Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.na.ngan] | ڤرتونڠن

Definisi : perihal bertunang (ber­tunangan): ~ antara Mahadi dgn Junah telah dirasmikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.tu.na.ngan] | ڤرتونڠن

Definisi : perbuatan atau hal bertunang; ikatan bertunang: ~ anak raja itu telah dirasmikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pertunangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. munsyi, apakahkesalahan ayat ini? TKKami telah menerima perundangan ke majlis pertunangan anaknya. 
Perundangan
1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam

Undangan
1 orang yg diundang. 2 jemputan atau panggilan utk datang: kad ~ kad jemputan.

Kami telah menerima undangan ke majlis pertunangan anaknya.


Tatabahasa21.09.2012
Saya ingin menjalankan kajiselidik ke atas 'Employee Engagement Survey', tapi tidak dapat terjemahan yang betul untuk perkataan 'Engagement'. Yang ada cuma pertunangan; saya tak rasa ini adalah perkataan yang saya cari. Harap dapat bantu dengan perkataan yang paling sesuai. Terima kasih.-Mohaini.Engagement boleh diterjemahkan kepada keterlibatan, perjanjian , pengambilan kerja, dan pertunangan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=engagement dan lihat konteks penggunaan yang tuan maksudkan.Penyemakan dan penterjemahan13.01.2015
adakah ayat ini betul???? -Yang turut menghadiri majlis pertunangan itu ialah keluarga menteri besar? dan bolehkah saya tahu bagaimana hendak menggunakan perkataan 'yang' pada hadapan ayat dengan betul???Ayat pertama betul. Yang merupakan kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Contoh penggunaan yang dalam ayat adalah seperti yang berikut: i. Yang berjaja kain itu jiran saya.ii. Yang indah itu bahasa. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 252.   Tatabahasa15.06.2008
Apakah terjemahan kata abahasa Inggeris 'move on?' Contoh ayat; Sejak putus tali pertunangan, dia sentiasa bersedih. Sampai sekarang dia masih belum dapat 'move on.'Frasa "move on" boleh diterjemahkan sebagai "melupakan" (seseorang),  "bergerak ke hadapan" atau "membincangkan hal yang lain". Semua terjemahan ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya dalam ayat.Makna07.02.2021
Saya ingin mendapatkan kepastian istilah bagi "work engagement" sama ada ianya adalah "penglibatan kerja" atau "keterlibatan kerja" kerana engagement=pertunangan dirasakan tidak sesuai dari istilah bahasa Melayunya. Terima kasih.Pada pandangan kami, istilah yang lebih tepat ialah keterlibatan kerja.Istilah29.12.2015
mohon kerjasama bagi mendapatkan penggunaan bahasa sebenar "program engagement" yang sering digunakan kini. terima kasihMenurut data kami perkataan Engagement boleh diterjemahkan kepada keterlibatan, perjanjian , pengambilan kerja, dan pertunangan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=engagement&d=175768 dan lihat konteks penggunaan yang tuan maksudkan.Lain-lain30.10.2017
Salam. Could you please provide me some online reference to get collections of Malay Pantun, especially about weddings. I thank you for that.Sila rujuk buku "Pantun dan Gurindam untuk Pertunangan dan Perkahwinan, terbitan PTS. Sekian, terima kasihLain-lain11.03.2009
Ahmad Syamir Aug 26th, 10:58am Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Adakah wujud perkataan libat urus (engagement) di dalam Kamus DBP terkini? TKTidak ada perkataan libat urus alam pangkalan data kami. Perkataan engagement boleh diterjemahkan kepada perjanjian atau keterlibatan (selain pertunangan) mengikut konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan26.08.2015
Maksud lansungLangsung bermaksud 1. tidak berhenti-henti (perbuatan dll), tidak berantara, lantas, terus: aku pun mengambil sebuah majalah Inggeris ~ membelinya; dr jauh menjunjung duli, sudah dekat ~ menyembah; 2. kekal (utk beberapa waktu), selama-lamanya, terus: aku fikir kalau engkau dan aku benci padanya, tentu dia tak pulang ~; 3. sedikit pun, sama sekali: anak bertuah ini, ~ tak boleh menolong orang; kadang-kadang ada bahagian untuknya, kadang-kadang tidak ada ~; 4. tidak menyimpang atau menyeleweng, tepat, terus: dlm menghadapi kesulitan ini, secara ~ atau tidak, hendaklah kita memberikan sumbangan dgn tidak mengharapkan pujian dan sanjungan; 5. tidak tergendala (pekerjaan dll), diteruskan, jadi: kedua-dua orang muda itu mempunyai harapan supaya pertunangan mereka itu boleh ~; ada orang yg sakit hati kalau perkahwinan itu jadi ~; 6. terlebih drpd matlamat (tujuan, sasaran, dll): ~ dr sasaran; Lain-lain04.08.2010

Kembali ke atas