Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.nian] | ڤرتانين

Definisi : 1. perihal bertani (tanam-mena­nam); 2. perusahaan bercucuk tanam: tanah­nya boleh digunakan utk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.nian] | ڤرتانين

Definisi : 1 hal-hal bertani. 2 perusahaan tanah utk bercucuk tanam. ~ campur perusahaan bercucuk tanam dan berternak bi­natang (lembu dll). ~ pindah pertanian yg dijalankan di sesuatu kawasan sehingga kawasan itu tidak subur lagi, lalu petani berpindah ke kawasan lain yg subur utk bertani. ~ sara diri perusahaan bercucuk tanam yg hasilnya hanya utk keperluan sendiri (petani dan keluarganya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tani
Kata Terbitan : bertani, pertanian, petani,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan,mana satukah yang betul Pertanian adalah peniagaan atau Pertanian ialah peniagaan Pertanian ialah suatu ibadah atau pertanian adalah suatu ibadahUngkapan pertanian ialah perniagaan dan pertanian ialah suatu ibadah, kedua-duanya betul bergantung pada perkara mana yang hendak ditekankan sama ada perniagaan atau ibadah.Tatabahasa31.12.2012
1. Apakah perbezaan di antara pertanian dan perladangan ? 2. Penternakan termasuk dalam kategori pertanian atau perladangan?Pertanian membawa maksud yang luas merangkumi  perladangan, penternakan dan penanaman.
Oleh itu penternakan itu di bawah pertanian.
Makna11.05.2016
mana satu yang betul, Pembantu-Pembantu Pertanian Kawasan atau Pembantu-pembantu Pertanian Kawasan?untuk makluman tuan, Pembantu Pertanian Kawasan merupakan pegawai di Jabatan Pertanian.Ejaan yang betul ialah Pembantu-pembantu Pertanian Kawasan.Ejaan28.02.2012
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kitaSila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998.Lain-lain23.07.2007
Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi adalah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju di abad ke 21. Kemajuan dalam bidang pertanian yang negara kita miliki sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak. Soalan: Apakah kesalahan dalam bahasa dalam petikan di atas dan jika terdapat kesalahan apakah alasannya?

Ayat yang dibetulkan adalah seperti yang berikut:

Malaysia perlu berusaha menjadikan bidang pertanian berteknologi tinggi sebagai suatu agenda penting dalam pembangunan negara. Pertanian yang menggunakan teknologi tinggi ialah asas penting bagi mencorakkan pembangunan ekonomi negara maju pada abad ke-21. Kemajuan dalam bidang pertanian di negara kita sepatutnya merintis perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara pertanian berteknologi tinggi. Untuk menjadikan suatu realiti memerlukan komitmen semua pihak.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Bab 9 Kata Tugas untuk maklumat lanjut. 

Tatabahasa09.09.2009
Tuan, Mana satu yang betulnya dalam penggunaan kata pemeri seperti perkataan di bawah? Pertanian adalah peniagaan atau pertanian ialah peniagaan. Nyatakan alasan dan rasionalnya, terima kasih.Jawapan yang betul ialah: Pertanian ialah perniagaan. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Tatabahasa28.10.2011
maksud spesifikasi teknologi penternakan kambing

Saudara,

Untuk maklumat tentang perkara berikut, sila layari laman sesawang Jabatan Pertanian, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, www.moa.gov.my.

  

Lain-lain07.11.2010
Saya ingin bertanya, apakah terjemahan terbaik untuk istilah 'urban agriculture'. Adakah agrikultur urban, pertanian urban, ataupun pertanian perbandaran. Terima kasih.Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi urban agriculture dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan terjemahan bagi perkataan tersebut ialah pertanian urban.Istilah17.10.2013
Adakah frasa "Mendepani Pertanian" bermaksud menjuarai pertanian? Terima kasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mendepani bermaksud 1. berada di depan sesuatu 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului. Perkataan "menjuarai" pula bermaksud menjadi juara, menjadi johan 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong dan sebagainya) dengan sesungguhnya. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini berbeza maksudnya.Istilah31.10.2015
petani ‘memperolehi’ hasil pertanian yang tinggi. atau petani ‘memperoleh’ hasil pertanian yang tinggi.

Jawapan yang tepat ialah “petani ‘memperoleh’ hasil pertanian yang tinggi”. Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB yang terdahulu sebagai panduan.

Lain-lain30.09.2022
12345678910...

Kembali ke atas