Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tim.ba.ngan] | ڤرتيمبڠن

Definisi : fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tim.ba.ngan] | ڤرتيمبڠن

Definisi : hasil mempertimbangkan; perkiraan; pendapat: Permintaan tuan itu akan diberi ~ oleh pihak atasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Berhakim kepada beruk.

Bermaksud :

Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deliberationpertimbanganSejarahTiadaPertimbangan dan perbincangan yang berhati-hati dalam sesuatu hal atau perkara.
aesthetic considerationpertimbangan estetikLandskapTiadaPertimbangan yang dibuat berdasarkan nilai-nilai keindahan terutamanya dalam perancangan dan reka bentuk sesuatu kawasan. Contohnya, pemilihan bentuk tumbuhan dan struktur yang sepadan dengan kawasan sekeliling.
irrelevant considerationpertimbangan tak relevanUndang-undangTiadaPertimbangan yang mengambil kira fakta atau undang-undang yang tidak wajar diambil kira.
best judgement assessmenttaksiran pertimbangan terbaikPentadbiran PerniagaanTiadaTaksiran yang dibuat berdasarkan pertimbangan yang terbaik pada ketika itu.
judgement ratingpengadaran pertimbanganPentadbiran PerniagaanTiadaPengadaran yang dilakukan tanpa menggunakan perangkaan kerugian yang lepas. Pengadaran ini berdasarkan pertimbangan pengunderaitan ke atas setiap risiko.
business ethicetika perniagaanPengurusanPerancanganSuatu pertimbangan prinsip moral oleh pengurus atau peniaga dalam pembuatan keputusan yang berkaitan dengan urusan perniagaan, yang membimbing perlakuan seseorang untuk membezakan antara tingkah laku beretika dengan tingkah laku tidak beretika. Etika perniagaan berkaitan dengan pertimbangan antara tanggungjawab sosial berbanding dengan matlamat keuntungan semata-mata. Tindakan ini melibatkan perlakuan individu dan juga organisasi perniagaan. Contohnya, pengusaha mengambil keputusan untuk tidak menjual produk kesihatan yang memberikan kesan negatif kepada pengguna walaupun boleh mengaut keuntungan dalam jangka pendek. Lihat juga tingkah laku beretika.
value judgmentpertimbangan nilaiPengurusanPerancanganSuatu penilaian secara subjektif terhadap seseorang atau situasi tentang tingkah laku, prinsip dan penampilan, sama ada baik atau tidak baik; sama ada patut atau tidak patut dilakukan. Pandangan ini selalunya dipengaruhi oleh elemen nilai yang dipegang dan interpretasi seseorang berdasarkan nilai etika, estetika, moral, ideologi dan fahaman agama masing-masing. Pertimbangan nilai boleh mempengaruhi pembuatan keputusan dan tindakan seseorang.
considerationpertimbangan; balasanPentadbiranTiadaTiada
considerationpertimbangan; balasanEkonomiTiadaTiada
deliberationpertimbanganPentadbiranTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas