Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.muan] | ڤرتموان

Definisi : 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum­pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkum­pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkah­winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.muan] | ڤرتموان

Definisi : 1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Bulan mengambang di celah awan,
     Pungguk merindu dengan berangan;
Sewajar memilih jodoh pertemuan,
     Tapak tangan satu perjuangan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mana yang betul 1. 1 jam pertemuan kepada 2 jam pertemuan atau 2. 1jam pertemuan kepada 2 jamSila berikan ayat lengkap bagi mengetahui frasa yang betul. Jika menepati maksud soalan, ayat yang betul ialah Pertemuan itu berlanjutan selama 2 jam.Tatabahasa15.05.2019
SALAM PERTEMUAN. SAYA PERLUKAN SENARAI BUNYI BINATANG (SEBANYAK MUNGKIN- MELIPUTI PELBAGAI BINATANG) CTH: LEMBU - MELENGUH KAMBING - MENGEMBEK T.KASIHSenarai yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, kecuali satu-satu perkataan yang biasa dikaitkan dengan bunyi binatang seperti ayam berkokok, kucing mengiau, harimau mengaum dan kambing mengembek.Lain-lain26.11.2012
Apakah faedah-faedah belajar Wacana Profesional Berimpak Tinggi (Kertas Cadangan dan Laporan) dan Pertemuan Munsyi Dewan (Bahasa, Sastera dan Jawi) dalam Bahasa Melayu?Salam sejahtera,

Wacana Profesional Berimpak Tinggi dan Pertemuan Munsyi Dewan (Bahasa, Sastera dan Jawi) dalam Bahasa Melayu

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Faedah menyertai Kursus Wacana Profesional Berimpak Tinggi (Kertas cadangan dan Laporan):
* Peserta dapat mempelajari kaedah penyusunan idea yang baik dan penghujahan idea yang mantap.
* Peserta dapat meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan kertas cadangan dan laporan. 

Pertemuan Munsyi diadakan khusus untuk mereka yang ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa/Jawi/Sastera). Pertemuan ini akan menggunakan bahasa Melayu. Sekiranya puan memerlukan maklumat lanjut tentang perkara ini, puan bolehlah menghubungi pegawai Akademi DBP, iaitu Puan Fauziah binti Hassan melalui talian telefon 018-3558657 atau e-mel hfauziah@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.07.2021
maksud kesan pertembungan budayaPertembungan budaya bermaksud pertemuan dan yang dikaitkan dengan peretembungan budaya di sini ialah pertemuan dua budaya yang tidak sama dan apabila dua benda yang tidak sama bertemu dalam suatu keadaan maka perlulah antara kedua-dua pihak bertolak ansur. Untuk mendapatkan maksud yang lebih persis, sila rujuk buku kajian sosial.Makna06.04.2014
Selamat petang. Ayat di bawah merupakan penjelasan untuk gambar dalam sebuah buku terjemahan dari bahasa Cina ke Bahasa Melayu, antara dua ayat di bawah, ayat yang manakah lebih sesuai atau betul? (a)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Lukisan Keluarga Confucius 孔子世家图). (b)Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Karya gosok dakwat Dinasti Ming, Kongzi Shijia Tu (Lukisan Keluarga Confucius)). Terima kasih.

Ayat yang tepat ialah Pertemuan antara Confucius dengan Laozi. (Lukisan Keluarga Confucius, karya lukisan kaedah gosok dakwat Dinasti Ming).

Dalam karya terjemahan, penggunaan bahasa sumber (bahasa Cina) tidak perlu diulang dalam bahasa sasaran (bahasa Melayu). Transliterasi atau penyesuaian ejaan Rumi bagi ayat “Kongzi Shijia Tu” juga tidak perlu digunakan kerana sudah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, iaitu Lukisan Keluarga Confucius. Nama atau tajuk lukisan pula perlu menggunakan huruf condong atau italik. Penggunaan tanda kurung ((  )) yang berlapis harus dielakkan sekiranya menimbulkan kekeliruan.

Tatabahasa09.04.2020
Salam sejahtera. Saya memerlukan bantuan untuk terjemahan perkataan "extended audience" di dalam ayat berikut: "Hechler arranged an extended audience with Grand Duke in 1896. "Cadangan terjemahan untuk "extended audience" ialah pertemuan yang panjang. Penggunaannya dalam ayat yang diberikan seperti yang berikut:

Hechler mengatur pertemuan yang panjang dengan Grand Duke of Baden, pada April 1896.
Penyemakan dan penterjemahan28.11.2021
Assalamualaikum. Kami akan mengadakan satu majlis pertemuan bekas rakan-rakan lama.Tema yang dipilih seperti di bawah.Cuma saya mohon tuan tentukan manakah yang tepat atau tuan cadangkan tema yang sesuai. 1. IKATAN JALINAN KASIH BERPANJANGN ATAU 2. IKATAN JALINAN , KASIH BERPANJANGAN. Tema ini akan ditulis pada kain rentang. Terima kasih kerana sudi membantu.Kalau boleh saya mahukan jawapan kadar segera. ISMAIL HASHIMDari segi tatabahasa, tema yang betul ialah Ikatan Jalinan Kasih Berpanjangan.Tatabahasa10.09.2009
Apa terjemahan Melayu 'unmute'? Konteks biasa penggunaan dalam pertemuan maya di Zoom dan sebagainya. Contoh, 'You can unmute yourself and present your points'. Terima kasih saya dahulukan.Kami mencadangkan "unmute" diterjemahkan sebagai "nyahsenyap". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah24.06.2022
---------- antara kedua-dua orang pemimpin itu akan diadakan di Singapura. Soalan: Jawapan yang sesuai adakah pertemuan @ perjumpaan. Terima kasih.Kedua-dua boleh digunakan kerana kedua-dua perkataan tersebut sama makna.Makna05.08.2008
Apakah kata bahasa Melayu untuk terjemahan "REUNION"?Terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "reunion", iaitu penyatuan semula, pertemuan semula dan majlis perjumpaan.Istilah30.07.2016
1234

Kembali ke atas