Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.sa.nan] | ڤسنن

Definisi : 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.sa.nan] | ڤسنن

Definisi : permintaan hendak membeli supaya dikirim atau dibuat; tempahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.sa.nan] | ڤسنن

Definisi : sesuatu (spt perintah, nasihat) yg mesti dilakukan atau yg mesti disampaikan kpd orang lain; amanat: Apabila sampai di rumah nanti, jangan lupa menyampaikan ~ ini kpd ayahmu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pesan
Kata Terbitan : pesanan, berpesan, memesan, pemesanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza pesan dengan pesanan? Pesan nabi atau pesanan nabi? Pesan ibu atau pesanan ibu?Kedua-duanya betul dan membawa maksud yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa18.08.2020
Tuan, yang manakah betul? "Apakah pesanan anda di bulan mulia ini?" "Apakah pesanan anda pada bulan mulia ini?"Ayat yang betul ialah Apakah pesanan anda pada bulan mulia ini?"Tatabahasa26.04.2012
1.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan dari para pelanggan. 2.seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan. mana satu ayat yang betul?Ayat kedua yang betul, seorang pelayan restoran sedang mengambil pesanan makanan daripada para pelanggan.Tatabahasa10.07.2012
Yang mana paling tepat: 1. Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ... 2. Beliau mengemaskinikan status laman sosial beliau dengan pesanan...Frasa yang gramatis ialah "Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ...".
Tatabahasa01.04.2013
Saya nak tahu apa penterjemahan untuk perkataan "SMS Banking" dalam bahasa malaysia ? Bolehkah saya gunakan "Perbankan Sistem Pesanan Ringkas" atau "Perbankan Khidmat Pesanan Ringkas" ?Padanan yang sesuai ialah perbankan khidmat pesanan ringkas.Istilah16.07.2008
Sila tujukan pesanan ini kepada pengendali/pengelola Gerbang Kata, jadikannya lebih mesra pengguna. Tiada maklum balas e-mel langsung. Didik rakyat Malaysia cara menyarankan kata melalui platform tersebut. Sekarang ini sukar kerana untuk melihat saran baharu pun kena taip sendiri pautan http://ekamus.dbp.gov.my/Kata.aspx kerana tiada langsusng butang untuk ke sana.Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
Tolong cek pesanan saya pada 3 mac 2015 bernombor rujukan 1586 atas nama Lim Pui Ting, tempahan dibuat secara online. Tolong balas email saya atau hubungi saya. Terims kasih Lim Pui Ting HP no. 0168307138Untuk urusan tempahan tempat/dewan, sila berhubung terus dengan Bahagian Pentadbiran Am, DBP di talian 03-21479095/9409/9080.Lain-lain18.03.2015
STATUS PESANAN SAYA NO. PESSANAN: 2454 TARIKH PESANAN: 04.01.2019 / 08.29 PAGI PADA 07.01.2019 SAYA DAPAT TAHU BUKU YANG SAYA PESAN TELAH HABIS STOK. NAMUN SAYA TIDAK DIMAKLUMKAN.DALAM PORTAL JUGA TIDAK DIKEMASKINI. EN. RUDY BERJANJI UNTUK HUBUNGI SAYA SEMULA, NAMUN TIADA SEBARANG PANGGILAN. HARAP PIHAK KOPERASI DAPAT MENGHUBUNGI SAYA SEGERA. TERIMA KASIH.Assalamualaikum WBT. Mohon kerjasama pihak tuan untuk menghubungi Koperasi DBP berhubung perkara ini. Sekian. Terima kasih.Lain-lain08.01.2019
Wasiat Terakhir Tunku Pesanan TunkuWasiat Tunku Pesanan Terakhir TunkuTatabahasa12.11.2008
adakah ayat ini betul: butiran pesanan akan dihantar ke alamat e-mel yang anda berikanButiran pesanan akan dihantar melalui e-mel yang anda berikan.Lain-lain22.02.2018
123456789

Kembali ke atas