Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.rum.pa.ma.an]/[per.um.pa.ma.an] | ڤراومڤاماءن

Definisi : 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan ber­lapis-lapis pd ungkapan-ungkapan kata­­nya; 2. sj peribahasa yg berupa perbanding­an dgn sesuatu yg lain (umumnya me­ngandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.rum.pa.ma.an]/[per.um.pa.ma.an] | ڤراومڤاماءن

Definisi : 1 sesuatu yg dianggap sama dgn; ibarat. 2 peribahasa yg berupa perbandingan dgn sesuatu yg lain dan umumnya berisi pengajaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PerumpamaanPerumpamaan ialah peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran). Contoh : Bagai aur dengan tebing.Makna06.10.2008
saya perlukan nasihat dalam menggunakan perumpamaan atau peribahasa bagi artikal penulisan saya. Jika boleh dapat sekiranya di beri dictionary bagi peribahasa dan perumpamaan utk rujukan saya . terima kasihPenggunaan peribahasa dan perumpamaan sebenarnya bergantung pada jenis ayat yang hendak ditulis. Misalnya dalam satu contoh ayat, "kehidupan dua beradik itu begitu tertekan setelah kematian ibu bapa mereka, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga". Beginilah contoh penggunaan peribahasa dalam tulisan. banyak lagi contoh-contoh yang dapat dihasilkan dengan penggunaan peribahasa dan perumpamaan ini. Mengenai kamus peribahasa atau perumpamaan, memang terdapat banyak di pasaran sekarang.Terima kasih.Lain-lain11.10.2006
saya keliru dengan makna perumpamaan 'seperti pahat dengan penukul'. sama ada maknanya 'satu sama lain bantu-membantu' atau 'orang yg hanya bekerja apabila diperintah'. makna yang mana tepat bagi perumpamaan tersebut?

Puan Norsazila,

Makan perumpamaan yang betul ialah orang yang hanya bekerja apabila disuruh atau diperintah.

Tatabahasa30.03.2010
kalau saya ingin menyemak maksud peribahasa, perumpamaan, bidalan dan simpulan bahasa, bahagian mana yang perlu saya klik. tqTuan/Puan boleh menyemak maksud peribahasa, perumpamaan, bidalan dan simpulan bahasa melalui carian di PRPM.DBP.GOV.MY - taip peribahasa, simpulan, bidalan, perumpamaan tersebut pada bar carian.Lain-lain17.08.2018
adakah wujudnya perumpamaan yang berbunyi "seperti gunung dan lautan manusia" yang membawa maksud ramai orang?Ungkapan yang lazim digunakan ialah seperti lautan manusia yang menunjukkan ramai orang.Tatabahasa08.07.2013
apakah maksud perumpamaan SEPERTI HATI DAN HEMPEDUPerhubungan yang sangat akrab.Makna08.09.2009
apakaha srti kata sebenar perumpamaan TIADA KATA SECANTIK BAHASATiada Kata Kata Secantik Bahasa bukanlah perumpamaan tetapi satu ungkapan untuk mengambarkan keindahan/ keagungan bahasa sebagai media komunikasi lisan atau tulisan.Lain-lain17.10.2006
Adakah penggunaan kata perumpamaan atau kata-kata bayangan dalam penulisan sajak berdasarkan sesuatu tatacara atau dipilih oleh penulis berdasarkan kefahamannya terhadap satu-satu kata?Penggunaan kata perumpamaan/kata-kata bayangan/metafora adalah dipilih sendiri oleh penulis berdasarkan kepada kefahaman, naluri dan cita rasa terhadap sesuatu isu yang dihadapi. Sekian.Lain-lain20.12.2008
selamat pagi dan salam sejahtera.. mohon pencerahan.. berkaitan perumpaan bagai kumbang menghisap madu, adakah perumpamaan ini betul? hasil daripada semakan sya, perumpamaan ni tiada. Mohon pihak DBP memberi pencerahan yang jelas.

Kami sudah menyemak pangkalan data berkenaan peribahasa yang membawa maksud tersebut. Sungguhpun demikian, maklumat berkenaan tidak ada dalam simpanan pangkalan data kami. Untuk makluman pihak puan juga, berdasarkan carian kami terdapat peribahasa lain yang berkaitan dengan "kumbang". Puan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Puan hendaklah memasukkan perkataan "kumbang" dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain08.08.2018
apakah yang dimaksudkan dengan bagai lautan manusia? atau hanya terjemahan saja dan tiada terdapat perumpamaan tersebut.Untuk makluman, "bagai lautan manusia" bukan perumpamaan dan digunakan untuk menunjukkan bilangan atau jumlah manusia yang terlalu banyak atau ramai.Makna12.08.2012
12345

Kembali ke atas