Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tan.di.ngan] | ڤرتنديڠن

Definisi : 1. perihal bertanding, per­lawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, bere­nang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, per­lumbaan (utk mencapai kejayaan dll), per­saingan; 3. perbandingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tan.di.ngan] | ڤرتنديڠن

Definisi : 1 perlawanan atau peraduan (dlm permainan dll): ~ menembak akan diadakan di Jalan Padang Tembak. 2 perlumbaan atau persaingan utk mencapai kejayaan dlm perdagangan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Seperti denak mencari lawan.

Bermaksud :

Orang yang terlalu ingin berbuat sesuatu pekerjaan, terutama di dalam sesuatu pertandingan. denak = burung pemikat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
PERTANDINGAN ACARA BERCAMPURPertandingan acara bercampur bagi lelaki ialah pentatlon dan dekatlon manakala wanita ialah heptatlon dan dekatlon.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
SUKAN TANAH TINGGI

Sukan tanah tinggi ialah pertandingan olah

raga, pertandingan meniup seruling dan tarian

diadakan setiap tahun di Scotland pada musim

bunga. Sukan ini juga dikenali sebagai Perjumpaan

Tanah Tinggi. Peserta-peserta datang dari semua

daerah di Scotland, berpakaian seperti orang Tartan

(lihat Tartan).

UMUM 
SMYTHE, PAT

Smythe, Pat (1928–1996) membuktikan dirinya

sebagai salah seorang ahli menunggang kuda

wanita dan penunggang pertandingan lompat kuda

yang terbaik di United Kingdom (UK). Pada tahun

1949, dia meraih gelaran penunggang

pertandingan lompat kuda tahun tersebut. Pada

tahun 1962, dia memenangi Saddle of Honour

di Pertandingan Lompat Kuda Diraja Antarabangsa.

Pat Smythe lahir di East Sheen, Surrey. Dia mula

menunggang kuda ketika berusia empat tahun. Dia

memenangi beberapa roset dengan menunggang

Finality dalam Pertandingan Lompat Kuda

Antarabangsa di Stadium White City; London pada

tahun 1947. Ketika itu dia berusia 18 tahun. Kudanya

yang lain termasuklah Tosca, Prince Hal dan

Flanagan. Pada tahun 1963, dia berkahwin dan

menggunakan nama Patricia Rosemary Koechlin.

UMUM 
MEMBELAH KAYU

Membelah kayu ialah sejenis sukan

pertandingan yang popular di Australia dan New

Zealand. Pertunjukan pertanian negeri ini menarik

lebih daripada 150 orang ahli mengapak kayu

termasuk peserta dari luar negara. Badan yang

menguruskan pertandingan itu di Australia ialah

Persatuan Pengapak Kayu Australia.

UMUM 
DEKATLON

Dekatlon ialah pertandingan yang memakan

masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk

menentukan johan secara keseluruhan. Atlet

akan bertanding dalam acara pecut 100 meter,

lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan

larian 400 meter dalam urutan yang sama pada

hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah

lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat

bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet

bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang

telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu

sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga

1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan

yang paling banyak memenangi pertandingan

dekatlon ini.

UMUM 
PIALA THOMASPiala pertandingan badminton bagi lelaki.SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PERLUMBAAN

Perlumbaan ialah pertandingan kelajuan. Orang

bertanding dalam acara lumba lari, renang dan

berjalan kaki. Sukan seperti lumba kuda dan lumba

kereta melibatkan manusia yang menunggang

haiwan atau mengendalikan mesin. Haiwan terlatih

juga bertanding antara satu sama lain dalam lumba

anjing dan merpati. Sesetengah perlumbaan

merupakan antara sukan yang paling popular di

dunia, menarik berjuta-juta penonton setiap tahun. Di

samping penonton yang menghadiri perlumbaan

utama, ramai lagi yang mengikutinya di kaca

televisyen.

UMUM 
PIALA AMERIKA

Piala Amerika ialah pertandingan perahu layar

yang paling terkenal di dunia dan merupakan trofi

tertua dalam sukan antarabangsa. Pada tahun 1851,

skuner Amerika telah memenangi trofi perak yang

cantik dengan mengalahkan 14 perahu layar lain

dalam satu perlumbaan mengelilingi Isle of Wight

di luar pantai selatan England. Piala itu dikenali

sebagai Piala Amerika.

UMUM 
SUKAN OLIMPIK

Sukan Olimpik ialah pertandingan atlet

antarabangsa yang paling penting di dunia. Sukan

Olimpik menemukan beribu-ribu atlet terbaik

dunia untuk bertanding antara satu sama lain

dalam pelbagai sukan individu dan berpasukan.

Berjuta-juta orang menyaksikan sukan ini, dan

lebih satu bilion orang di seluruh dunia menonton

Sukan Olimpik di kaca televisyen.

UMUM 
123456

Kembali ke atas