Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.run.cit] | ڤرونچيت

Definisi : peniaga secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna), peniaga runcit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.run.cit] | ڤرونچيت

Definisi : peniaga yg menjual secara runcit; peniaga runcit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peruncit


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERUNCITKonsep ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
SETEM PERDAGANGAN

Setem perdagangan ialah premium atau

bonus yang diberikan oleh peruncit kepada

pembeli barangan yang membeli secara tunai.

Setem ini dikumpulkan untuk ditukarkan dengan

barangan lain ataupun untuk mendapatkan

diskaun daripada barang dagangan peruncit

tersebut. Syarikat setem perdagangan menjual

setem itu kepada peruncit. Syarikat juga boleh

menebus (menukar) setem tersebut untuk

mendapatkan pelbagai barangan seperti

perkakas, barangan rumah atau peralatan sukan.

Kedai koperasi mungkin memberikan setem bagi

setiap pembelian. Setem ini juga boleh ditukarkan

untuk barangan lain di kedai koperasi. Ahli

perniagaan Amerika, Thomas Sperry,

menubuhkan syarikat setem perdagangan yang

pertama pada tahun 1896. Walaupun penggunaan

setem ini telah merosot, masih terdapat syarikat

yang memberikan setem ini untuk meningkatkan

hasil jualan.

UMUM 
MARKS AND SPENCER

Marks and Spencer ialah syarikat peruncit

Inggeris yang besar yang mengendalikan satu

rangkaian gedung serbaneka. Firma ini terkenal

kerana menjual barangan berkualiti tinggi dengan

harga yang murah.

UMUM 
PERUNCITAN

Peruncitan terdiri daripada semua aktiviti yang

melibatkan penawaran jualan barangan atau

perkhidmatan kepada pengguna untuk kegunaan

sendiri. Peruncitan ialah peringkat terakhir dalam

proses membawa barangan kepada pengguna.

Tidak kesemua peruncit menjual barangan.

UMUM 

Kembali ke atas