Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perihal bertambah: Kawalan harus dilakukan terhadap ~ penduduk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.apakah perbezaan antara penambahan dan pertambahan?penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu.adakah ayat ini betul?kalau betul mengapa? 2.apakah perbezaan antara imbuhan mem...i atau mem...kan. terima kasih

Saudara Khoo,

1. Perkataan pertambahan bermaksud perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar;

Perkataan penambahan bermaksud 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam hal ini ayat yang betul ialah 'Penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu. 

2.  Imbuhan meN...kan dan meN...i  berbeza dari segi fungsinya. MeN...kan menandakan kausatif manakala meN...i menandakan lokatif. Contohnya,

a. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. 

b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 197-207.  

Tatabahasa25.08.2009
SAYA PERLUKAN KOSA KATA YANG TERBARU BERSAMA MAKSUDNYA, SEBAGAI PANDUAN MEMBINA KARANGAN YANG LEBIH MANTAPSaudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat kerana Edisi ini mengandungi pertambahan kata masukan berserta dengan maknanya.Lain-lain23.03.2008
Apakah perbezaan perkataan-perkataan tersebut? Boleh berikan contoh ayat dan keterangan.Terima kasih. 1. a)berlanggar b)melanggar c)perlanggaran d)pelanggaran 2. a)binaan b) pembinaan 3. a)pertambahan b)penambahan 4. a)kedamaian b)pendamaian 5. a)budaya b)kebudayaanBerlanggar bermaksud berlaga, beradu, berantuk dan sebagainya; melanggar bermaksud merempuh, menyerang, menyerbu dan menyalahi undang-undang; perlanggaran bermaksud perihal berlanggar dan pelanggaran bermaksud perihal melanggar. Untuk mendapatkan keterangan dan contoh ayat, termasuklah untuk perkataan-perkataan yang lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang hendak dicari pada ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan sebagainya. Data daripada kamus dapat membantu saudara mendapatkan keterangan perkataan dan contoh ayat yang digunakan.Tatabahasa05.04.2011
salam sejahttera DBP, saya ingin khidmat nasihat daripada DBP dalam menyelesaikan masalah saya. disertakan masalah saya pada lampiran.

1. Antara cara untuk mencegah pertambahan berat badan termasuklah makan lebih banyak sayur dan buah-buahan. - Ayat ini yang gramatis kerana cara mencegah pertambahan berat badan ialah makan lebih banyak sayur.

 

2. Penjenayah yang amat dikehendaki itu tidak dapat lepas daripada kawalan polis. Ayat ini betul kerana antara makna lepas termasuklah lari atau bebas (daripada kurungan, penjara, tahanan, dan sebagainya).

Tatabahasa28.07.2011
Apakah perbezaan "bukan sahaja...malahan" dan "bukan sahaja... tetapi juga" ? Terima kasih..

Frasa "bukan sahaja" dan "malahan" dalam satu ayat lazimnya digunakan dalam ayat yang menandakan ada pertambahan sifat/keadaan daripada kenyataan yang pertama. Frasa "bukan sahaja" dan "tetapi" dalam satu ayat lazimnya digunakan apabila terdapat perbezaan hal/keadaan daripada kenyataan yang pertama.

Tatabahasa18.05.2011
kamus dewan akan keluar edisi kelima ke? bila?betulkah kamus ini setiap tahun akan dikeluarkan?Buat masa ini belum ada cadangan untuk menghasilkan Kamus Dewan Edisi Kelima kerana Edisi Keempat baru dikeluarkan pada 2005. Kamus Dewan tidak diterbitkan setiap tahun, tetapi bergantung kepada pertambahan kosa kata bahasa Melayu yang semestinya memerlukan penyelidikan yang teliti bagi setiap entri. Walau bagaimanapun, pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan serta komen daripada pengguna bahasa untuk memantapkan lagi pengisian kamus akan datang.Lain-lain04.01.2007
Mohon penjelasan penggunaan perkataan pelantikan dan perlantikan. Cara memudahkan untuk menggunakan tambahan per dan pe dalam penulisan surat rasmi kerajaan.Kata terbitan yang betul ialah pelantikan. Lazimnya jika kata dasar me- seperti menambah akan menerbitkan kata penambahan, dan jika kata dasar ber- akan menerbitkan kata pertambahan. Walau bagaimanapun tuan hendaklah merujuk kamus untuk memastikan kata terbitan yang betul.Tatabahasa10.04.2015
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar kata berikut untuk diterjemahkan ke dalam Bahawa Malaysia: 1. Managerialist contoh ayat: Selain itu, perdebatan tentang pengurusan kes secara amnya dalam bidang kerja sosial berpegang kepada ideologi managerialist 2. Sanction Contoh Ayat: Rajah 2.6. menerangkan Model Praktis Profesion Kerja Sosial. Siporin (1975) mendefinisikan praktis kerja sosial sebagai kumpulan nilai, tujuan, persetujuan(sanction), pengetahuan dan kaedah. 3. Burnout Contoh Ayat: Pekerja kes kanak-kanak memang mengalami tekanan dan burnout akibat pertambahan kes kanak-kanak berdasarkan hasil kajian penyelidik terdahulu 4. Deinstitutionalize 5. Residual Approach 6. Egalitarian 7. Niche Sekian, terima kasih atas kerjasama dan bantuan. SOPIAN 0194892464Cadangan terjemahan kami adalah seperti yang berikut:
1. managerialist - tatacara pengurusan.
2. sanction - isbat.
3. burnout - tekanan luar biasa.
4. Deinstitutionalize - pembebasan.
5. residual approach - *konsep perkataan ini tidak dijelaskan. Cadangan umum kami ialah pendekatan sisa/baki.
6. egalitarian - egalitarian.
7. niche - tujahan.
Penyemakan dan penterjemahan27.11.2015
apakah maksud komulatif. Dlm kamus dbp edisi ke 4 tiada tp perkataan trsebut sering didengar dan disebut terutama dlm matematik. Mungkin salah ejaan yg saya rujuk ataupun ada ejaan lain atau perkataan yg hampir serupa dengan perkataan komulatif. harap dapat bantu. Tk.Ejaan yang betul ialah kumulatif, iaitu bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dan sebagainya) kerana pertam­bahan (hasil pertambahan yang berulang kali) atau disebut juga sebagai longgokan atau terkumpul.Makna14.04.2010
Assalamualaikum Tuan. Saya ingin bertanya tentang Korpus DBP. Mengikut semakan saya melalui Laman Web DBP, (http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/76?mid=61), saiz korpus DBP sehingga 25 November 2008 adalah lebih kurang 135 juta perkataan. Saya ingin mengetahui: 1. Setakat 28 Mei 2021, berapakah jumlah perkataan terkini korpus ini? Adakah bahan-bahan sentiasa dikemaskini dari tahun 2008 hingga kini? 2. Berapakah jumlah subkorpus yang terangkum dalam pangkalan korpus DBP? Boleh tuan berikan pencerahan dan butiran setiap subkorpus? Setakat 2021, adakah jenis subkorpus masih kekal sama atau terdapat pertambahan? Saya berharap persoalan ini mendapat respon daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasihSehingga 28/5/2021, bahan-bahan sentiasa dikemaskinikan dalam Pangkalan Data Korpus DBP dan kini sebanyak 119,326 bahan yang mengandungi 124,743,168 kata.

Bahan dalam subkorpus semakin bertambah.
Subkorpus kekal:
1) Lain-lain - 13 bahan, 75,201 kata
2) Akhbar, 115,530 bahan, 59,267,169 kata
3) Buku, 822 bahan, 27,823,956 kata
4) Majalah, 1,981 bahan, 10,599,710 kata
5) Efemeral, 36 bahan, 110,676 kata
6) Teks Sastera, 801 bahan, 26,206,665, kata
7) Kertas Kerja, 143 bahan, 659,791 kata

Lain-lain28.05.2021

Kembali ke atas