Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ta.ru.han] | ڤرتاروهن

Definisi : 1. perihal bertaruh; 2. = pena-ruhan tempat menaruh, tabungan: bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar drpd ~, kadang-kadang utk belanja ke sekolah; 3. simpanan, titipan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ta.ru.han] | ڤرتاروهن

Definisi : 1 peri­hal (perbuatan dsb) bertaruh: Judi ialah segala jenis ~ yg mengharapkan keuntungan yg lebih besar. 2 sesuatu yg dipertaruhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertaruhan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya mengenai hukum DM bagi terjemahan "pool betting" sama ada "pertaruhan kumpulan wang" atau "kumpulan wang pertaruhan" jika konsepnya mengenai wang yang dikumpul yang dipertaruhkan bagi sesuatu peristiwa yang ditetapkan. Perlu jawapan sebelum 18.7.2014Kumpulan wang pertaruhan.Penyemakan dan penterjemahan16.07.2014
Penterjemahan mengenai istilah 'pool betting'. Pool Betting Act 1967(Act 384) sebelum ini diterjemahkan sebagai "Akta Pertaruhan Pool 1967". Saya sedang menyemak Akta ini, memandangkan Pool adalah bahasa Inggeris saya bercadang perkataan pool dieja condong. Walau bagaimanapun, lebih wajar jika dimelayukan. Mohon cadangan. .Terima kasih. Perlu jawapan sebelum 2.7.2014.Pool dalam konteks ini  dapat diterjemahkan sebagai "kumpulan wang". Maka, cadangan yang dapat diberikan ialah "Akta Kumpulan Wang Pertaruhan 1967".Penyemakan dan penterjemahan30.06.2014
Terjemahan bagi istilah "odds" dalam konteks Pool Betting Act 1967 (Akta 384). Perlu jawapan sebelum 2.7.2014.Pool dalam konteks ini  dapat diterjemahkan sebagai "kumpulan wang". Maka, cadangan yang dapat diberikan ialah "Akta Kumpulan Wang Pertaruhan 1967".Penyemakan dan penterjemahan30.06.2014
Apakah terjemahan perkataan yang bersesuaian bagi perkataan 'sweepstake'? Dalam Kamus Dwibahasa DBP perkataan tersebut diterjemahkan sebagai 'cepu lumba kuda'. Walau bagaimanapun dalam terjemahan 'Racing Club (Public Sweepstakes) Act 1965' perkataan 'sweepstakes' diterjemahkan sebagai 'ambil tagan' Adakah tepat menggunakan perkataan 'ambil' di hadapan perkataan 'tagan' atau adakah perkataan 'tagan' boleh berdiri dengan sendiri?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "sweepstake" diterjemahkan sebagai cepu lumba kuda.

"Tagan" pula bermaksud  wang (barang dan lain-lain) yang dipertaruhkan dalam perjudian, pertaruhan (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Perkataan "tagan" boleh berdiri sendiri atau menggunakan perkataan "ambil" di hadapannya.
Lain-lain14.02.2019
Apakah perbezaan antara mula dan mulai?Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ;  2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini.

Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari?
Makna18.02.2013
"Beberapa bulan kemudian, padi mula menguning","Beberapa bulan kemudian, padi mulai menguning". Ayat manakah yang betul? Apakah perbezaan di antara "mula" dengan "mulai" dan bagaimanakah penggunaannya? Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ;  2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini.

Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari? 

Beberapa bula kemudian, padi mulai menguning. Mulai bermaksud mula-mula melakukan sesuatu.
Lain-lain23.10.2014
Saya memerlukan pengesahan tentang istilah stakeholder kerana saya dapati penerangan/jawapan yang ada di sini: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pemegang+taruh&d=175768&#LIHATSINI seolah-olah bercanggah antara satu-sama lain. Carian saya juga mendapati "pemegang taruh" sangat meluas digunakan dalam bidang pengurusan. Bolehkah saya tahu mana satu istilah yang sepatutnya digunakan (wajib/ pilihan). Terima kasih. Saya juga ingin cadangkan agar laman PRPM ini selalu dikemas kini. Jika ada perubahan semasa, padamkan semua entri lama / jawapan lama yang sudah obsolete/lapuk. Saya dapati banyak orang tersalah dan kekeliruan berlaku disebabkan terlalu banyak maklumat lapuk pada PRPM, temasuk pecanggahan pada laman-lama yang berbeza - bergantung pada cara carian dibuat. Dan menjadi masalah apabila orang-orang bidang bahasa berpegang pada sesuatu yang kurang tepat, hasil carian di PRPM. Harap cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya. Terima kasih.

Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "stakeholder" ialah pemegang taruh dan pihak berkepentingan. Perkataan pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran.

Ribuan terima kasih atas cadangan puan dan kami sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Istilah24.09.2021
Salam Sejahtera, apakah perbezaan di antara pemegang taruh dan pihak berkepentingan?
stakeholder 1. (in betting, race) pemegang taruh; 2. (leg.) pemegang amanah harta. Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stakeholder pihak berkepentingan Pentadbiran Pengurusan -

Padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ialah kedua-duanya menggunakan perkataan stakeholder. Bezanya, konsep pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
Makna26.03.2018

Kembali ke atas