Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.run.cit] | ڤرونچيت

Definisi : peniaga secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna), peniaga runcit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.run.cit] | ڤرونچيت

Definisi : peniaga yg menjual secara runcit; peniaga runcit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peruncit


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan dapat memberikan terjemahan bagi istilah 'food outlet'. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, istilah "food outlet" tidak ada dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "outlet" yang padanan bahasa Melayunya ialah peruncit atau saluran keluar. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah peruncit makanan atau kedai makanan.Istilah26.06.2016
Salam, saya ingin bertanya adalah istilah Bahasa Inggeris "participating outlets" boleh diterjemah kepada "outlet berkenaan"?Untuk makluman padanan bahasa Melayu untuk "outlet" bergantung pada konteks penggunaan. "Outlet" boleh merujuk kepada peruncit, cawangan, saluran keluar, restoran dan sebagainya. Oleh itu, "participating outlets" boleh diterjemahkan kepada restoran yang mengambil bahagian, cawangan yang mengambil bahagian dan sebagainya.Istilah13.10.2016

Kembali ke atas