Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.tu.ran] | ڤرتوتورن

Definisi : 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demikian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah asas bahasa, pertuturan atau tulisa? Soalan ini berkait rapat dengan Bahasa Melayu yang dahulunya teras agama iaitu Islam begitu kukuh hinggakan pertuturan dan penulisan menggunakan fonetik 'arab sama ada dalam penulisan jawai mahupun rumi. Sekarang yang mana satu menjadi teras, teras Islam atau sebaliknya kerana penulisan atapun pertuturan menjadi masalah jika menulisa atau membaca jawi ataupun rumi.Untuk makluman tuan maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun kami akan menjawab soalan tersebut dengan sumber yang ada. (Harap maaf jika jawapan ini tidak menjawab secara persis soalan saudara). Dalam perancangan bahasa, aspek Bahasa Melayu Baku memberikan tumpuan kepada pembinaan bahasa yang lengkap dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya, iaitu betul ejaannya, betul tatabahasanya, betul istilahnya, betul penggunaan katanya, betul laras bahasanya, dan betul sebutan dan intonasinya. Merujuk kepada huraian tersebut, tulisan dan lisan kedua-duanya seiring dalam pembinaan bahasa Melayu baku. Baku tidak terbatas pada aspek sebutan semata-mata, malah tatabahasa, ejaan dan laras yang digunakan haruslah baku, yakni standard. Dalam rancangan pembakuan sistem ejaan Rumi terdapat beberapa sistem ejaan yang pernah wujud. Berkemungkinan dalam proses tersebut terdapat sistem ejaan yang mempunyai pengaruh Islam/bahasa Arab. Kini, sistem ejaan Rumi bahasa Melayu telah disempurnakan pada tahun 1972 dan dikenali dengan nama Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu.Lain-lain21.03.2013
Assalamualaikum, dalam pertuturan, frasa "bagai nak rak" sentiasa digunakan dengan maksud "bersungguh-sungguh". Apakah maksud rak dalam konteks tersebut?

Lain-lain23.10.2017
Salam sejahtera. Saya hendak bertanya apakah ada ciri-ciri tertentu dalam pertuturan orang biasa dalam Bahasa Melayu Klasik yang membezakannya daripada Bahasa Melayu masa kini. Adakah bahasa yang digunakan dalam karya-karya Melayu awal seperti Sulalatus Salatin serupa dengan bahasa pertuturan orang biasa pada zaman tersebut? Dan bolehkah orang Melayu biasa dari abad ke-15 faham pertuturan orang Melayu zaman kini, dan sebaliknya? Terima kasih.

Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu - Polesia daripada rumpun bahasa - Austronesia. Dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu bahasa Melayu kuno, klasik dan moden. Tahap pertama dari abad 7 hingga abad 13, iaitu pada zaman kerajaan Srivijaya sebagai bahasa lingua-franca dan pentadbiran. Terdapat pengaruh bahasa Sanskrit. menggunakan tulisan Pallawa. Tahap kedua dari abad 13 hingga abad 19. Terdapat pada batu bersurat Pagar Ruyung (Minangkabau), Minye tujuh (Acheh) dan Kuala Berang (Terengganu). Tulisan Jawi. Perkembangan tiga tahap, iaitu zaman Melaka, Acheh, dan Johor-Riau. Seterusnya, zaman moden bermula pada abad 19. Sebelum kedatangan British, bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan pengantar sekolah agama Islam. Pada zaman pemerintahan British, bahasa Melayu dipinggirkan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Pusat Dokumentasi Melayu (DBP), Perpustakaan Negara Malaysia, Buku Ensiklopedia Bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Susur Galur bahasa Melayu oleh Asmah Haji Omar, Tatabahasa Dewan Edisi Keempat oleh Nik Safiah Karim et. al; Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar; Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III (Edisi Baharu) oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); Ilmu Mengarang Melayu oleh Za'ba; Kitab Ilmu Bahasa Melayu oleh Za'ba, dan sebagainya. Tuan/puan juga boleh merujuk buku-buku dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu seperti Gaya Bahasa Sastera Melayu oleh Umar Junus; Inskripsi Melayu Sriwijaya oleh G. Coedes (disunting dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar), serta buku-buku sastera lama seperti Sulalat  Al Salatin, Sejarah Melayu, buku-buku hikayat dan lain-lain. Semua buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan rujukan lain mungkin boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Lain-lain27.10.2018
1.perwatakan watak dalam novel dapat kita gambarkan melalui perbuatan dan penuturan watak tersebut. (munsyi, adakah penuturan atau pertuturan sesuai digunakan? TK)Perkataan yang sesuai ialah pertuturan.Tatabahasa24.06.2013
apa itu keutuhan wacana?Keutuhan bermaksud perihal (sifat, keadaan) utuh, kebulatan, kesempurnaan dan wacana bermaksud keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan; perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. Keutuhan wacana boleh dikatakan sebagai kesempurnaan keseluruhan tutur yg merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan, perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Makna27.02.2007
1. Apakah yang dimaksudkan 'bahasa rojak'?~Jika pertuturan menggunakan bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, tetapi gramatikal, bolehkah dianggap bahasa rojak?Salam sejahtera,

Tuan,

Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini  berlaku dalam konteks lisan sama ada  rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan  ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul.


Penggunaan bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, dalam pertuturan walaupun gramatikal, dianggap bahasa rojak.

Sila layari
http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian.
Makna26.07.2017
apakah definisi retorik

retorik membawa maksud,

1.kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan;

2. seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar/ seni berpidato;

3. pertuturan atau tulisan yang menggunakan bahasa atau kata-kata yang indah atau muluk-muluk untuk mempengaruhi pemikiran pendengar.

Istilah09.02.2011
Adakah "macam mana" boleh dipakai dalam pertuturan menggantikan "bagaimana" .adakah salah penggunaannya "macam mana". Terima kasihFrasa "macam mana" lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Dalam situasi rasmi kata tanya "bagaimana" yang digunakan.Tatabahasa27.10.2013
Benarkah tanda sempang (-) boleh digunakan untuk menggambarkan pertuturan yang tidak lancar di dalam dialog? contohnya : "bu-bukan sa-saya," katanya.Tidak perlu tanda sempang, hanya ulangi sahaja perkataan tersebut seperti bububukan sasasaya.Ejaan19.06.2014
apakah gantinama kedua yang sesuai digunakan dalam pertuturan antara Hang Jebat dan Hang Tuah? tq

Untuk makluman tuan,

 Dalam bahasa Melayu  kata ganti nama diri kedua: kamu, awak, anda.

Tatabahasa12.05.2009
123456789

Kembali ke atas