Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.ka.ran] | ڤرتوکرن

Definisi : perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tu.ka.ran] | ڤرتوکرن

Definisi : perbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kadar pertukaran asingnilai pertukaran sesuatu mata wang dgn mata wang yg lain;Kamus Dewan Edisi Keempat
pertukaranperbuatan atau hal bertukar; per­gantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pertukaranperihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb): sebagaimana mata pelajaran lain, pelajaran senaman juga menghendaki ~ dr satu jenis ke satu jenis yg lain; suasana pertemuan dan ~ pendapat antara para editor; ~ asing wang atau mata wang asing (yg digunakan dlm perniagaan antara negara);Kamus Dewan Edisi Keempat
pertukaranperbuatan atau hal bertukar; pergantian; perubahan: ~ iklim secara mengejut telah menyebabkan ia sakit. Kamus Pelajar
giliransl pergantian, pertukaran (pekerjaan yg dilakukan bergilir-gilir): waktu malam ~ memasak ini jatuh kpd kawan-kawan yg lain pula; ~ tanaman (Tani) pertukaran menanam berbagai-bagai tanaman (pokok) dgn berganti-ganti menurut aturan, pd tanah (tapak) yg sama;Kamus Dewan Edisi Keempat
bank1. institusi yg menawarkan perkhidmatan kewangan spt jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman, dan terimaan bil pertukaran: menyimpan wang di sebuah ~ tempatan; 2. bekalan, simpanan atau rizab utk kegunaan pd masa depan atau apabila diperlukan: ~ data; ~ mata; ~ darah; ~ asing bank yg beroperasi di negara lain selain negara asal tempat bank tersebut diperbadankan; ~ darah tempat menyimpan darah utk kegunaan di hospital dsb; ~ data pusat pengumpulan dan penyimpanan pelbagai sumber data; B~ Dunia = B~ Antarabangsa utk Pemulihan dan Pembangunan bank yg menjamin pinjaman atau memberi pinjaman kpd negara anggota (utk pemulihan dan pembangunan ekonomi); ~ eksport-import bank yg memberi atau menjamin pinjaman utk perdagangan antara negeri sendiri dgn negeri-negeri lain; ~ Islam bank yg urus niaga kewangan dan pengagihan dananya berdasarkan syariat Islam; ~ jurubank bank yg berperanan sbg jurubank kpd sekumpulan bank lain di sesebuah kawasan; ~ kerajaan bank yg menjalankan tugasnya mengikut undang-undang negeri-negeri di Amerika Syarikat; ~ konsortium sekumpulan bank yg bergabung utk memberikan pinjaman jangka sederhana dlm jumlah yg besar, biasanya bagi keperluan pelanggan antarabangsa; ~ koperasi bank yg dimiliki oleh ahli yg menerima deposit, menawarkan khidmat pinjaman dan membayar faedah kpd ahli tersebut; ~ luar pesisir bank asing yg beroperasi di sesebuah negara dgn menikmati pengecualian cukai drpd negara berkenaan, mis bank luar pesisir di Labuan; ~ mata pusat simpanan kornea dan selaput tetuban utk tujuan pemindahan kornea mata; ~ negara = ~ pusat bank yg mengawasi perjalanan ekonomi negara dgn cara mengawal pergerakan bank-bank perdagangan (import-eksport wang dll) dan menyimpan wang kerajaan serta bank-bank lain; ~ pembangunan bank yg menguruskan dana kerajaan dan badan berkanun utk diberikan pinjaman kpd pelbagai sektor penting bagi menjana pembangunan negara; ~ perdagangan bank yg menyimpan wang orang ramai dll serta memberi pinjaman dgn mengenakan bayaran faedah; ~ pertanian bank yg ditubuhkan khusus utk membantu para petani mendapatkan bantuan kewangan utk memulakan atau menjalankan kegiatan atau perusahaan pertanian; ~ saudagar bank yg memberi perkhidmatan (spt memberi pinjaman dsb) kpd badan dan perniagaan sahaja; ~ simpanan bank yg menerima deposit dan membayar faedah terhadap simpanan; perbankan aktiviti yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank: sistem ~ Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
wangalat pertukaran yg mempunyai nilai-nilai tertentu dan diakui sah; duit: Dia telah mendermakan ~ RM10,000/- kpd yayasan itu. ~ belanja wang yg digunakan sehari-hari. ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayarkan dahulu utk menandakan persetujuan membeli atau menyewa sesuatu. ~ hantaran wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd pihak perempuan (dlm perkahwinan). ~ kecil (pecah) wang yg rendah nilainya (spt sen). ~ keras wang yg tetap nilainya dlm pertukaran antarabangsa. ~ kertas wang berupa kertas dan mempunyai nilai tertentu. ~ luar wang yg diterima sbg bayaran atau upah membuat kerja luar. ~ panas wang yg berlebih-lebihan dlm peredaran. ~ perlindungan wang yg dibayarkan oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan, nyawa dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng tsb. ~ pertaruhan wang yg dibayarkan sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran dll. ~ pokok wang yg dijadikan modal dlm sesuatu perniagaan. ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen. ~ sagu hati a. wang yg diberikan sbg membalas jasa. b. wang yg diberikan kpd waris anggota polis (tentera dll) yg meninggal semasa bertugas. ~ sogok (suap) wang yg diberikan kpd seseorang (pihak-pihak tertentu dsb) utk menyogok. berwang 1 mempunyai wang: Dia sudah tidak ~ lagi. 2 ki berharta; kaya. kewangan hal-hal yg berkaitan dgn wang: Ia sentiasa menghadapi masalah ~. Kementerian ~ Kementerian yg mengurus wang negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wang I1. alat pertukaran yg mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, duit: satuan ~ negeri kita ini ialah ringgit dan sen; 2. ki gaji, harta, kekayaan, pendapatan, upah; ~ buta wang yg diberikan kpd orang yg tidak bekerja selama menanti pencen, gaji buta; 3. sl duit yg bernilai satu pertiga tali: pd masa itu di Melaka, segala jenis makanan pun mahallah, telur ayam tiga buah dua ~, dan ayam seekor satu rupiah; tiga ~ setali; ~ adat Id wang utk perbicaraan di mahkamah; ~ bandar wang yg diper­taruhkan dlm perjudian; ~ belanja a) wang utk kegunaan hari-hari; b) ark gaji; ~ cengkeram (muka, pendahuluan) wang yg dibayar dahulu utk menandakan setuju mem­beli (menyewa) sesuatu barang, panjar; ~ duduk (sidang) Id wang upah utk anggota dewan dll ketika menghadiri persidangan; ~ duka (sungkawa) Id wang yg diberikan kpd ahli waris yg meninggal semasa mengerjakan tugasnya; ~ hangat (Eko) wang yg beredar (dr negeri ke negeri) kerana kadar bunga yg rendah; ~ hantaran wang yg dihantarkan oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan (dlm perkahwinan); ~ jaga-jaga (cadangan) wang persediaan utk digunakan apabila diperlukan; ~ jantan Id wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ jalan wang utk bekal dlm perjalanan; ~ jasa a) wang yg diberikan sbg pembalas jasa; b) bunga wang, faedah; ~ kancing sj wang utk jaminan; ~ karun a) wang yg terjumlah dlm harta karun; b) wang yg diperoleh secara haram; ~ kecil (pecah-receh) duit yg rendah nilaiannya (sen dll); ~ keras wang yg tetap nilaiannya (dlm pertukaran antarabangsa); ~ kertas wang yg berupa kertas; ~ kontan Id wang tunai; ~ kopi (jerih, sirih, teh) wang yg diberi sbg hadiah (kerana mengerjakan sesuatu); ~ kuliah Id wang perbelanjaan belajar di sekolah tinggi; ~ kunci (tiap) wang yg dibayar kpd tuan rumah yg disewa rumahnya; ~ lembur Id wang upah kerana kerja lebih masa; ~ logam (emas, perak, dll); ~ luar wang (pendapatan) yg diterima hasil membuat kerja luar; ~ mahar (wang) mas kahwin; ~ makan wang bayaran makan (semasa menjalankan tugas); ~ meja Id wang pembayaran perbicaraan di mahkamah; ~ panas a) (Eko) wang yg dipindahkan dr sebuah negara ke sebuah negara yg lain, atau dr satu jenis pelaburan yg lain, utk mendapat­kan kadar pulangan yg terbaik; b) Id wang pinjaman dgn bunga yg banyak; c) Id wang yg berlebih-lebih (dlm peredaran); d) Id wang yg senang dapat dan senang habisnya; ~ pangkal wang yg harus dibayar dahulu ketika mula­mula masuk persatuan dll (bayaran masuk); ~ perlindungan wang yg dibayar oleh seseorang kpd kongsi gelap atau samseng agar harta benda, perniagaan atau nyawanya dsb tidak diganggu atau diancam oleh kongsi gelap atau samseng; ~ pertaruhan wang yg dibayar sbg tanda sanggup menerima sesuatu tawaran (menjadi ahli dll); ~ plastik ki kad kredit; ~ poket bp = ~ saku wang yg dibawa utk digunakan apabila diperlukan; ~ pokok wang yg menjadi modal dlm perniagaan; ~ pos kepingan kertas yg mempunyai nilai tertentu yg boleh ditunaikan, yg dijual kpd pelanggan oleh pejabat pos dgn mengenakan komisen; ~ ringgit a) sl sj mata wang drpd perak; b) satuan mata wang Malaysia; c) segala macam kekayaan; ~ sagu hati a) wang yg diberikan sbg membalas jasa; b) wang yg diberikan kpd ahli waris anggota (polis, tentera, dll) yg meninggal semasa bertugas; ~ sekolah wang bayaran sekolah; ~ sembah Jk wang yg diberikan oleh pihak laki-laki kpd bakal mentua sesudah pinangan diterima; ~ syiling duit kecil yg dibuat drpd logam; ~ simpanan wang yg disimpan utk masa depan; ~ sogok (sorok, suap) wang yg diberikan utk menyogok (menyuap); ~ songsongan wang berlebih yg ikembalikan selepas membayar (sesuatu): ~sumbangan wang yg diberikan sebagai hadiah (sumbangan); ~ tambang wang utk membayar sewa atau tambang (kenaikan); ~ tegur (penegur) Jk wang yg diberikan kpd isteri utk memulakan pergaulan sbg suami isteri; ~ tengahan Id setengah rupiah, suku (50 sen); ~ terjun Id wang tambahan utk ahli pasukan payung terjun; ~ tinta wang upah kpd orang yg membuatkan surat (menandatangani surat keterangan dll); ~ tunai wang yg boleh digunakan pd bila-bila masa; ada ~ abang saya, tak ada ~ abang paya (payah) = ada ~ abang sayang, tak ada ~abang melayang prb orang yg disukai semasa ia kaya (berharta) sahaja; setali tiga ~ prb sama sahaja keadaannya (halnya); wang-wangan mata wang tiruan, wang palsu; berwang 1. mempunyai wang: dia tidak ~, satu sen pun tidak ada; 2. ki kaya, berharta; mengewangi memberi modal kpd, membelanjai, membiayai;mengewangkan menukarkan kiriman wang dll dgn wang; kewangan perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; Kementerian K~ ementerian yg menguruskan wang negara; kesukaran ~ kesukaran (kekurangan) wang dll; perwangan keadaan dan pengurusan wang.Kamus Dewan Edisi Keempat
perbahasanpertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara; perbuatan atau hal berbahas; perdebatan: Majlis ~ itu telah ditangguhkan ke minggu hadapan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pergantianpertukaran, peralihan, perubahan (kpd sesuatu yg lain);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas