Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.ling.ka.han] | ڤرتليڠکهن

Definisi : perihal bertingkah, perbalah-an, perselisihan, persengketaan, per­tikaian: ~ itu haruslah diselesaikan bersama-sama; ® tingkah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertelingkahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONTROVERSI LAUT BERING

Kontroversi Laut Bering ialah pertelingkahan

antara Amerika Syarikat dengan United Kingdom

pada akhir tahun 1800-an. Pertelingkahan ini

timbul apabila Amerika Syarikat menuntut kuasa ke

atas Laut Bering bagi melindungi anjing laut yang

diburu untuk mendapatkan bulunya.

UMUM 
PERANG CANDU

Perang Candu lihat China (Pertelingkahan

dengan Kuasa-kuasa barat).

UMUM 
PERANG DUNIA PERTAMAPerang yang berpunca daripada kebangkitan Nasionalisme dan pertelingkahan di kalangan kuasa-kuasa besar Eropah untuk melindungi bangsa masing-masing.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
MENSHEVIK

Menshevik merupakan ahli satu kumpulan

dalam Parti Buruh Demokrat Sosial Rusia. Pada

tahun 1903, parti ini berpecah akibat

pertelingkahan yang berkait dengan keahlian. V. I.

Lenin, pemimpin revolusi Rusia menjadi pemimpin

bolshinstvo (majoriti), atau Bolshevik.

UMUM 
PERANG TANDING

Perang tanding ialah satu bentuk pertarungan

bersenjata antara dua orang. Ia dijalankan

mengikut satu set undang-undang atau peraturan

dan biasanya dilakukan dengan kehadiran

beberapa orang saksi. Sejak zaman dahulu

hinggalah pada tahun 1800-an, golongan atasan

biasanya menyelesaikan persengketaan peribadi

dengan menggunakan senjata. Biasanya mereka

menggunakan pedang atau pistol. Perang tanding

boleh berpunca daripada pertelingkahan

mengenai harta, menuduh seseorang sebagai

pengecut, gangguan terhadap keluarga atau

maruah peribadi, serta penipuan dalam perjudian.

UMUM 
PERANG KRIMEA

Perang Krimea (1853–1856) ialah perang antara

tentera Rusia dengan tentera Berikat dari

Perancis, Empayar Uthmaniyyah (kini Turki),

Sardinia–Piedmont, dan United Kingdom. Nama

perang ini berasal daripada Semenanjung Krimea,

sebuah kawasan yang kini terletak di Ukraine,

tempat kebanyakan perang itu berlaku (lihat

Krimea ). Perang bermula daripada pertelingkahan

tentang status Gereja Ortodoks Kristian dalam

Empayar Islam Uthmaniyyah. Bagaimanapun,

sebab-sebab jangka panjangnya adalah lebih

kompleks. Austria, Perancis dan United Kingdom

mula gusar terhadap cita-cita Rusia di rantau

Balkan, dan berusaha bersungguh-sungguh untuk

menghalang dasar peluasan kuasa Rusia di rantau

itu.

UMUM 
ROOT, ELIHU

Root, Elihu (1845–1937), negarawan Amerika yang

paling diingati kerana usahanya untuk mewujudkan

keamanan antarabangsa. Dari tahun 1905 hingga

tahun 1909, dia berkhidmat sebagai setiausaha

negara Amerika di bawah Presiden Theodore

Roosevelt. Sebagai setiausaha negara, Root berusaha

untuk memperbaiki hubungan Amerika Syarikat

dengan negara-negara di Amerika Latin dan Jepun.

Dia juga merundingkan beberapa perjanjian untuk

menamatkan pertelingkahan antara Amerika Syarikat

dengan negara-negara lain. Pada tahun 1912, dia

menerima Hadiah Nobel untuk Keamanan sebagai

menghargai sumbangannya terhadap keamanan

dunia.

UMUM 
SAFAWIYYAH, KERAJAAN

Safawiyyah, Kerajaan (906–1148 H. / 1500–1735

M.). Kerajaan Safawiyyah muncul di Iran. Pengasasnya

ialah al-Shah Isma’il daripada keturunan Syeikh Safiy

al-Din al-Ardabiliy (650–735 H./1252–1334 M.). Safiy al-

Din dan anaknya Sadr al-Din ialah pengikut ahli

Sunnah, begitu juga kumpulan agama yang

ditubuhkannya di al-Ardabil. Manakala cucunya, al-

Khawaja ‘Ali yang dilantik mengetuai jemaah pada

tahun 802 H./1399 M. merupakan penganut fahaman

Syi‘ah sederhana. Anak al-Khawaja ‘Ali, iaitu al-Syeikh

Ibrahim yang menggantikannya telah menyebabkan

berlakunya pertelingkahan antara ahli jemaah (Syi‘ah)

dengan pengikut ahli Sunnah di al-Daghistan. Syeikh

Haydir yang dilantik menggantikan ayahnya, Syeikh

Ibrahim, pada tahun 859 H./1455 M., juga

menggunakan pendekatan yang sama. Syeikh

Ibrahim telah digantikan oleh tiga orang anak dan

anaknya yang bongsu, Isma‘il (908–931 H./1501–1524

M.) ialah pengasas sebenar kerajaan Safawiyyah

(dinisbahkan kepada Safiy al-Din al-Ardabiliy).

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
PERJANJIAN BANGKOK

PERJANJIAN BANGKOK (1909), perjanjian yang ditandatangani oleh pihak British dengan Siam.  Perjanjian ini menamatkan kuasa British di negeri-negeri utara Tanah Melayu, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.  Sejak mula lagi negeri-negeri tersebut menjadi punca pertelingkahan antara London dengan Bangkok kerana kepentingan perdagangan dan strategi British pada masa itu.  Siam pula tidak lagi berkuasa penuh ke atas negeri-negeri Melayu tersebut kerana hubungan Siam dengan raja-raja Melayu hanya berasaskan sistem pembayaran ufti.  Pengaruh Siam ke atas negeri-negeri Melayu mulai lemah pada abad ke-19.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan
12

Kembali ke atas