Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sa.lah] | ڤساله

Definisi : orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.lah] | ڤساله

Definisi : orang yg bersalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pesalah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALAT MENGUJUT

Alat mengujut ialah sejenis kolar besi. Ia

pernah digunakan di Sepanyol dan Portugal dalam

upacara menghukum mati pesalah. Algojo akan

menempatkan pesalah di atas kerusi dan

memasang alat mengujut di lehernya. Alat

mengujut yang dipasang pada tiang besi yang

terletak di belakang kerusi pesalah akan diperketat

dengan menggunakan skru sehingga pesalah

lemas.

UMUM 
PASUNG

Pasung ialah alat yang pernah digunakan untuk

menghukum pesalah yang melakukan kesalahan

kecil. Ia terdiri daripada binaan kerangka kayu

yang dilubangkan untuk memasang tangan dan

kepala pesalah.

UMUM 
TIANG SEBATAN

Tiang sebatan ialah tempat pesalah diikat untuk

disebat sebagai hukuman. Hukuman ini satu ketika

dahulu dilakukan di hadapan khalayak ramai.

Kebanyakan kampung di England mempunyai tiang

untuk menjalankan hukuman sebatan ini di dataran

awamnya. Tiang ini biasanya dilengkapi dengan

pasung (lihat Pasung ).

UMUM 
SEKOLAH PEMULIHAN AKHLAK

Sekolah pemulihan akhlak ialah institusi

pemulihan untuk pelanggar undang-undang yang

berumur lebih daripada 18 tahun, tetapi tidak

memerlukan pengawasan ketat. Sekolah

pemulihan akhlak sering digunakan untuk

mengasingkan pesalah yang lebih muda daripada

pesalah yang lebih tua. Sekolah ini menyediakan

khidmat kaunseling, latihan vokasional dan

program pembaikan yang lain.

UMUM 
AMNESTI

Amnesti ialah pengampunan oleh kerajaan bagi

jenayah yang telah dilakukan terhadapnya. Amnesti

mengembalikan semula status perundangan

pesalah kepada status perundangan mereka yang

asal sebelum mereka melakukan jenayah tersebut.

UMUM 
BORSTAL

Borstal ialah sekolah penjara bagi pesalah remaja

di United Kingdom dari tahun 1902 hingga 1983.

Perkataan borstal berasal daripada nama sebuah

kampung di Kent, tempat sekolah penjara pertama

didirikan.

UMUM 
MAHKAMAH

Mahkamah ialah sebuah institusi kerajaan yang

menyelesaikan pertikaian undang-undang dan

mengendali keadilan. Mahkamah menyelesaikan

konflik melibatkan individu, pertubuhan, dan

kerajaan. Mahkamah juga menentukan, sama ada

orang yang dituduh melakukan jenayah itu

bersalah atau tidak, dari segi undang-undang, dan

menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

UMUM 
PERCUBAAN

Percubaan ialah satu tindakan kehakiman yang

membenarkan penjenayah yang disabitkan

bersalah, tinggal bebas dengan masyarakat sebagai

ganti menjalani hukuman di dalam penjara.

Hukuman percubaan selalunya diizinkan oleh

hakim kepada mereka yang disabitkan bersalah

melakukan kesalahan jenayah selain jenayah berat,

seperti rompakan bersenjata, pembunuhan atau

rogol. Hukuman percubaan ini memberikan

peluang kepada pesalah untuk membuktikan

bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan

jenayah itu lagi. Perkataan percubaan (probation)

dalam bahasa Inggeris diambil daripada perkataan

Latin yang bermaksud membuktikan atau menguji.

UMUM 
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAHUNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’.  Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik.  Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut.  Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun.  Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan.  Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas