Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.ka.ran] | ڤرتوکرن

Definisi : perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tu.ka.ran] | ڤرتوکرن

Definisi : perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
alveolusalveolusPundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat RajahMenengah Rendah
pindah silangcrossing overPertukaran bahan genetik di antara dua kromosom homolog yang berpasangan semasa protasa 1, meiosis secara pemutusan dan penggabungan semula.Menengah Atas
mekanisme pernafasanbreathing mechanismMekanisme pertukaran gas oleh badan yang melibatkan kemasukan oksigen dari atmosfera ke dalam paru-paru dan pembebasan karbon dioksida dari paru-paru ke atmosfera. Mekanisme ini melibatkan penyedutan dan penghembusan udara keluar dari badan.Menengah Rendah
permukaan respirasirespiratory surfacePermukaan epitelium yang nipis dan lembab yang membolehkan pertukaran gas berlaku.Menengah Atas
stomastomaLiang-liang halus yang terdapat pada permukaan daun yang digunakan untuk pertukaran gas dan peresapan wap air.Menengah Rendah
paru-parulungsOrgan pernafasan vertebrat. Organ ini mengandungi banyak alveolus yang menjadi tempat proses pertukaran gas. Paru-paru dikenali juga sebagai peparu.Menengah Rendah
alveolusalveolusPundi udara yang halus dalam paru-paru, terletak di hujung bronkiol, tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.Menengah Atas
organ pernafasanbreathing organOrgan yang terdiri daripada rongga mulut atau hidung, trakea dan peparu, yang berfungsi untuk pertukaran gas semasa pernafasan.Sekolah Rendah
bakaumangrovePokok yang tumbuh dalam air masin berlumpur di muara sungai. Ia mempunyai akar udara atau pneumatofor untuk pertukaran gas.Menengah Atas
lentisellenticelLiang yang menembusi epidermis batang atau akar. Liang ini terbina daripada longgokan sel gabus yang tersusun longgar untuk memudahkan pertukaran gas di antara udara dengan sel batang atau akar.Menengah Atas

Kembali ke atas