Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.te.muan] | ڤرتموان

Definisi : 1. perihal bertemu, perjumpaan: kenangan beliau kembali kpd ~nya dgn Datuk Bomoh; 2. tempat bertemu (berkum­pul dll): Kuala Lumpur letaknya di ~ Sungai Gombak dgn Sungai Kelang; 3. perkum­pulan, perhimpunan (mesyuarat dll): dia mengajak orang-orang yg ada pd ~ itu agar bangkit menentang musuh; 4. pergaulan, persamaan (pendapat dll): aku perlukan engkau dlm soal menghadapi Kadir, kita banyak ~ pendapat; 5. perjodohan, perkah­winan: maka tidaklah syak lagi yg ~ itu sukar berpanjangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.te.muan] | ڤرتموان

Definisi : 1 perihal bertemu (dgn kawan dll): 2 perjumpaan: Dia masih ingat akan ~nya dgn penghulu kampung itu. 3 tempat bertemu (ttg sungai dll): Kuala Lipis letaknya di ~ Sungai Jelai dgn Sungai Lipis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,

Puisi
 

Bulan mengambang di celah awan,
     Pungguk merindu dengan berangan;
Sewajar memilih jodoh pertemuan,
     Tapak tangan satu perjuangan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Tepung kena ragi.

Bermaksud :

Pertemuan yang sangat mesra; pekerjaan yang lancar.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
news conferencesidang beritaKomunikasiTiadaPertemuan yang diadakan dengan para wartawan untuk menyampaikan maklumat penting yang perlu disebarkan segera. Dalam pertemuan ini, sesi soal jawab turut diadakan bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Selain itu, pertemuan ini juga bertujuan untuk mendapat liputan media massa mengenai sesuatu perkara. sidang media, sidang akhbar, sidang berita.
encounterpertemuanAeroangkasaTiadaPertemuan antara angkasawan dengan jasad samawi.
junctura sacrococcygealpertemuan sakrokoksigealPerubatanTiadaPertemuan di antara koksik dan sakrum.
encounter theoryteori pertemuanMatematikTiadaTeori pertemuan: Teori yang menyatakan bahawa planet terbentuk daripada bahan yang tercampak keluar daripada matahari atau bintang semasa bertembung dengan objek lain.
contactsentuh; sentuhanMatematikTiada3. Tempat pertemuan tangen dan lengkungan. 4. Tempat pertemuan dua lengkungan yang mempunyai tangen sepunya.
media briefingtaklimat mediaKomunikasiKorporatSesi pertemuan antara wakil organisasi dengan pihak media. Sesi pertemuan dengan pihak media hanya berlaku apabila wujud sesuatu keadaan yang memerlukan pihak organisasi menjelaskan sesuatu keadaan yang berlaku. Contohnya, penjelasan tentang sesuatu acara atau peristiwa penting yang berkaitan dengan organisasi dan pemakluman tentang sesuatu perubahan keadaan atau situasi dalam organisasi. Antara perkara yang diperjelas dalam sesi taklimat media termasuklah maklumat latar belakang dan gambar tentang subjek yang diperkatakan, serta maklumat publisiti lain yang berkaitan. Taklimat biasanya disampaikan oleh ketua organisasi atau jurucakap organisasi dalam keadaan terkawal tanpa melibatkan soal jawab yang banyak antara media dengan organisasi.
line anglesudut garisPergigianTiadaPertemuan antara dua permukaan dalam kaviti gigi yang berbentuk garisan. Contohnya, sudut garis aksio-pulpa iaitu pertemuan antara dinding aksio dengan lantai pulpa kaviti. Biasanya sudut garis ini dibevelkan atau dibulatkan untuk mengurangkan tegasan pada restorasi.
amelo-cemental junctiontemuan amelo-simentumPergigianTiadaKawasan pertemuan di antara enamel dengan simentum yang biasanya terletak di leher gigi. Kawasan pertemuan ini juga menandakan sempadan korona anatomi gigi dan akar. Lihat gambar.
news conference/ press conference/ media conferencesidang mediaKomunikasiKorporatPertemuan yang diadakan oleh pihak pengurusan organisasi dengan para wartawan yang mewakili agensi media cetak dan media elektronik. Pengurusan sidang media merupakan salah satu fungsi penting bahagian perhubungan awam. Tujuan utama pertemuan ini antaranya untuk menyampaikan perkembangan terbaru organisasi, menjelaskan sesuatu isu yang berkaitan dengan organisasi, dan menerangkan pendirian organisasi mengenai sesuatu perkara yang berkepentingan dengan organisasi. Semasa pertemuan dengan media, pihak pengurusan tertinggi organisasi bertindak sebagai jurucakap untuk meningkatkan kewibawaan dan kesahihan maklumat yang disampaikan. Maklumat bertulis biasanya diedarkan kepada wakil media sebagai pelengkap kepada maklumat yang disampaikan secara lisan. Maklumat bertulis juga berfungsi sebagai rujukan kepada wakil media untuk mengemukakan soalan sewaktu sesi soal jawab.
rendezvoustempat pertemuan; rendezvousGeografiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas