Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tan.di.ngan] | ڤرتنديڠن

Definisi : 1. perihal bertanding, per­lawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, bere­nang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, per­lumbaan (utk mencapai kejayaan dll), per­saingan; 3. perbandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tan.di.ngan] | ڤرتنديڠن

Definisi : 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Seperti denak mencari lawan.

Bermaksud :

Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah betul? Minta penjelasan lanjut. A1. Pertandingan bercerita. A2. Pertandingan cerita. A3. Pertandingan penceritaan. B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan. B3. Pertandingan pelukisan. C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan. C3. Pertandingan pemasakan. D1. Pertandingan menyanyi. D2. Pertandingan nyanyian. D3. Pertandingan bernyanyi. D4. Pertandingan penyanyian. E1. Pertandingan mengarang. E2. Pertandingan karangan. E3. Pertandingan pengarangan. F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. F2. Pertandingan deklamasi sajak. F3. Pertandingan pendeklamasian sajak. G1. Pusat membeli-belah. G2. Pusat beli-belah.A1. Pertandingan bercerita. 

Yang paling tepat ialah pertandingan bercerita. Bercerita bermaksud mengisahkan sesuatu cerita dan berfungsi sebagai kata kerja intransitif, manakala pertandingan cerita lazimnya digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 

B1. Pertandingan melukis. B2. Pertandingan lukisan.

C1. Pertandingan memasak. C2. Pertandingan masakan.

D1. Pertandingan menyanyi.

E1. Pertandingan mengarang. 

F1. Pertandingan mendeklamasi sajak. 

G.  Pusat beli-belah.

Tuan boleh merujuk Kamus Dewan untuk makna perkataan bagi frasa di atas.
Tatabahasa27.09.2013
Salam, apakah imbuhan yang betul? pertandingan nyanyian atau pertandingan menyanyi? Jika nama pertandingan yang lain biasanya kita gunakan kata kerja seperti pertandingan menari (kita tidak menyebut pertandingan tarian), pertandingan melukis, pertandingan mewarna, pertandingan menimbang bola dan sebagainya. Terima kasih.Yang betul ialah pertandingan menyanyi.Tatabahasa10.12.2013
1. Yang mana betul? a) di hati atau dalam hati atau di dalam hati b) pertandingan menyanyi atau pertandingan nyanyi atau pertandingan nyanyian. c) pertandingan bercerita atau pertandingan cerita d) pertandingan perbahasan atau pertandingan bahas 2. Perasaan bimbang _________ emak kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisikan ke dalam tempat kosong di atas?

1. Yang betul ialah a)  dalam hati  b) Pertandingan Nyanyian c) Pertandingan Bercerita  d) Pertandingan Bahas

2. Ayat tersebut tidak jelas, sepatutnya ayat tersebut adalah seperti berikut: Emak berasa bimbang kerana abang belum pulang walaupun hari sudah lewat malam.

Tatabahasa09.07.2009
betul atau salah? pertandingan bercerita pertandingan mewarna sudut bacaan pertandingan mengarang1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. Oleh itu, untuk dua lagi pertandingan perlu ditukar menjadi pertandingan mewarnakan lukisan dan pertandingan mengarang esei. Tatabahasa08.03.2010
pertandingan nyanyian atau pertandingan menyanyi?pertandingan nyanyian atau pertandingan menyanyi?
Pertandingan Menyanyi kerana perkataan "menyanyi" merupakan kata kerja tak transitif iaitu kata kerja yang tidak perlu diikuti objek.
Tatabahasa20.01.2014
1) wujudkan perkataan 'mewarna"? 2) pertandingan mewarna? pertandingan warna? pertandingan melukis? (yang manakah frasa yang tepat?)Salam sejahtera,

Tuan,

1. Perkataan mewarna bermaksud  mengenakan warna dan membubuh warna

2. Perkataan yang betul: Pertandingan mewarna dan Pertandingan melukis


Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa23.01.2018
Apa itu debat perdana?Apakah pertandingan-pertandingan debat antara IPT yang dikategorikan sebagai Debat Perdana?Perdana ialah sesuatu yang utama. Debat Perdana boleh dianggap sebagai debat yang utama. Tidak ada kriteria khusus untuk menamakan sesuatu itu sebagai perdana atau sebaliknya. Namun bersesuaian dengan maksud perdana, debat yang dipertandingkan itu hendaklah memiliki ciri-ciri keutamaannya seperti pertandingan debat paling besar yang dianjurkan oleh penganjur dan melibatkan peserta yang berketerampilan.Tatabahasa17.12.2014
1. Pertandingan melukis /lukisan, pertandingan mewarna / pewarnaan/ warna , pertandingan masak/ memasak? 2. Apakah perbezaan antara 'untuk' dengan 'kepada' bolehkah tuan tolong terangkan.

Puan Law Siew Mei, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Perkataan yang betul penggunaannya ialah Pertandingan melukis, pertandingan mewarna dan pertandingan memasak.

1. Makna untuk ialah ditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian (seseorang dll): tanah getah yg lima ekar ini ~mu dan tanah sawah yg dua ekar itu ~ adikmu; 2. guna, bagi, buat: wang ~ membeli makanan; ruang ~ bekerja; 3. (digunakan, dipakai) sebagai, dijadikan, supaya menjadi atau dijadikan: ditumbuknya kulit kayu itu halus-halus ~ ubat; dibawanya buluh rencong ~ senjata;

2.  Manakala kepada pula bermaksud kata utk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), pada: mengirim surat ~ orang tuanya; 2. terhadap, akan:

Tatabahasa09.02.2010
Yang mana betul sebenarnya? (i)pertandingan bercerita atau (ii)pertandingan cerita. Jika (i) yang betul, mengapakah imbuhan ber- digunakan, bukan imbuhan me- seperti (iii)pertandingan menyanyi ?1. Pertandingan Bercerita . Bercerita sebagai kata kerja intransitif. Sekiranya menggunakan imbuhan meN, hendaklah menjadi menceritakan sesuatu. 2. Pertandingan cerita digunakan dalam konteks pertandingan cerita pendek, novel atau karya lain. 3. Pertandingan Menyanyi atau Bernyanyi. Dalam konteks ini kata menyanyi lebih biasa digunakan.    Tatabahasa11.05.2008
Yang mana betul, 'Pertandingan Menyanyi atau Pertandingan Nyanyian.Kedua-duanya betul, iaitu Pertandingan Nyanyian dan Pertandingan Menyanyi.Tatabahasa27.02.2010
12345678910...

Kembali ke atas