Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.san] | ڤسن

Definisi : 1. amanat (nasihat, permintaan, suruh­an, dll) yg diterima (diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati prb mem­percayakan sesuatu kpd orang dgn tidak per­caya bulat-bulat; berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagang­an), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesani itu, “Baiklah”; memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang: sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari? pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); pemesanan perbuatan memesan (memesan­kan); pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.san] | ڤسن

Definisi : 1 = pesanan sesuatu (spt perintah, nasihat) yg mesti dilakukan atau yg mesti disampaikan kpd orang lain; amanat: Apabila sampai di rumah nanti, jangan lupa menyampaikan ~ ini kpd ayahmu. 2 = pesanan permintaan hendak membeli supaya dikirim atau dibuat; tempahan. 3 nasihat dll yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal; wasiat. berpesan 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: Sebelum pergi ke pejabat, dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal, ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. memesan 1 memberi pesan (nasihat dll): Sudah dipesan oleh ibunya supaya tidak bermain-main di tepi lombong itu. 2 meminta sesuatu supaya disediakan atau dikirim; menempah: ~ buku meminta supaya buku dikirim. memesankan memesan sesuatu utk orang lain: Ibu ~ kakak beberapa helai kain. pemesan orang yg memesan (menempah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.san] | ڤسن

Definisi : ; pesan-pesan sepesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesan
Kata Terbitan : pesanan, berpesan, memesan, pemesanan,

Puisi
 

Kirim surat orang seberang,
     Surat ini bunga perada;
Saya pesan pada abang,
     Amal ibadat jangan dilupa.


Lihat selanjutnya...(18)
Peribahasa

Pesan dituruti,
     petaruh dimalami (= berhunyikan),
berserah berkehendak hati.

Bermaksud :

Harap ada percaya tidak. berhunyi = berhuni.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
aural messagepesan lisanpesan lisanpesan lisanKejuruteraan Kapal Terbang
encoded messagepesan tersandipesan terkodpesan terkodKejuruteraan
message switched networkjejala tersaklar pesanrangkaian tersuis pesanrangkaian tersuis utusanKejuruteraan
command messagepesan perintahmesej perintahmesej perintahTeknologi Maklumat
distress messagepesan distrespesanan cemaspesanan cemasKejuruteraan Kapal Terbang
flame messagepesan kemarahanmesej baramesej baraTeknologi Maklumat
error messagepesan galatpesanan ralatmesej ralatTeknologi Maklumat
message switchingpengalihan pesanpensuisan mesejpensuisan mesejTeknologi Maklumat
control change messagepesan tukar kendalimesej ubah kawalanmesej ubah kawalanTeknologi Maklumat
message routerperute berita/pesanpenghala mesejpenghala mesejTeknologi Maklumat
12

Kembali ke atas