Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.ling.ka.han] | ڤرتليڠکهن

Definisi : perihal bertingkah, perbalah-an, perselisihan, persengketaan, per­tikaian: ~ itu haruslah diselesaikan bersama-sama; ® tingkah I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertelingkahan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pacific settlement of disputespenyelesaian pertelingkahan secara damaiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPersetujuan untuk tidak menggunakan cara paksaan dan kekerasan dalam menyelesaikan konflik antara negara yang bersengketa. Langkah menggalakkan negara menyelesaikan pertelingkahan secara damai merupakan sebahagian daripada prinsip utama Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Langkah ini berkait rapat dengan pengharaman penggunaan kekerasan yang disebut secara jelas dalam piagam tersebut. Antara jenis penyelesaian yang termaktub dalam piagam tersebut termasuklah rundingan, siasatan, perdamaian, pengantaraan, timbang tara dan penyelesaian kehakiman. Walau bagaimanapun, jenis penyelesaian pertelingkahan ini boleh dibahagikan kepada dua kaedah utama, iaitu kaedah diplomatik dan kaedah perundangan. Kaedah diplomatik tidak menghasilkan keputusan yang mengikat, manakala kategori perundangan menghasilkan keputusan yang mengikat. Antara jenis penyelesaian pertelingkahan secara damai tersebut, hanya timbang tara dan penyelesaian kehakiman yang mempunyai ciri kaedah perundangan. Jenis penyelesaian pertelingkahan yang lain adalah termasuk dalam kaedah diplomatik.
discordpertelingkahanSejarahTiada3. Pertelingkahan: Perbezaan pendapat atau perselisihan di antara dua pihak.
adjudicationpengadilanSains PolitikHubungan AntarabangsaKaedah penyelesaian pertelingkahan dengan merujuk kes tersebut kepada mahkamah pengadilan. Asas proses pengadilan ini ialah pihak pengadilan menggunakan undang -undang antarabangsa bagi penyelesaian pertelingkahan. Pada tahun 1920, mahkamah tetap bagi membicarakan pengadilan dunia telah ditubuhkan oleh Liga Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1922 hingga 1940, mahkamah tersebut telah mengendalikan 23 pengadilan dan mengeluarkan 27 nasihat penghakiman. Pada tahun 1945, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah ditubuhkan oleh PBB. Kesukaran yang dialami oleh ICJ ini ialah mengenai persoalan penguatkuasaan keputusan penghakiman. Contohnya, tuntutan bertindih antara Malaysia dengan Indonesia terhadap Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan telah diselesaikan oleh ICJ.
dysfunctional conflictkonflik gugatanPengurusanPerancanganPertikaian atau pertelingkahan tidak sihat yang berlaku antara kumpulan atau individu sehingga mengakibatkan kesan negatif yang boleh membawa kepada kemusnahan atau kelumpuhan organisasi. Antara punca berlakunya konflik gugatan ialah sikap ego para pekerja yang saling bersaing mencapai kepentingan peribadi sehingga membawa kepada masalah komunikasi dan menjejaskan prestasi organisasi. Kegagalan untuk mengatasi konflik gugatan boleh menjadi punca stres sehingga mengakibatkan lesu upaya (burnout) dalam kalangan pekerja. Konflik gugatan boleh berlaku apabila wujud terlalu banyak pertelingkahan dalam organisasi. Sinonim konflik musnahan.
labour conflictpertelingkahan buruh/konflik buruhKependudukanTiadaTiada
discrepancyselisih; pertelingkahan; kelainan; perselisihanMatematikTiadaTiada
discrepancyselisih; pertelingkahan; kelainan; perselisihanPendidikanTiadaTiada
community conflictpertelingkahan komunitiPentadbiranTiadaTiada
discrepancyselisih; pertelingkahan; kelainan; perselisihanGeografiTiadaTiada
jurisdictional disputespertelingkahan bidang kuasaSains PolitikTiadaTiada
12345

Kembali ke atas