Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perut I 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah lebih tepat 1. mengemop lantai atau mengelap lantai 3. Ibu sedang menjahit. atau Ibu sedang menjahit baju. 4. Nenek sedang memasak. atau nenek sedang memasak ikan. 5. Adik menangis kerana sakit perut. atau Adik menangis kerana dia sakit perut.1. Kedua-dua boleh digunakan.
2. Ibu sedang menjahit baju.
3. Nenek sedang memasak ikan.
4. Adik menangis kerana perutnya sakit.
Tatabahasa17.08.2014
Adakah penggunaan kata penguat berikut betul: 1. Aduh, terlalu amat sakit perut saya ini! 2. Aduh, benar sungguh sakit perut saya ini!1. Aduh, terlalu sakit perut ini! atau Aduh, amat sakit perut ini.Tatabahasa21.04.2010
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan simpulan bahasa. Simpulan bahasa yang bakal saya berikan ini hanyalah contoh bagi bermacam-macam simpulan bahasa yang mengalami situasi yang sama. Contoh yang ingin saya nyatakan ialah 'ikat perut'. Jika 'ikat perut' dimasukkan ke dalam ayat, bolehkan menerima imbuhan? Ayat contoh: 1. Nalia terpaksa mengikat perut kerana dia ingin berjimat. 2. Nalia terpaksa ikat perut kerana dia ingin berjimat. Sila berikan penjelasan tuan/puan yang boleh memahamkan saya. Terima kasih.Simpulan bahasa boleh menerima imbuhan sekiranya menghasilkan makna yang sama. Contohnya, berpeluk tubuh, bercakap besar, berkecil hati, bertegang leher, bermurah hati dan lain-lain.Tatabahasa22.07.2013
Salam sejahtera..adakah ayat ini betul penggunaan penjodoh bilangannya? 1.Pak Abu makan dua biji ubi rebus sebagai alas perut 2. Dia mempunyai sebuah cita-citaAyat yang betul ialah:
1.Pak Abu makan dua batang ubi rebus sebagai alas perut.
2. Dia mempunyai sebuah cita-cita.
Tatabahasa16.10.2020
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? *****Jika murid meletakkan (dia)dalam ayat tersebut,adakah boleh diterima******Terima kasih!!!!!Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514 di bawah tajuk Ayat Keterangan. Ayat Keterangan terdiri daripada Ayat induk + Kata hubung + Ayat Keterangan. Berdasarkan rumus yang tersebut, ayat yang betul ialah: 
Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya dia tidak terlewat ke sekolah; dan Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut.
Tatabahasa28.04.2014
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? TERIMA KASIH!!!!1. Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah.
2. Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut.
Lain-lain27.04.2014
1) Apakah maksud “nako” dalam ayat ini? Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela “nako” yang terbuka luas. 2) Apakah maksud “kaulingkup” dalam ayat ini? Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan “kaulingkup”. Terima kasih.1. Nako dalam ayat "Dia mula bangun dari kerusi malas dan menuju ke arah jendela nako" ialah (jenama) jenis tingkap kaca yang disusun berlapis-lapis.

2. Kaulingkup dalam ayat "Kau memang tak berhati perut kerana itulah perniagaan kaulingkup" ialah gabungan kata engkau dan lingkup. Kau merupakan pangkasan kata engkau (kata ganti nama diri kedua), manakala lingkup bermaksud gagal atau tidak berhasil.
Makna06.10.2023
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ?

kembungI

  • 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;

 

gembungI

  • = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna06.12.2009
Salam pihak DBP, Boleh beritahu mana satu yang tepat dari segi tatabahasa? 1) Cair di dalam / dalam mulut. 2) Suluh untuk melihat di dalam / dalam telinga. 3) Ulser di dalam / dalam / pada perut. Terima kasih.

Pengguna bahasa perlu tahu membezakan penggunaan frasa sendi nama "di dalam" dan kata sendi nama "dalam". Frasa sendi nama "dalam" ialah binaan yang terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa, manakala kata sendi nama "dalam" berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh penggunaannya:

a)    Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha.
       (bukan: Juruacara di dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha)

b)   
Pelajar yang lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu Muhammad Syafik.
              (bukan: Pelajar yang lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Muhammad Syafik)

Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut:

            a)    Cair di dalam mulut.
            b)    Suluh untuk melihat di dalam telinga.
            c)    Ulser di dalam perut

Lain-lain25.06.2022
1. Sementara menanti makanan tengah hari yang sedang disediakan oleh penganjur kursus itu, kami menjamah sedikit makanan yang ada untuk mengalas perut. 2. Semua anggota masyarakat hendaklah saling menghormati agar kehidupan rakyat di negara ini bertambah harmoni. 3. Program lawatan sambil belajar kelolaan Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini akan diadakan pada hujung minggu hadapan jika pihak penganjur mendapat kebenaran daripada pihak Pejabat Pelajaran Daerah. Tuan, bolehkah ayat-ayat di atas dijadikan ayat tunggal?
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Ayat "Aktiviti fizikal ini dilakukan untuk pelbagai tujuan." merupakan ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek  dan satu predikat iaitu Aktiviti ini sebagai subjek (FN)  manakala predikat ...dilakukan untuk pelbagai tujuan (FK). Predikat terdiri daripada kata kerja "dilakukan" manakala "untuk pelbagai tujuan"  berfungsi sebagai keterangan.

Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 486 untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai ayat tunggal.
Tatabahasa14.05.2020
123

Kembali ke atas