Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.tu.tu.ran] | ڤرتوتورن

Definisi : 1. cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan, ucapan: kata kita jangan, katanya jangang, kata kita bulan, katanya bulang, tetapi ~nya sahaja demikian; 2. apa yg dituturkan, percakapan: perkataan yg dipinjam ini bukan hanya ter-simpan dlm kamus tetapi digunakan dlm ~ sehari-hari oleh orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tutur
Kata Terbitan : bertutur, menuturkan, mempertuturkan, pertuturan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
phonocentrismfonosentrismeKesusasteraanTiadaPerihal tumpuan pada bunyi atau pertuturan. Fonosentrisme merupakan salah satu cabang dalam bidang logosentrisme yang mengutamakan pertuturan berbanding dengan penulisan. Ahli falsafah perancis, Jacques Derrida memperkenalkan istilah logosentrisme apabila beliau membicarakan aspek kebenaran dalam bentuk buah fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan fikiran. Penekanan yang diberikan pada pertuturan dalam fonosentrisme berdasarkan pandangan bahawa fonosentrisme lebih hampir dengan kebenaran berbanding dengan penulisan. Menurut Derrida, penulisan dianggap asing berbanding dengan pertuturan. Pandangan ini bertentangan dengan pendapat Plato, seorang ahli falsafah purba yang meletakkan tahap pertuturan lebih tinggi daripada penulisan. Lihat juga logosentrisme.
juncturejunktur/saktahSains KesihatanTiadaPeralihan dari satu bunyi pertuturan ke satu bunyi pertuturan berikutnya, sama ada dalam suatu perkataan di antara (t) dengan (r) dalam nitrat atau yang menandakan sempadan di antara perkataan seperti (k) dan (j) dalam ketuk jari.
monologuemonologKesusasteraanTiadaPertuturan panjang seorang watak pada dirinya sendiri bagi menyuarakan fikiran dan rasa hatinya. Pertuturan watak biasanya terdapat dalam drama, naratif dan puisi. Monologi boleh berbentuk bisikan kuat, senandika (soliloqui), monolog dramatik dan monolog dalaman. Bisikan kuat ialah pertuturan watak yang hanya dapat didengar oleh penonton manakala senandika ialah percakapan seorang watak untuk meluahkan perasaan dan fikiran kepada dirinya sendiri. Monologi dramatik merupakan percakapan seorang watak bagi menyampaikan pemikiran dan perasaannya terus kepada penonton. Monolog dalaman yang biasanya dikaitkan dengan naratif pula ialah bahagian teks yang mendedahkan pemikiran dalaman seorang watak kepada pembaca secara langsung. Dalam persembahan drama, monolog hanya dituturkan oleh seorang pelakon sahaja. Ujaran �To be or not to be� oleh Hamlet dalam drama Shakespeare yang berjudul Hamlet (Babak III, adegan i) merupakan contoh monolog dalam bentuk senandika. Dalam sastera Parsi, monolog ditemui dalam Sang-i-Sabur oleh Sabiq Chubak. Contoh monolog dramatik yang biasanya terdapat pada teater tradisional Makyung ialah ungkapan semasa Pakyung memperkenalkan dirinya seperti yang berikut: Yalah tuboh hambo bergelar Raja Bongsu Sakti dari negeri Pelenggang Cahaya. Bonda bernamo Raja Besar�. Istilah monolog berasal daripada drama Yunani berjudul Oedipus Rex oleh Sophocles. Monolog menjadi bentuk popular dalam penulisan Barat pada kurun ke-16 dan pada era Elizabeth seperti dalam karya Shakespeare. Lihat juga monolog dalaman, monolog dramatik, senandika.
scanning speechpertuturan terjedaPerubatanTiadaPertuturan yang suku katanya terhenti-henti.
spontaneous speechpertuturan spontanSains KesihatanTiadaPertuturan yang berlaku tanpa sebarang bantuan.
arrow-point speechpertuturan hujung panahPerubatanTiadaPertuturan yang tidak tepat kerana lidah diletakkan berhampiran atau bersentuhan dengan gigi anterior maksila disebabkan mekanisme pergerakan sendi abnormal.
amplified speech spectrumspektrum pertuturan kuatSains KesihatanTiadaBunyi pertuturan berdasarkan frekuensi dan keamatan yang diperkuat dengan menggunakan alat bantu pendengaran.
speech awarenesskesedaran pertuturanSains KesihatanTiadaKesedaran memahami bunyi bahasa dan pertuturan.
speech recognitionpengecaman pertuturanTeknologi MaklumatTiadaProses yang menukarkan perintah atau data pertuturan kepada bentuk yang boleh diterima oleh komputer.
speech recognition deviceperanti pengecaman pertuturanTeknologi MaklumatTiadaPeranti yang menerima pertuturan melalui pembesar suara dan menukarkannya kepada kod digital yang boleh difahami komputer.
12345678910...

Kembali ke atas