Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ti.kaian] | ڤرتيکاين

Definisi : 1. perselisihan, perbezaan; 2. per-telingkahan, perkelahian, persengketaan, pertentangan (faham, pendapat): segala ~ dapat diselesaikan secara aman menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ti.kaian] | ڤرتيکاين

Definisi : 1 hal atau keadaan yg tidak sama; perbezaan; perselisihan. 2 sesuatu yg dipertikaikan; perbezaan pendapat dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tikai
Kata Terbitan : bertikai, mempertikaikan, pertikaian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
industrial disputepertikaian perusahaanEkonomiTiadaPertikaian yang melibatkan majikan dengan pekerja-pekerjanya yang bersangkutan dengan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan.
المخاصمةperbalahan/pertikaianAgama IslamFiqhSesuatu kes pertikaian yang dibawa kepada pihak pengadilan atau mahkamah.
conflictpertikaianKesusasteraanPuisiPertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal.
dispute settlement understandingpersefahaman penyelesaian pertikaianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian yang menjadi sumber peraturan bagi proses penyelesaian pertikaian yang terhasil daripada pemakaian perjanjian-perjanjian WTO oleh negara anggota. Perjanjian ini menuntut badan adjudikatif WTO (Panel dan Badan Rayuan) agar tidak menambah dan mengurangkan hak serta tanggungjawab yang telah dinyatakan dalam perjanjianWTO.
Permanent Court of Arbitration (PCA)Mahkamah Tetap Timbang Tara (PCA)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaMahkamah yang ditubuhkan pada tahun 1899 dalam Persidangan Keamanan The Hague pertama, bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian antarabangsa. Mahkamah ini menawarkan perkhidmatan penyelesaian pertikaian antarabangsa dalam isu-isu undang-undang antarabangsa awam dan undang-undang antarabangsa persendirian bagi pihak-pihak yang bersetuju menerima bidang kuasanya. Mahkamah ini mendengar pertikaian antara negara, antara pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, dan antara pertubuhan antarabangsa dan negara, malah membabitkan pihak persendirian. Mahkamah ini membenarkan pihak-pihak yang bertikai untuk memilih sendiri penimbang tara yang akan mengendalikan kes tersebut.
disputepertikaianPentadbiranTiadaTiada
disputepertikaianPentadbiranTiadaTiada
disputepertikaianUndang-undangTiadaTiada
labour disputepertikaian buruhKependudukanTiadaTiada
international disputepertikaian antarabangsaGeografiTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas