat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.'Tatabahasa13.09.2007
1. Boleh berikan maksud 'pola-pola bahasa yang diulang dlm cerita?kalau boleh berikan contoh yang sesuai. 2.apakah maksud Perspektif dan fokus cerita dalam sasteraSoalan pertama saudari tidak jelas. Berkenaan dengan soalan kedua pula, maksud perspektif dan fokus dalam cerita ialah tema atau motif pengarang. Bahasa Jiwa Bangsa.Lain-lain16.03.2009
Mohon penjelasan makna perkataan keselamatan dari perspektif Jabatan Bomba.

Khidmat Nasihat Bahasa membantu mencari makna berdasarkan sumber rujukan kami, iaitu kamus, istilah, glosari dan sebagainya. Dalam Kamus Dewan keselamatan ditakrifkan sebagai perihal terpelihara atau terhindar daripada bencana, atau terlepas daripada bahaya. Sila rujuk Jabatan Bomba untuk mendapatkan pandangan tentang maksud/konsep perkataan ini.

Makna19.01.2011
saya ingin menayakan maksud 'PLURALISTIK' dari perspektif DBP sendiri.Pluralistik bermaksud majmuk ataupun kepelbagaian. T.kasih.Lain-lain19.08.2008
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business)Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Makna11.08.2008
Bagaimana bahasa-bahasa di dunia wujud melalui perspektif islam?Maklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami, sila rujuk buku atau tulis yang berkaitan.Lain-lain30.07.2008
Mohon nasihat terhadap ayat atau frasa ini: 1. Daripada atau dari perspektif, mana yang betul? 2. "Kajian ke atas sikap manusia: satu Analisis awal". Dalam ayat ini, harus diguna perkataan "analisis" atau "analisa"? Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah analisis, iaitu padanan analysis dalam bahasa Melayu.Tatabahasa27.03.2012
123

Kembali ke atas