Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.tu.ran] | ڤرتوتورن

Definisi : 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demikian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan ialah rawatan masalah dan

gangguan pertuturan. Pakar dalam profesion terapi

pertuturan berusaha untuk membantu kanak-kanak

dan orang dewasa yang pertuturannya

mengganggu komunikasi, menuntut perhatian, dan

mengecewakan kedua-dua penutur dan pendengar.

Pakar ini, yang dikenali sebagai ahli terapi

pertuturan, menilai dan membetulkan pertuturan

cacat dan mengajar kemahiran bertutur yang baru.

Bidang terapi pertuturan sering dinamakan patologi

pertuturan, dan ahli terapi pertuturan kadangkala

dikenali juga sebagai ahli patologi pertuturan

bahasa, atau klinisian pertuturan.

UMUM 
PERTUTURAN

Pertuturan mempunyai beberapa definisi.

Pertuturan boleh bermaksud bercakap, hasil

daripada percakapan, atau apa yang dicakapkan,

bahasa sesuatu negara atau sekumpulan negara,

ataupun dialek tersendiri sesuatu wilayah atau

tempat.

UMUM 
TELINGA

Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita

mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria

yang sangat penting. Pendengaran membolehkan

kita berhubung antara satu sama lain melalui

pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri

amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak

belajar bercakap dengan cara mendengar

dan kemudiannya meniru percakapan orang lain.

UMUM 
PROSA

Prosa ialah bahasa pertuturan dan bahasa tulisan

harian. Prosa juga ialah salah satu daripada dua

bentuk utama penyataan kesusasteraan. Yang satu

lagi ialah puisi. Surat khabar dan majalah ditulis

dalam bentuk prosa. Begitu juga dengan biografi,

esei, sejarah, novel dan sebahagian besar drama.

Kebanyakan prosa tidak mempunyai pola irama

yang tetap, tidak seperti kebanyakan puisi. Prosa

juga tidak mempunyai ritma, yang merupakan ciri

kebanyakan puisi. Walau bagaimanapun, penulis

prosa sering menggunakan unsur-unsur puisi

seperti aliterasi dan perulangan, sesetengah

penulis pula menggubah prosa yang sangat

berirama. Dalam kebanyakan hal, pembaca tidak

dapat membezakan dengan jelas antara prosa

dengan puisi.

UMUM 
KOMUNIKASI

Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau

penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan

atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang

terpenting kemungkinannya ialah komunikasi

peribadi, yang berlaku apabila seseorang

menyampaikan fikiran dan keinginan mereka

kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui

banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan

mengerakkan tangan, malah dengan membuat

mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon

dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi

peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak

mereka. Guru tidak dapat membantu murid

mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang

bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi

ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar

sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia

berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama.

UMUM 
SENI LIBERAL

Seni liberal ialah tabiat ilmiah tentang

pemikiran dan pertuturan yang dianggap penting

bagi manusia yang bebas. Dari segi sejarah, seni

liberal termasuk dua kumpulan pengajian. Yang

pertama ialah penggunaan bahasa (nahu) yang

betul, berfikir dengan jelas (logik), dan

menyatakan idea seseorang dengan meyakinkan

(retorik). Kumpulan kedua termasuk pelbagai

cabang matematik. Pada mulanya, cabang ini

adalah aritmetik, geometri, astronomi dan

harmoni. Daripada pengajian tradisional ini, lahir

pula kumpulan sains semula jadi, sains sosial dan

kemanusiaan. Kolej yang memberi tumpuan

kepada pengajian ini biasanya dikenali sebagai

kolej seni liberal.

UMUM 
SASTERA TULISAN

SASTERA TULISAN,  sastera yang disampaikan melalui tulisan lagi dinyatakan secara pertuturan seperti yang dilakukan pada sastera lisan.  Sastera tulisan memerlukan tulisan sebagai alat untuk merakam hasil karya.  Sastera ini sudah lama wujud dalam masyarakat Melayu. 

SASTERAKonsep
TULISANsistem lambang dalam bentuk huruf, aksara atau gambar yang digunakan untuk mencatatkan atau merekodkan bahasa pertuturan.BAHASAKonsep
KEGAGAPAN

Kegagapan yang juga dikenali sebagai gagap

ialah suatu bentuk pertuturan yang bersifat

ulangan bunyi atau suku kata dengan cara

mengeluarkan bunyi yang panjang, teragak-agak

atau dengan sekatan kata-kata yang lengkap

apabila tidak ada bunyi dikeluarkan.

UMUM 
PSIKOLOGI TAK NORMAL

Psikologi tak normal ialah bidang kajian

saintifik yang berkaitan dengan kecelaruan

psikologi. Kecelaruan ini menjejaskan perasaan,

pemikiran, pertuturan, dan perilaku manusia.

Bidang ini juga dikenali sebagai psikopatologi.

UMUM 
123

Kembali ke atas