Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ru.mah] | ڤرومه

Definisi : (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ru.mah] | ڤرومه

Definisi : ist organisma yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggal, tempat mendapatkan makanan dan perlindungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perumah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
predispositionprapendedahanBiologiPatologiKeadaan yang berlaku pada perumah sehingga perumah tersebut mudah, atau mulai terserang kepada penyebab penyakit. Perubahan ini berlaku lebih banyak kepada perumah tetapi tidak pada patogen, hingga perumah tersebut menjadi lebih rentan.
secondary hostperumah sekunderBiologiPatologiPerumah yang menjadi pilihan kedua sesuatu patogen atau vektor dalam keadaan tiada perumah utama, atau perumah yang bukan menghasilkan peringkat seks kulat yang menyerangnya. Banyak jenis rumput adalah perumah sekunder bagi banyak jenis patogen.
alternative hostperumah penggantiBiologiPatologiPerumah yang boleh juga dijangkiti oleh sesuatu patogen atau vektor semasa ketiadaan perumah utamanya. Keadaan ini biasanya berlaku pada patogen yang mempunyai banyak perumah. Rumpai biasanya menjadi perumah pengganti kepada banyak jenis patogen atau vektor.
host preferencepilihan perumah; pengutamaan perumahPertanianTiadaTiada
host preferencepilihan perumah; pengutamaan perumahPerhutananTiadaTiada
host rangejulat perumahBiologiPatologiSekumpulan spesies perumah yang boleh dijangkiti oleh satu jenis patogen. Nematod Meloidogyne mempunyai julat perumah yang sangat luas kerana mampu menyerang ratusan jenis tumbuhan. Patogen biotrof biasanya mempunyai julat perumah yang sempit, iaitu boleh menyebabkan penyakit terhadap beberapa (ada yang hanya satu jenis) perumah sahaja.
vectorvektorPerubatanTiadaPembawa, biasanya artropod yang memindahkan agen infektif daripada satu perumah kepada perumah yang lain. Misalnya, nyamuk yang membawa penyakit malaria.
alternate hostperumah selanganBiologiPatologiPerumah lain yang diperlukan oleh patogen untuk melengkapkan kitar hidupnya. Sebagai contoh, barberi ialah perumah selangan bagi Puccinia graminis Puccinia graminis yang menyerang gandum (perumah utama). lih: heteroesius.
mechanical transmissionpenularan mekanikBiologiPatologiPenularan patogen, biasanya virus, daripada perumah terjangkit ke perumah sihat melalui sentuhan kedua-dua perumah tersebut.
host-specific phytotoxinfitotoksin perumah khususBiologiPatologiFitotoksin yang dihasilkan oleh patogen akan berkesan terhadap perumah tertentu sahaja, iaitu tumbuhan yang menjadi perumah kepada patogen yang berkenaan. Contoh fitotoksin perumah khusus ialah viktorin.
12345678910...

Kembali ke atas