Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.ka.ngan] | ڤرتوکڠي

Definisi : 1. perihal bertukang; 2. pekerjaan bertukang: ada baiknya ~ bangsa sendiri itu dihidupkan semula; 3. persatuan (himpunan) para tukang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tu.ka.ngan] | ڤرتوکڠي

Definisi : 1 pekerjaan atau per­buatan bertukang: sekolah ~ sekolah utk melatih seseorang menjadi tukang. 2 perihal atau perkara yg berkaitan dgn tukang-menukang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tukang (kata nama)
Bersinonim dengan pandai, ahli, juru, pakar, utas, kipu, panjunan;,
Kata Terbitan : bertukang, menukang, ketukangan, pertukangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Salam, dalam ayat di bawah yang mana satu subjek dan predikat? minta penjelasan. ayat: Alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu tersusun kemas. 2) Dalam ayat yang sama, bolehkah ayat songsang dilakukan dengaan pendepanan kata sendi nama? jawapan: Di dalam bengkel itu alat-alat pertukangan tersusun kemas. minta penjelasan daripada pihak tuan. terima kasih.1. Subjek - Alat-alat pertukangan di dalam bengkel; dan predikat - tersusun kemas.
2. Ayat songsang ialah pendepanan predikat mendahului subjek. Kata sendi nama dalam ayat tersebut hadir dalam subjek, maka ayat songsang yang betul ialah Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel.
Tatabahasa15.10.2014
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu maksud "ceta", yang digunakan berkaitan pertukangan. Terima kasih.Tidak ada maklumat tentang perkataan "ceta" dalam pangkalan data kami.Tatabahasa05.03.2015
1.Bolehkah 'Awan itu menyelubungi gunung yang akan kita daki itu" fokus kepada pengguna kata menyelubungi 2.Terangkan penggunaan imbuhan per pada apa-apa pekerjaan seperti pertukangan
1.Perkataan menyelubungi boleh digunakan dalam ayat tersebut.
2. Imbuhan apitan per-an ialah apitan kata nama. Apabila menerima kata dasar seperti tukang, akan menjadi pertukangan. Sila layari laman prpm.dbp.gov.my.
Tatabahasa29.08.2013
Maksud Pandai Soalan saya ialah: Bolehkah perkataan pandai digunakan dalam kontek kemahiran seseorang dal bidang pertukangan. contohnya pandai kayuMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pandai boleh digunakan untuk merujuk makna ahli. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Istilah02.01.2009
Saya nak tanya, 1.adakah perkataan 'Artisan' boleh digunakan dalam karangan atau penulisan formal dalam bahasa melayu? 2. Adakah perkataan "Artisan" telah termaktub sebagai bahasa melayu?Perkataan artisan boleh digunakan dalam penulisan yang bermaksud pekerja yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan atau pertukangan.Lain-lain20.09.2021
Adakah perantis kata asli bahasa melayu atau dipinjam dari bahasa asing? Atau dibentuk khas sebagai padanan bagi istilah apprentice?Kata perantis bukan dibentuk tetapi merupakan padanan bagi kata bahasa Inggeris apprentice. Perantis atau pelatih ialah seseorang yang dilatih dan diberi pendedahan menguasai sesuatu kemahiran seperti pertukangan.Istilah30.12.2017

Kembali ke atas