Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.la.ga.han] | ڤرتلاݢهن

Definisi : perihal bertelagah, perbantahan, perselisihan, pertelingkahan, per­tikaian: ~ sengit telah berlaku antara guru-guru Melayu dgn Kementerian Pendidikan mengenai pelajaran menengah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.la.ga.han] | ڤرتلاݢهن

Definisi : perbuatan atau perihal bertelagah; pertengkaran; perbalahan: Ayah mencuba menyelesaikan ~ antara mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
telagah
Kata Terbitan : bertelagah, pertelagahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SIGISMUND

Sigismund (1368–1437) ialah Maharaja Rom Holy

dari tahun 1410 sehinggalah kemangkatannya.

Baginda juga memerintah sebagai raja untuk

Hungary dan Bohemia. Sigismund membantu

menamatkan pertelagahan Great Schism iaitu

pertelagahan dalam Gereja Roman Katolik yang

melibatkan paus yang berebut kuasa (lihat Paus

[Masalah dalam jawatan paus]).

UMUM 
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824)

Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).

Perjanjian antara British dengan Belanda bagi

menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-

duanya. Perjanjian ini ditandatangani pada bulan

Mac 1824. Masalah timbul apabila Singapura dan

pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil

oleh pihak British. Keadaan ini menyebabkan

timbulnya pertelagahan antara British dengan

Belanda. Britain juga bimbang jika pertelagahan

akan membawa kepada peperangan terbuka.

Suasana politik di Eropah ketika itu juga

menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan

penyelesaian segera. Justeru itu, perjanjian ini

dimeterai.

UMUM 
PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA

PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA (1824), perjanjian antara British dengan Belanda bagi menyelesaikan masalah hubungan antara kedua-duanya.  Perjanjian ini ditandatangani pada bulan Mac 1824.  Masalah timbul apabila Singapura dan pulau-pulau yang berhampiran dengannya diambil oleh pihak British.  Keadaan ini menyebabkan timbulnya pertelagahan antara British dengan Belanda.  Britain juga bimbang jika pertelagahan akan membawa kepada peperangan terbuka.  Suasana politik di Eropah ketika itu juga menyebabkan kedua-dua pihak perlu mencari jalan penyelesaian segera.  Justeru itu, perjanjian ini dimeterai.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
SULLY-PRUDHOMME, RENÉ FRANCOIS ARMAND

Sully-Prudhomme, René Francois Armand (1839–1907)

ialah penyair Perancis yang menerima Hadiah Nobel tahun 1901 untuk

kesusasteraan. Koleksi puisinya yang awal,

termasuk Les Epreuves (1866) dan Les Solitudes

(1869), mengisahkan kesengsaraan cinta. Sajaknya

yang terkemudian mengungkapkan pertelagahan

antara sains dengan agama. Dia juga menulis

beberapa buah buku tentang falsafah dan

psikologi. Dia lahir di Paris.

UMUM 

Kembali ke atas