Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tem.bu.ngan] | ڤرتمبوڠن

Definisi : perihal bertembung, percan­tuman, perjumpaan, pertemuan: selagi ter­dapat ~ antara manusia, penyebaran cerita itu tetap terjamin; situasi spt ini timbul di mana-mana sahaja berlakunya ~ antara kebudayaan tradisional dan kebudayaan Barat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertembungan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pertembungan bahasa 1. sejarah pertembungan bahasa. 2. kesan pertembungan bahasa. 3. kesan pertembungan bahasa kepada masyarakat

Saudara Yie,

Jawapan kepada pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.  Antara bahan yang boleh dijadikan rujukan ialah  makalah yang diterbitkan di dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bertajuk 'Gangguan Bahasa dan Model Bahasa oleh Abdul Aziz Abdul Talib dan 'Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya' oleh Awang Sariyan.     

Lain-lain22.07.2009
pertembungan budaya awam dan tenteraSoalan sdr lebih menjurus kepada persoalan budaya. Untuk itu sdr boleh mendapatkan buku-buku seperti karya Sun Tzu :The Arts of War, Muqadimmah oleh Ibnu Qaldun dan Sang Penguasa oleh Machiavelli. Buku-buku lain seperti tulisan Plato, Aristotle  juga akan dapat banyak membantu sdr. Sekian terima kasih. Lain-lain10.09.2008
maksud kesan pertembungan budayaPertembungan budaya bermaksud pertemuan dan yang dikaitkan dengan peretembungan budaya di sini ialah pertemuan dua budaya yang tidak sama dan apabila dua benda yang tidak sama bertemu dalam suatu keadaan maka perlulah antara kedua-dua pihak bertolak ansur. Untuk mendapatkan maksud yang lebih persis, sila rujuk buku kajian sosial.Makna06.04.2014
2 soalan : 1) kesan pertembungan bahasa 2) elemen struktur sastera kanak-kanak dan remaja

. Jawapan kepada pertanyaan puan memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan puan membuat rujukan di perpustakaan  atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.  Antara bahan yang boleh dijadikan rujukan ialah  makalah yang diterbitkan di dalam majalah Pelita Bahasa dan Dewan Bahasa bertajuk 'Gangguan Bahasa dan Model Bahasa oleh Abdul Aziz Abdul Talib dan 'Bahasa Melayu di Malaysia: Satu Tinjauan tentang Perkembangan dan Masalahnya' oleh Awang Sariyan. Walau bagaimanapun, kami memberikan  penerangan awal mengenai pertembungan bahasa, iaitu  merupakan  keadaan sosiobudaya yang memungkinkan sesuatu bahasa mempengaruhi bahasa lain.  Pertembungan bahasa terjadi di seluruh dunia, apa lagi di Nusantara yang kaya dengan pelbagai bahasa dan pelbagai kemungkinan.  Pertembungan dua bahasa di sesuatu daerah akan menghasilkan beberapa gejala sosiolinguistik.

2. Jawapan kepada pertanyaan puan memerlukan kajian dan penyelidikan kepustakaan. Kami cadangkan puan membuat rujukan di perpustakaan  atau di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.  

Lain-lain06.04.2014
Gangguan dalam penggunaan bahasa dan permasalahan dalam pertembungan bahasa

Sila rujuk bahan dibawah :

1.

Gangguan bahasa dan model bahasaAbdul Aziz Abdul TalibPelita Bahasa 01/11/1990

Bahasa Melayu di Malaysia: satu tinjauan tentang perkembangan danmasalahnyaAwang SariyanDewan Bahasa 01/04/1987

Lain-lain07.08.2008
Tansri Azizi Nov 14th, 10:55pm salam..saya ingin membeli buku PERTEMBUNGAN TAMADUN DAN PEMBENTUKAN SEMULA ORDE DUNIA, 2008 terbitan DBP..harap masih ada...Untuk maklumat yang berkaitan mohon hubungi Encik Abdul Khalid bin Mohd Diah, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-89611836, 012-3176678 atau e-mel pp@dbp.gov.my.Lain-lain14.11.2014
mengapakah perlunya peminjaman bahasa asing dilakukan ke dalam bahasa Melayu?Pertembungan bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris dan Arab, bahasa Melayu telah mengalami proses peminjaman bunyi-bunyi bahasa daripada bahasa tersebut. peminjaman bunyi-bunyi bahasa ini ialah untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu.Lain-lain05.10.2006
huraikan sistem fonologi, morfologi dan leksikal bahasa melayu sekarang ini adalah kesan dari pertembungan bahasa. Ilmu ini merupakan sebahagian dari bidang ilmu yang mempelajari bahasa, iaitu linguistik. Tatabahasa moden mencakupi bidang fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik.  Morfologi bermaksud kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Fonologi bermaksud kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku tentang lingusitik seperti Asas Linguistik dan Linguistik Moden.Tatabahasa31.12.2016
assalammualaikum.... apakah yang dimaksudkan dengan 'silang budaya" dalam konteks pendidikan di Malaysia

Puan Nurzatul terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut istila yang diterbitkan oleh DBP silang budaya bermakna - - Berkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan. Terima kasih

Istilah14.07.2009
Assalamualaikum.. Saya ingin tahu maksud ayat "Interaksi Tamadun dan Silang Budaya"
Interaksi Budaya merupakan istilah sosio budaya yang mempunyai maksud yang tersendiri. DBP  mempunyai maksud mengikut istilah bahasa iaitu:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Interaksi -tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain, tindak balas antara dua atau beberapa pihak .

Silang Budaya- Mengikut istilah yang diterbitkan oleh DBP silang budaya bermakna - - Berkaitan dengan perbandingan atau pertembungan antara dua atau lebih budaya yang berlainan.
Tatabahasa23.09.2012

Kembali ke atas