Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah nama syarikat?Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna syarikat, berdasarkan Kamus Dewan edisi Keempat, syarikat ialah 

1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi-nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan;

Lain-lain14.10.2009
Berikut adalah beberapa soalan berdasarkan konteks IT: 1) Apakah istilah BM yang sesua untuk "solution aggregator" (seperti Microsoft Solution Aggregato)? Patutkah saya guna penggabung penyelesaian, agregator penyelesaian, atau ??? 2) Apakah istilah yang sesuai untuk Edge Computing dan Enterprise Computing? Betulkah kalau saya guna Pengkomputeran Pinggiran dan Pengkomputeran Perusahaan? Adakah istilah yang lebih tepat? 3) Apa pula istilah BM untuk "edge-to-enterprise solution"? Ayat lengkap: We are now better abled to deliver edge-to-enterprise solutions that drive digital transformation across every industry. 4) Dalam contoh ayat BI di atas, adakah betul terjemahan "across every industry" = "di setiap industri"? 5) Betulkah kalau saya terjemahkan "billions of connected things" (dalam konteks Microsoft Internet of Things) sebagai "berbilion benda-benda yang berhubung"? 6) Apakah istilah BM yang sesuai untuk feedback loops, seperti dlm contoh ayat "Microsot IoT systems of intelligence enables these feedback loops". Betulkah kalau saya terjemahkan seperti berikut: "Sistem kepintaran Microsoft IoT membolehkan gelung maklum balas ini terbentuk." 7) Dalam contoh ayat di atas, adakah perkataan gelung atau kitaran lebih sesuai? Terima kasih!1) Untuk  makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk bagi istilah yang diberikan. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah:
 
solution aggregator - penggabungan penyelesaian
Edge Computing - pengkomputeran pinggir
Enterprise Computing - pengkomputeran perusahaan.
edge-to-enterprise solution - Penyelesaian Perusahaan Pinggir
across every industry - Melangkaui setiap Industri
billions of connected things - Berbilion benda yang berkait
feedback loops - gelung maklum balas balas atau gelung suap balik

Untuk pertanyaan istilah yang lebih terperinci, tuan/ puan boleh berhubung dengan bahagian Peristilahan.  Jawapan kemungkinan mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Untuk makluman, DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan.  Untuk soalan terjemahan akan datang saudara boleh bertanya kepada Persatuan Penterjemah Malaysia (03-21442506/21424381) atau kepada ITBM, iaitu Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, (03-41451800)



Makna23.10.2017
Apakah maksud/definisi social enterprise? Rujuk kamus maksudnya usaha sosial. Apakah takrifan tersebut sesuai? atau adakah ia lebih sesuai dikatakan usahawan sosial dan apakah definisi/takrifan usahawan sosial?

Social enterprise boleh diberikan padanan perniagaan sosial; perusahaan sosial atau syarikat sosial, manakala social enterpreneur pula ialah usahawan sosial. Melalui carian kami di internet, perniagaan sosial/perusahaan sosial/ perusahaan sosial ialah perniagaan yang dimiliki oleh NGO yang kebiasaannya terlibat secara langsung dalam pengeluaran atau menjual produk dan perkhidmatan untuk tujuan menjana pendapatan dan mencapai matlamat sosial, budaya dan /atau alam sekitar. 1">

Makna26.01.2015
1.Mana satukah yang betul untuk digunakan di papan tanda "Taman Perindutrian Halal Pasir Mas" atau "Taman Industri Halal Pasir Mas"? 2. Apa perbezaan di antara keduanya dan dalam konteks apakah ia digunakan?Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "Industrial Park" ialah Taman Industri. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang betul ialah Taman Indusrtri Halal Pasir Mas. Berdasarkan Kamus Dewan, industri bermaksud i. perusahaan secara besar-besaran ii. perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. Perindustrian bermaksud perihal industri, yang berkaitan dengan industri. Oleh itu, cara penggunaan bergantung pada konteks dan maksud yang ingin disampaikan.Istilah11.02.2014
Saya ingin bertanya.. apakah singkatan ejaan yang betul untuk : 1) perladangan - p'ldgn 2) pembangunan - p'bgnn 3) perusahaan - p'usahaan 4) perdagangan - p'dggn 5) kepenggunaan - kpggunaan adakah betul?Untuk makluman puan, singkatan ejaan biasa digunakan terbentuk melalui proses pemadatan dengan penghilangan vokal. DBP tidak menerima penggunaan tanda ' dalam pembentukan singkatan ejaan. Kami mencadangkan puan mengeja penuh ejaan seperti yang dinyatakan dalam urusan rasmi.Tatabahasa23.10.2014
Assalamualiakum.. 1. Saya ingin membuat pertanyaan ini, apakah yang dimaksudkan dengan "penglobalan Bahasa Melayu melalui iklan". 2. Bagaimana dengan masalah penggunaan papan tanda/ iklan yang masih menggunakan sistem ejaan melayu lama, seperti; Sharikat Perusahaan Ah Leng. perkataan 'Sharikat' itu kini ejaan nya telah diubah kepada "Syarikat", tetapi pemilik itu tidak mengubah ejaan tersebut di papan tanda itu.Bagaimanakah DBP melihat/mengatasi masalah ini sekian,Pengglobalan Bahasa Melayu melalui iklan, bermaksud proses menjadikan bahasa Melayu bersifat sejagat ialah melalui iklan. Oleh itu, setiap iklan mestilah betul bahasanya, baik dan berkesan. Masalah penggunaan iklan yang masih menggunakan ejaan lama tidak seharusnya timbul jika setiap pihak bertanggungjawan dan melalui prosedur yang betul dalam penamaan tempat, syarikat, bangunan, papan tanda dan sebagainya. Jika di Kuala Lumpur, setiap syarikat iklan mesti mengemukakan permohonan iklan kepada DBP terlebih dahulu untuk dibuat pengesahan bahasa yang digunakan dan setelah itu barulah dikemukakan kepada pihak DBKL. Tatabahasa19.01.2010
Terjemahan bagi tujuan pengiklanan dalam bahasa Malaysia bagi: 1) Retail Pack 2) Industrial PackTerjemahan untuk Retail Pack ialah Pek Runcit manakala Industrial Pack ialah Pek Perusahaan.Istilah22.05.2014
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "usaha sama" dengan "kerjasama"? Terima kasihUsaha sama membawa maksud perusahaan (kegiatan, peng-hasilan, perniagaan, dll) yg diusahakan ber-sama oleh dua atau beberapa pengusaha (syarikat dll) sbg suatu perkongsian. Manakala, kerjasama membawa maksud 1. kerja (usaha dsb) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), gotong-royong 2. sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dll) dr satu pihak kpd pihak yg lain utk faedah bersama. kerjasama merupakan kata nama  bagi padanan bahasa Inggeris "collaboration". Manakala, usaha sama kata adjektif bagi padanan "collaborative"

Makna29.04.2015
saya ingin bertanya mengenai sah bahasa untuk papan tanda. Syarikat kami ingin membuat permohonan untuk 2 papan tanda iaitu 1 untuk pintu pagar syarikat dan juga 1 lagi untuk bangunan. Jadi soalan saya adakah perlu daftar sah bahasa untuk kedua papan tanda kerana dalam system Dewan Bahasa hanya membenarkan 1 image sahaja untuk 1 permohonan. Mohon respond dengan segera daripada pihak Dewan Bahasa. Berikut saya sertakan sekali image untuk signboard syarikat kami. Dan untuk papan tanda bagi bangunan hanya logo syarikat dan tulisan nama syarikat saja (INTANIAGA SDN BHD).

Salam Sejahtera tuan/puan. Sila buat permohonan yang berasingan. Satu permohonan untuk satu visual.

Sila buat pembetulan pada visual seperti yang berikut:
  1. Betulkan kepada PENGEDAR PERALATAN PERUBATAN DAN BARANGAN PAKAI BUANG
  2. SDN. BHD. (masukkan titik untuk singkatan)
  3. KAWASAN PERUSAHAAN CHERAS JAYA, (masukkan tanda koma)
  4. MALAYSIA. (masukkan tanda noktah)
Mohon buat pembetulan seperti yang dikehendaki dan hantar visual untuk semakan dan pengesahan melalui DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my.

Sekian. Terima kasih. 
Lain-lain16.02.2022
perbezaan antara pusat pembinaan dan pusat perkembangan bahasa melayuMenurut data kami, maksud pembinaan ialah 1. perbuatan (kegiatan, usaha, dan sebagainya) membina (mendirikan, membangunkan): ~ jambatan; 2. pembangunan: ~ negara; 3. perihal membina (tubuh dan sebagainya): zat-zat yang membantu ~ tubuh; 4. perbuatan membina (bahasa): ~ bahasa; manakala perkembangan ialah perihal (proses dan sebagainya) ber­kembang (menjadi maju atau tersebar, mem­biak, meluas, dan sebagainya), pertumbuhan, kemajuan: ~ bahasa dan kesusasteraan Melayu; dengan~ perindustrian, banyaklah lagi hasil perusahaan yang dapat dikeluarkan; ~ politik; ~ ilmu pengetahuan;Makna24.12.2015
12

Kembali ke atas