Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tum.bu.han] | ڤرتومبوهن

Definisi : perihal tumbuh, perkem-bangan: pokok yg tidak cukup baja dan air akan terbantut ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tum.bu.han] | ڤرتومبوهن

Definisi : perihal atau proses tumbuh (ttg manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang); tumbesaran: Makanan bayi mempengaruhi ~ mental dan fizikalnya. ~ pokok itu terbantut kerana iklim di situ tidak sesuai dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERTUMBUHAN SEMULA

Pertumbuhan semula pada tumbuh-tumbuhan

dan haiwan, ialah keupayaan untuk menggantikan

bahagian yang hilang atau yang rosak dengan

tumbuhan bahagian yang baru. Pertumbuhan semula

selalunya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan. Jika

pohon atau pokok renek dicantas berhampiran

dengan pangkalnya, pucuk baru mungkin tumbuh

daripada tunggulnya. Di kalangan haiwan, span,

snidaria, dan cacing ringkas menunjukkan kuasa

pertumbuhan semula yang luar biasa. Ia boleh

dipotong kecil-kecil dan setiap potongan boleh

tumbuh menjadi haiwan yang baru. Tapak sulaiman

boleh tumbuh tangan yang baru. Udang krai, ketam,

dan lain-lain haiwan berkaitan boleh tumbuh cakar,

mata, dan kaki yang baru.

UMUM 
PERTUMBUHAN SIFAR

Pertumbuhan sifar lihat Kadar kelahiran dan

kematian.

UMUM 
AUKSIN

Auksin ialah nama sekumpulan hormon yang

mengawal pertumbuhan tanaman. Putik, embrio,

daun muda, dan hujung tangkainya mengeluarkan

auksin yang mengawal pertumbuhan organ

tumbuhan yang berbeza.

UMUM 
PERCAMBAHAN

Percambahan ialah pertumbuhan biji benih.

Semua biji benih memerlukan lembapan, oksigen,

dan kepanasan untuk bercambah. Keperluan ini,

terutamanya keperluan terhadap kepanasan,

berbeza-beza dari spesies ke spesies.

UMUM 
PERANCANGAN BANDAR

Perancangan bandar ialah proses mengawal

pertumbuhan bandar dan pekan. Perancang

bandar – orang yang mengendalikan proses ini,

menasihati kerajaan mengenai cara memajukan

komuniti. Mereka juga menasihati kerajaan dan

pemaju hartanah yang merancang untuk

memajukan komuniti yang baru.

UMUM 
KULTUR

Kultur dalam biologi, ialah pertumbuhan

mikroorganisma atau sel yang dihasilkan dalam

keadaan terkawal dalam makmal.

UMUM 
ANTISEPTIK

Antiseptik adalah bahan yang memusnahkan atau

memberhentikan pertumbuhan – kuman pada

tisu hidup. Antiseptik disapu pada kulit dan

membran mukus untuk membantu menghalang

jangkitan. Antiseptik mestilah cukup kuat untuk

melawan kuman tetapi cukup lembut supaya tidak

merengsakan tisu yang sensitif. Antiseptik berbeza

daripada disinfektan dan antibiotik. Disinfektan

ialah bahan kimia yang memusnahkan kuman yang

terdapat pada objek tak hidup, manakala antibiotik

adalah dadah yang merawat infeksi yang telah

berlaku.

UMUM 
FASA PEGUNJangka masa dan fasa-fasa yang terlibat semasa pembiakan atau pertumbuhan mikroorganisma yang dieramkan pada suhu tertentu.KEJURUTERAANKonsep
ESTROGEN

Estrogen ialah mana-mana satu daripada

sekumpulan hormon yang sama dari segi

kimia yang menyebabkan pertumbuhan dan

perkembangan ciri-ciri seksual wanita pada

manusia dan ciri-ciri seksual betina pada haiwan-haiwan

lain. Estrogen juga mempengaruhi kitaran

pembiakan wanita.

UMUM 
PERBADANAN KEMAJUAN KRAF TANGAN MALAYSIA

Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan

Malaysia, sebuah agensi kerajaan yang

dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan

pertumbuhan, menghidupkan semula dan

memperluaskan kemahiran dan tradisi kraf

tangan.

UMUM 
12345

Kembali ke atas