Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tani
Kata Terbitan : bertani, pertanian, petani,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
langkah-langkah meningkatkan pasaran hasil pertanian di negara kitaSila rujuk bahan ini : 1.Agenda memajukan pertanian secara komersial (diwawancara oleh AhmadYani Abd. Manaf) Sulaiman Haji Daud Dewan Masyarakat 01/03/1998. 2. Cabaran sektor pertanian untuk meningkatkan produktiviti oleh Noorkhairil Huda Mohd. Ali Dewan Ekonomi 01/09/1997. 4. Masa depan sektor pertanian. Mohamed Diah Isa Dewan Kosmik 01/04/1995. 5. Memajukan pertanian adalah tanggungjawab semua oleh Lee Lam Thye Dewan Masyarakat 01/03/1998. 6. Memajukan sektor pertanian Dewan Masyarakat 01/10/2005. 7. Menggiatkan semula pertanian Fadzilah Aziz Dewan Masyarakat 01/02/1998. 8.Peranan pengurusan sumber manusia dalam menjayakan Dasar Pertanian Negara Alias B. A oleh Dewan Masyarakat 01/10/1996. 10. Pertanian negara : masalah dan masa depannya oleh Shamsul Amri Baharuddin Dewan Masyarakat 01/06/1988. 12. Usaha meningkatkan produk pertanian oleh Hamidi Said Dewan Masyarakat 01/01/1998.Lain-lain23.07.2007
1. Apakah perbezaan di antara pertanian dan perladangan ? 2. Penternakan termasuk dalam kategori pertanian atau perladangan?Pertanian membawa maksud yang luas merangkumi  perladangan, penternakan dan penanaman.
Oleh itu penternakan itu di bawah pertanian.
Makna11.05.2016
Adakah frasa "Mendepani Pertanian" bermaksud menjuarai pertanian? Terima kasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mendepani bermaksud 1. berada di depan sesuatu 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului. Perkataan "menjuarai" pula bermaksud menjadi juara, menjadi johan 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong dan sebagainya) dengan sesungguhnya. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini berbeza maksudnya.Istilah31.10.2015
Salam. Mana ayat yang betul? 1. Kesan krisis air ialah menjejaskan kualiti tanah sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian. 2. Kesan krisis air adalah menjejaskan kualiti tanah sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian.Jawapan yang betul ialah “Kesan krisis air telah menjejaskan kualiti tanah sekali gus menjejaskan aktiviti pertanian” atau “Kesan krisis air telah menjejaskan kualiti tanah dan aktiviti pertanian”.Tatabahasa15.01.2022
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajarMoto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan  semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar,  Tatabahasa27.03.2008
saya masih terkeliru dengan hukum D-M 1. Alat penghawa dingin 2. urus tadbir 3. inap desa 4. pertanian adalah peniagaan1. Istilah yang betul ialah penyaman udara atau pendingin hawa (istilah lama). 2. Tadbir Urus. 3. Inap Desa. 4. Pertanian ialah perniagaan. Ejaan10.05.2015
Ada dua soalan yang saya ingin utarakan 1. Pertama, Saya merujuk kepada motto Kementerian Pertanian dan Industri asas tani yakni "pertanian adalah perniagaan".. adakah motto tersebut menepati struktur nahu tatabahasa bm? kerana pada hemat saya, penggunaan kata pemeri 'adalah' hanya utk struktur pola FN+FK, FN+FA, dan FN+FSN. dalam motto tersebut, perniagaan merujuk kpd FN.oleh itu, kata pemeri 'ialah' sepatutnya digunakn utk pola 'FN+FN' 2. Kedua, merujuk kepada Tatabahasa Dewan (TBD) mengenai topik ayat dasar. sy fikir pola-pola ayat dasar menurut TBD iaitu FN+FN, FN+FA, FN+FK,FN+FSN bercanggah dengan Teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Ini dapat dibuktikan melalui rajah pohon skema X berpalang. cth ayat FN+FN seperti 'Abu guru sekolah'.kenapa masih dapat dizahirkan kata pemeri 'ialah' dalam ayat dasar tersebut menjadi 'Abu ialah guru sekolah'. Jika merujuk semula penegasan TBD, bukankah ayat dasar sepatutnya bentuk paling tunggal sesuatu ayat.Jelaskan

 Puan Ulysess,

1.  Pandangan puan terhadap penggunaan kata pemeri "ialah" untuk  cogan kata agensi tersebut betul, iaitu  Pertanian ialah Perniagaan. 

2. Untuk makluman puan, penggunaan kata pemeri "ialah" atau "adalah" dalam bahasa Melayu adakalanya bersifat pilhan. Maksudnya, tidak salah kalau kita tidak menggunakannya dalam ayat. Sebagai contoh, mari kita melihat ayat seperti yang di bawah ini:

    (a)   Abu (ialah) guru sekolah.

    (b)  Wang itu (adalah) untuk perbelanjaan sekolahnya.

   Dalam ayat (a) dan (b) perkataan ialah  dan adalah yang ditulis dalam kurungan merupakan pilihan. Maksudnya, kita boleh menggunakan ialah dan adalah tetapi tidak menjadi kesalahan sekiranya kita tidak menggunakannya. Oleh itu,  kedua-dua ayat puan betul penggunaan tatabahasa; Abu ialah guru sekolah dan abu guru sekolah.  

Tatabahasa08.04.2009
Salam sejahtera saya ucapkan kepada pihak DBP yang saya hormati. Saya ingin menunjuk ajar tentang penggunaan kata sendi "terhadap" dan "tentang/mengenai" dalam penggunaan kata sendi dengan benda abstrak dan benda konkrit. Apa yang saya kelirukan adalah seperti ayat di bawah: Soalan 1: a) Kesan terhadap pertanian b) Kesan tentang/mengenai pertanian Guru saya mengajar saya bahawa jika selepas kata sendi "terhadap" mestilah ada objek konkrit dan selepas kata sendi "tentang/mengenai" mesti mempunyai objek abstrak. Tetapi saya telah banyak merujuk buku lain dan saya mendapati penulis suka sangat menggunakan "terhadap" dengan objek abstrak. Sehubungan dengan itu, saya ingin menanyakan soalan yang kedua. Soalan 2: Pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek abstrak atau objek konkrit? Jadi apabila kita menggunakan perkataan "dalam" yang berfungsi untuk hadir sebelum objek abstrak, kita menggunakan "di dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan, atau dalam negeri/daerah/wilayah/kawasan" ? Sekian sahaja soalan dan masalah saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menganalisis soalan saya walaupun sibuk.

Kata sendi nama “terhadap” digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil “terhadap”  anak buahnya. ii.  Tanamilah rasa belas kasihan “terhadap” binatang. Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang “tentang” masalah negara. ii. Kami perlu merujuk ketua kami dahulu “tentang” kelewatan bayaran. Perkataan “mengenai” tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh:  Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.  Perkataan pertanian, negara, negeri, daerah, wilayah dan kawasan ialah objek konkrit. Oleh itu, perlu digunakan “di dalam”.

Tatabahasa27.04.2014
salam 1 Malaysia, Adakah perlu meletak tanda koma selepas ayat/perkataan berikut; 1. manakala, dalam bidang pertanian..... 2. ini bermakna bahawa, masyarakat asli lebih kreatif berbanding 3. sementara, orang yang tidak berpendidikan akan sentiasa ditindas oleh golongan elit 5. kesimpulannya, masyarakat perlu berubah. 6. ini menunjukkan bahawa, tidak terdapat perbezaan antara lelaki dan perempuanPenggunaan koma dalam ayat yang diberi tidak diperlukan kecuali dalam ayat 5. Penggunaan koma ini biasanya digunakan untuk tujuan jeda (dalam teks pengacara). Dalam penulisan rasmi penggunaan koma ini tidak diperlukan.Lain-lain26.08.2015
Saya sedang menulis buku berkaitan natural farming. Apakah terjemahan yang paling cocok untuk natural farming? Adakah Pertanian Alami sebagaimana saudara kita, Indonesia terjemahkan?

Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan khusus bagi istilah “natural farming”. 1">

Walau bagaimanapun, terdapat istilah dalam bidang pertanian iaitu “natural planting” yang dipadankan sebagai tanam semula jadi dan “commercial farming” yang dipadankan sebagai pertanian dagangan. 1">

Oleh itu, cadangan kami bagi istilah “natural farming” ialah pertanian semula jadi.1">

Istilah09.10.2019
1234

Kembali ke atas