Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utus
Kata Terbitan : berutus, mengutus, utusan, perutusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Dalam format baru penulisan minit mesyuarat yang diedarkan untuk sekolah; istilah untuk agenda1 telah ditukar dari 'Ucapan Pengerusi' kepada ' Perutusan Pengerusi'. 1. Adakah istilah 'perutusan' lebih tepat penggunaannya? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ' perutusan'? Terima kasih.Menurut data kami, maksud perutusan ialah ucapan orang-orang besar pada hari-hari yang penting; pesanan. Oleh itu, istilah "perutusan pengerusi" tidak sesuai digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila layari perutusan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=perutusanLain-lain15.12.2015
Assalamualaikum. Saya ingin mendapat penjelasan berhubung format penulisan minit mesyuarat terkini. i. Benarkah agenda Perutusan Pengerusi tidak dinomborkan. ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda (contoh: 1.1, 1.2, 2.1.2.2, dan seterusnya) atau secara kronologi (contoh: 1, 2, 3, dan seterusnya) iii. Mana yang betul : Mengesahkan minit mesyuarat atau Pengesahan minit mesyuarat. iv. Dalam mesyuarat jabatan, bolehkah ketua jabatan selaku pengerusi mesyuarat juga dilantik sebagai urus setia mesyuarat berkenaan. Harap mendapat perhatian daripada pihak tuan. Terima kasih.

i. Agenda perutusan/kata alu-aluan pengerusi diletakkan nombor.

ii. Penomboran ditulis mengikut nombor agenda. Contohnya:

 1. Kata Alu-aluan Pengerusi 

 1.1......................

 1.2........................ 

2. Laporan Perkara Berbangkit

2.1..............................

2.2................................

 

iii. Pengesahan Minit Mesyuarat/Mengesahkan Minit Mesyuarat, kedua-duanya boleh diterima pakai bergantung pada pola penggunaan ayat dalam minit mesyuarat tersebut.

 Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Bahasa Laporan, oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP.  

iv. Pada lazimnya, ketua jabatan yang dilantik sebagai pengerusi mesyuarat akan bertindak selaku pengerusi mesyuarat sahaja. Contohnya, Pengarah Jabatan Bahasa mempengerusikan mesyuarat berkenaan dengan peristilahan, urus setia mesyuarat ialah Bahagian Peristilahan.  

Tatabahasa22.02.2010
Assalamualaikum 1. Dalam minit mesyuarat ada agenda Perutusan Pengerusi. Dalam penulisan minit mesyuarat lazimnya bahagian Perutusan Pengerusi, kandungan perutusan apabila merujuk pengerusi yang ada gelaran Dato' dan sebagainya dicatatkan sebagai YBhg. Pengerusi. Adakah amalan ini betul dari segi penulisan minit mesyuarat? 2. Jika amalan itu boleh diterima, bagaimanakah jika Pengerusi mempunyai status PhD.... Bolehkah dicatat YBhg. Dr. Pengerusi? 3. Bolehkah dicatat YBrs. Dr dengan anggapan bahawa YBrs. bermaksud Yang Berusaha. Terima kasih.Lazimnya dalam penulisan minit mesyuarat, gelaran yang digunakan ialah Pengerusi walau apapun anugerah yang diterima dan status individu tersebut.Tatabahasa23.01.2017
1. “Ali mencucuhkan tungku dapur gas itu”,”Ali menyalakan tungku gas itu”. Ayat manakah yang betul? 2. “Aini menjirus lantai dengan air”,”Aini menyiram lantai dengan air”.Ayat manakah yang betul? 3. Apakah perbezaan antara “mengintai” dengan “mengintip”? 4. Apakah perbezaan antara “deret” dengan “baris”? 5. “Seekor bangkai itik”. Adakah “seekor” sesuai untuk dijadikan penjodoh bilangan kepada bangkai binatang? 6. “Perutusan Hari Guru dibaca oleh Cikgu Jamal di sekolah”,”Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal”. Ayat manakah yang betul? Terima kasih.

1. Ayat yang betul ialah Ali mencucuh dapur gas itu.  

2. Kedua-dua ayat dikemukakan betul, cuma lewah kerana aspek makna bagi kata menjirus dan menyiram sememangnya dengan air.

3. Kata mengintai dan mengintip sama maksud. Kata deret dan baris mempunyai aspek persamaan makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk membandingkan aspek persamaan dan perbezaan makna kata.

4. Tidak perlu penjodoh bilangan ‘seekor’ untuk binatang yang telah mati.

5. Ayat yang lebih gramatis ialah Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal.

Tatabahasa23.11.2014
Tuan/ Puan, Mohon pandangan pihak tuan/ puan, apakah terminologi yang bersesuaian untuk tajuk ucapan YAB Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian dalam sesebuah penerbitan dokumen atau buku sama ada "Prakata", "Perutusan", "Kata Alu-aluan" atau lain-lain. Terima kasih.Salam sejahtera,

Berdasarkan data kami, prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah.

Perutusan bermaksud 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya;.

Kata alu-aluan bermaksud ucapan (kata­kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb);.

Berdasarkan ini kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Prakata atau Kata Alu-aluan berdasarkan kesesuaian pihak tuan.

Sekian.
Lain-lain03.08.2017

Kembali ke atas